Halaman

Friday 1 March 2013

Putus Asa dalam Kehidupan

Hari ini 1 Mac 2013. Sudah hampir setengah tahun juga aku bernafas di bumi orang. Dengan pelbagai ragam orang Arab, kesibukan dan kebisingan trafik serta kenakalan kanak-kanak Arab di sini secara tidak langsung menguji kesabaranku dan sahabat-sahabatku yang lain di Mesir.

Aku teringat tanggal 3 Mac 1924 bagaimana peristiwa keramat ini cukup mengajar umat Islam akan pentingnya kepimpinan dan pengurusan pentadbiran dalam Islam. Setiap kali aku menonton video keruntuhan khilafah Islamiah ataupun sejarah yang berkaitan dengannya, pasti berkobar-kobar semngatku untuk membina soft skill yang sangat penting itu.

Baru-baru ini, ada rakanku menyatakan semacam bibit-bibit penyesalan kerana mengambil medik. Aku juga pernah berada dalam situasi yang sama. Aku rasa semua orang pasti pernah merasai suatu peristiwa sama ada kepenatan ataupun apabila manusia itu terjatuh dan berputus asa dengan kehidupan. Yang mana pada ketika itu persoalan-persoalan kehidupan mula timbul. Apa tujuan aku hidup sebenarnya? Mengapa aku berada di sini? Mengapa aku memilih jalan ini?

Semua itu pada pandanganku adalah satu perasaan yang dicampakkan oleh Allah untuk mematangkan pemikiran kita. Kita diuji dengan perkara yang tidak pernah kita alami sebelum ini. Mungkin juga kita rasa ianya satu tempat dan persekitaran yang baru. Hakikatnya Allah hendak menguji kita sama ada kita akan melayan perasaan itu sehingga kita lupa akan tujuan asal kita ataupun kita berfikir dan berusaha untuk mengatasinya.

Aku tidak menafikan medik adalah antara bidang yang paling susah dan kritikal. Jadi, perancangan dan keputusan sebelum mengambil sesuatu kos seperti iti memerlukan perbincangan dan juga perancangan yang teliti. Kebanyakan pelajar-pelajar sekolah menengah pada hari ini kurang mendapat pendedahan tentang prospek dan life bagi bidang yang mereka ceburi. Maka, seharusnya pelajar-pelajar sekolah menengah pada hari ini merancang dan mengkaji betul-betul akan kos yang bakal mereka ceburi.


Comments
0 Comments

0 kritikan:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...