Halaman

Thursday 30 April 2020

Review Filem: The Kite Runner

Khalid Khosseini membawa tema kekeluargaan dalam karyanya The Kite Runner. Kisah bermula dengan dua orang kanak-kanak kecil warganegara Afghanistan yang gemar bermain layang-layang.

Jurang antara kehidupan aristokrat dan totalitarian antara dua kanak-kanak ini menyebabkan seorang daripadanya, Hassan dibuli oleh kanak-kanak lain. Sahabat kepada Hassan, iaitu Ahmad Agy hanya melihat dan mendiamkan diri apabila melihat rakannya dibuli ketika rakannya hendak mengambil layang-layang usai permainan mereka.

Dipendekkan cerita, Soviet Union menyerang negara tersebut sehingga Ahmad terpaksa berpindah ke Pakistan dan akhirnya ke Amerika Syarikat.

Sekembalinya dia ke Pakistan, dia mendapat berita akan kematian sahabatnya iaitu Hassan. Hassan meninggalkan sepucuk surat dan berpesan supaya menjaga anaknya itu Suhroh  yang berada di bawah tahanan Taliban di Kabul, Afghanistan. Pada masa yang sama, barulah dia mendapat tahu bahawa Suhroh itu ialah anak saudaranya dan dia dan Hassan merupakan adik-beradik.

Akhir sekali, Suhroh berjaya diselamatkan dan kemudiannya dibawa ke Amerika Syarikat untuk memulakan kehidupannya semula. Ahmad Agy mengenang semula saat-saat Hassan disebat dengan tali pinggang pada ketika dahulu dengan bermain semula layang-layang bersama anak saudaranya di sana.

Comments
0 Comments

0 kritikan:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...