Halaman

Saturday, 5 November 2011

Aidiladha : Soal pengorbanan...



Dalam laungan takbir bergema,
Segenap pelosok alam buana terpana,
Keizzahan Islam mula mencorak suasana,
Pengorbanan Nabi Ibrahim menjadi indikator utama.

Hidup yang fana tak akan mampu lari dari pengorbanan,
Bukanlah perjuangan tanpa hadirnya entiti pengorbanan,
Makin besar tadhiyah,makin bertenagalah etimologi perjuangan,
Tak akan tertegak Islam jika masyarakat fobia dengan pengorbanan.

Para anbiya dahulukala jelas sekali berlumuran dengan lumpur tadhiyah,
Nyawa sanggup digadaikan dalam memanifestikan kesucian aqidah,
Tawaran kekayaan,wanita,pangkat yang menggiurkan tidak menjadi masalah,
Kesemuanya ditolak ketepi lantaran jelasnya matlamat mempertahankan aqidah.

Umat Islam kini lebih memilih frasa tolol bernama materialistik,
Virus al-wahnu,hubbu dunia,hubbu riosah makin hari makin mekar berputik,
Jauhnya hayat daripada pengimplimentasian sunnah punca parahnya bertambah drastik,
Malah,yang menjadi idaman hati adalah anasir Barat dan ghazwatul fikr.

Tak mustahil untuk menyalin kulit yang jijik kepada yang lebih kudus dan mulus,
Semuanya bermula daripada kehendak dan hati yang tulus,
Allah semestinya dijadikan matlamat dalam setiap gerak-geri yang telus,
Bukankah Allah tak akan mengubah nasib sehingga kita sendiri berusaha ke arah transformasi yang kudus?

P/S : Salam aidiladha khas buat pembaca sekalian.Jadikan pengorbanan sebagai satu daripada gaya hidup kita dalam menempah syurga firdausi yang tak terhitung nilai harganya...

Almisbahu fi zujajah
6.48 am
10 Zulhijjah 1432H
Acacia Park
Comments
0 Comments

0 kritikan:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...