Halaman

Wednesday, 4 December 2013

Tingkat-tingkat Manusia

Mengapa para ulama’ mengalirkan air mata tatkala membaca Al-Quran sedangkan kita hanya membacanya seperti biasa?

Teks yang sama, cuma cara, persediaan, ilmu, niat dan kesungguhan itu yang membezakan kita dengan mereka.

Ketika perjumpaan bersama dekan Kasr Al-Ainy, koordinator pelajar pre-klinikal Malaysia di Universiti Kaherah ini menjawab dengan mudah apabila mahasiswa tahun tiga universiti ini memohon cuti tambahan (kerana mereka hanya cuti sehari seminggu).

Jawab Dr. Heba,

"On Friday (the holiday), you have 24 hours and you can use this time to do revision and all things that you want."

Semua pelajar terkejut beruk.

Dalam kelas Hikam Ibn Atha'illah pada minggu lepas pula, Dr Muhammad Muhanna menyebut manusia ini ada tingkatan-tingkatannya.

"Rehatkan aku dengan solat."

"Akhlaknya (Nabi Muhammad) seperti Al-Quran."

Saidina Abu Bakar menitiskan air mata tatkala menahan sengatan kala jengking di Gua Thur. 

Nabi solat sehingga bengkak kaki.

Saidina Ali hanyut dalam kekhusyukan solat walaupun anak panah sudah menembusi betisnya.

Nyawa Saidina Ali sanggup dipertaruhkan dalam peristiwa malam hijrah.

Ini semua tanda mereka sudah mencapai tahap-tahap keimanan yang tinggi dalam aqidah dan beribadah.

Semoga kita tergolong dalam kalangan mereka.
Comments
0 Comments

0 kritikan:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...