Halaman

Thursday, 2 January 2014

Analisis Pembacaan 2013

1. Pembacaan, seperti yang diketahui umum, penting dalam membina kematangan pemikiran membentuk sebuah masyarakat bertamadun. Segelintir pihak bertanya, bagaimana ingin menyemai sikap suka membaca? Lihat sahaja negara China dan Britain yang kini sudah pergi jauh ke hadapan dalam penerbitan buku dan juga kadar rakyat membaca.

2. Tahun 2013 membawa satu cabaran kepada mengkaji pemikiran-pemikiran yanh wujud belakangan ini. Pembahagian masa yang strategik antara akademik dan bacaan umum termasuk isu semasa perlu disusun baik oleh segenap mahasiswa dalam apa jua bidang. Tidak boleh ada istilah terlebih berehat mahupun tidak cukup masa untuk membuat bacaan tambahan.

3. Bahan bacaan yang paling menarik sepanjang tahun 2013 pada amatan saya ialah biografi Tun Mahathir Mohamad. Jatuh bangun, pahit manis yang dilaluinya sepanjang kehidupan sangat dekat dengan jantung hati saya untuk menekuni beliau dengan lebih mendalam lagi.

4. Sedikit shortlist bacaan saya sepanjang 2013 yang masih segar dalam ingatan:

-Di Sebalik Ikhwanul Muslimin, Douglus Thompson & Youssef Nada
-A Doctor in The House, Dr. Mahathir Mohamad
-Madkhal 'ala Usul al-Isyrin, Dr. Akram Redha
-Fa al-Nabda' bianfusina, Dr. Majdi al-Hilali
-Ingin Menjadi Penulis?, Ustaz Ubaidillah Alias
-Demi Masa, Dr. Zulkifli al-Bakri
-Biografi Said Ramadan al-Buti, Dr Zulkifli al-Bakri
-al-Da‘wah ila Allah, Dr. al-Qaradawi
-al-Qira’ah fi Waqi‘ al-Ummah, Dr. al-Qaradawi
-Asian Renaissance, Dato’ Anwar Ibrahim
-Silsilah Hadis Terpilih, Ustaz Hairul Nizam
-Doktor, Saya Takut Jarum, Dr. Zabidi
-Langit Vanila, Wani Ardy
-12 Tokoh Pengubah Dunia, Khalid Haddad
-Islam dan Melayu, Dr. Siddiq Fadzil
-Sejarah Madinah, Dr. Muhammad Ilyas
-Sejarah Mekah, Dr. Muhammad Ilyas
-Sejarah Masjid Nabawi, Dr. Muhammad Ilyas
-500 Most Influential Muslim 2010
-Khalifah Zuhud Umar Abdul Aziz, Syeikh Nuruddin al-Banjari
-Haul Rukn al-Ikhlas, Dr. Al-Qaradawi
-Jayl Nasr al-Mansyud, Dr. Al-Qaradawi
-Risalah ila Syabab Al-Ummah, Dr. Raghib al-Sirjani
-Hayah Ruhiyyah fi al-Islam, Dr. al-Qaradawi

5. Sudah tentu pembacaan yang kita analisis saban tahun, bukan untuk menjadi bahan kebanggaan, tetapi sebagai pembakar semangat kita untuk mencabar diri supaya pergi lebih jauh dari itu. Lebih luas skopnya, banyak perbincangannya, kritikannya serta merasakan diri sentiasa tidak cukup dengan apa yang ada. Sekarang bukan masa untuk puji memuji sehingga berasa selesa, tetapi masa untuk umat Islam melakukan revolusi ilmu untuk melawan hujah-hujah yang didakwa oleh mereka yang tidak berpuas hati dengan Islam.

Comments
0 Comments

0 kritikan:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...