Halaman

Saturday, 1 February 2014

Pemuda Idaman

Malam mula kelam. Kakiku melangkah keluar Masjid Sultan Hassan. Dalam kitab sejarah ia disebut sebagai Masjid Sultan Zohir. Masjid ini pernah menjadi tempat bertelekunya Ibnu Khaldun dalam menuntut ilmu.

"Assalamualaikum."

Tegur seorang lelaki berusia 30-an. Kelihatan dia berjalan bersama-sama seorang sahabatnya lagi.
Kami meneruskan langkah ke pintu keluar masjid yang setentang dengan kubu Sultan Salahuddin. Pancaran cahaya lampu ungu dari Masjid Sultan Ali Pasha menyinari kawasan sekitarnya.

Kami berkenal-kenalan. Walaupun aku tidak menghadiri semua siri kelas Dr. Muhanna, namun aku dapat mengesan bahawa rata-rata orang Mesir yang hadir ke kelas hikam ini tergolong daripada pelajar-pelajar yang bukan jurusan agama.

Tidak peliklah apabila dua pemuda tadi seorang daripadanya Hasan telah menamatkan pengajian dalam bidang geologi dan seorang lagi berada dalam kuliah kejuruteraan. Cukup tinggi mujahadah mereka kerana mampu hadir ke kelas ini walaupun mereka tinggal di Damardesh dan Hada'iq al-Maadi yang agak jauh daripada masjid ini.

Seusai berbual ringkas, aku bertanya kepada Hasan,

"Kamu ada akaun facebook?"

"Tiada. Facebook banyak membuang masa aku." balasnya.

Aku terkedu. Masih ada lagi insan sebegini pada hari ini. Aku terkejut kerana setakat sahabat yang aku kenal, belum ada lagi yang enggan membuat akaun laman sosial ini. Paling-paling teruk pun ada sahabatku yang mendisiplinkan dirinya dengan tidak menggunakan facebook di rumah dan di telefon bimbit. Cukup dengan pergi ke cybercafe apabila ada masa lapang dalam dua tiga hari sekali.

Pemuda sebeginilah yang dicita-citakan negara dalam melahirkan lagi tokoh-tokoh seperti Dr. Raghib al-Sirjani, Dr. Zaghloul al-Najjar dan juga Dr. Yusri Rusydi Jabr. Golongan sebegini tenggelam dalam masayarakat pada awalnya dan akhirnya mereka bakal timbul sepertimana kalam Ibn 'Athaillah,

"Tanamlah diri kamu ke dalam perut bumi yang dalam, kerana pokok takkan tumbuh sekiranya benih itu tidak ditanam dan dibaja sebaiknya."

Comments
0 Comments

0 kritikan:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...