Halaman

Sunday, 5 January 2014

Ulasan Buku: Membaca Sebagai Cara Hidup

Membaca pada pandangan segelintir masyarakat kita dasawarsa ini merupakan satu hobi. Tapi ini tidak pada pandangan Dr. Raghib al-Sirjani, seorang urologist dan pakar sejarah kelahiran Mesir.

Bagi beliau ia juga merupakan satu kewajipan sama seperti kita makan dan minum kita seharian.
Apabila Allah menyebut kalimah Iqra’ sebagai ayat pertama yang turun kepada Nabi, maka ini menunjukkan peri pentingnya membaca. Hatta, ayat zakat dan puasa diturunkan selepas itu.

Namun, pembacaan perlu diikat dengan dua benda iaitu:

-membaca perkara berfaedah. (berdasarkan ayat bism rabbik allazi khalaq). Pembacaan berbentuk hiburan juga dibenarkan seperti komik, komedi dan seumpamanya asalkan tidak bercanggah dengan ajaran Islam dan juga tidak memperuntukkan kredit masa yang terlalu lama.
-tidak berasa takabbur dengan ilmu yang ada (berdasarkan ayat warabbuka al-akram dan juga 'allama al-insan ma lam ya'lam)

Beberapa tips untuk minat membaca dan juga menjadikan pembacaan kita 'more valuable' ialah:

1. Niat dan matlamat yang jelas untuk mengislah masyarakat.
2. Ada perancangan dengan meletakkan target jumlah bacaan buku dalam sesuatu masa.
3. Bijak curi masa seperti ketika menunggu bas, pesakit (bagi doktor) dan cari masa yang segar seperti selepas subuh atau maghrib.
4. Tadarruj dalam pembacaan. Syeikh Hamza Yusuf ada menyebut three level of readers iaitu
-doublers (semangat awal-awal sahaja)
-hackers (terhad pada sesuatu tahap sahaja tanpa mengembangkan pembacaannya)
-master (perkembangan bacaan yang berterusan)
5. Bersungguh-sungguh membaca dengan mencatat nota dan perkataan yang tidak difahami untuk ditanya kepada yang lebih arif.
6. Sistematik. Bahagikan nota kepada beberapa bahagian seperti politik, syariah, sejarah dan kesusasteraan supaya mudah dibuat rujukan pada masa akan datang.
7. Buat library rujukan di rumah. Saiz dan kecantikan tidak penting, tetapi content dan genre buku yang ada itu lebih penting. Kemudian, susun ikut genrenya.
8. Ajar orang lain.
9. Buat diskusi buku.
10. Rujuk 'alim 'ulama kerana ada sesetengah buku atau kitab terutamanya berada pada tahap yang tinggi dan memerlukan kita untuk membaca kunci dan buku-buku asas berkaitannya terlebih dahulu.

Dr. Raghib mengkritik sebahagian masyarakat yang kadangkala hanya mahir dalam bidangnya sahaja, lantas gagal menjawab persoalan-persoalan agama yang dilontarkan kepada mereka atas alasan saya bukan ustaz dll.

Jadi, beliau menggariskan jenis-jenis bahan bacaan yang perlu dibaca iaitu:

1. Al-Quran. Para ulama' berpendapat kita perlu usaha sedaya upaya mengkhatamkan al-Quran sebulan sekali jika benar al-Quran cara hidup kita.
2. Hadis. Baca sehari satu atau dua hadis.
3. Ilmu syariah.
4. Takhassus bidang akademik yang kita pelajari.
5. Sejarah. Mula dengan sirah nabi, empat khalifah, para sahabat nabi dan juga sejarah-sejarah umum dunia.
6. Isu semasa.
7. Pandangan dan karya tokoh-tokoh non-muslim.
8. Misconception and misunderstanding dalam Islam dan cara menangkis hujah-hujah pendakyah.
9. Buku bergenre tarbiyyah al-awlad kerana kadangkala kita mengajar kanak-kanak tidak sampai pada tahap pemahamannya.
(خاطب الناس علي قدر عقلهم)
10. Bahan bacaan berbentuk hiburan seperti yang disebutkan sebelum ini.

Dr. Raghib juga ada memberi banyak recommendation buku, tetapi ia berjudul bahasa Arab. Jika ingin mengetahui lebih lanjut kitab-kitab yang disarankan, boleh membaca karyanya itu sendiri iaitu (القراة منهاج الحياة).

Pnulisan bahasanya mudah dan sangat dekat dengan realiti para doktor kerana karier beliau sendiri sebagai seorang doktor lulusan Universiti Kaherah. Namun, ia tetap sesuai untuk bacaan umum.
Comments
0 Comments

0 kritikan:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...