Halaman

Tuesday, 4 February 2014

The Journey of Ibn Fattouman

Naguib Mahfouz, penulis terkenal di Mesir mungkin kerana daya kritisnya dalam berfikir dan menyusunnya dalam bentuk jalan cerita. Cebisan-cebisan kritikan dan pandangan masa hadapan dalam novelnya menarik perhatian ramai pembaca, sama seperti Alaa Al-Aswany.

Ibn Fattouma atau Qindil Muhammad Al-Innabi dalam pengembaraannya untuk mencari ilmu baru dan menyumbang kepada masyarakatnya, belajar macam-macam perkara terutamanya dari sudut pembangunan sesebuah tamadun negara.

Setiap negara atau tempat yang dijelajahi bersama-sama kabilahnya, seperti Aman, Halba, Masyriq dan juga Ghuroub membuatkan dia mampu melihat budaya sesebuah negara tersebut dan membandingkan dengan negaranya sendiri.

Naguib Mahfouz mengkritik umat Islam Mesir yang tidak mengamalkan Islamnya yang sebenar, mencanangkan idea akhlak, keadilan dan kebebasan dalam politik di Mesir.

Unsur falsafah yang agak menarik berjaya diselitkan seperti analogi hujan tidak akan turun selagi tidak bermula dengan setitis air serta kata-kata hikmah kesabaran dalam menerima ujian merupakan pintu kemanisan dan keintiman kita terhadap ujian itu.

Buku yang diterbitkan sekitar 1990-an ini menggambarkan suasana politik pada zaman itu yang masih tidak mempunyai kebebasan dalam bersuara, rakyat yang amat tenat, kemajuan yang sangat lembap dan juga kekecewaan rakyat terhadap sistem pemerintahan yang tidak adil.

Comments
0 Comments

0 kritikan:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...