Halaman

Thursday, 7 March 2013

Pesanan graduan Mesir

Kata bijak pandai, orang muda ada tenaga luar biasa, daya fikir yang kritikal, semangat yang berkobar-kobar, kesihatan yang maksimum dan ingatan yang cerdas. Bezanya dengan orang tua ialah dari segi pengalaman. Pemuda pemudi kurang dari sudut pengalaman. Maka, pergilah berguru dan bergaul dengan mereka yang lebih tua daripada kita.

Saya kira beberapa pesanan yang sempat saya catat ini cukup bemakna dan signifikan bagi pelajar-pelajar tahun satu yang masih mencari-cari jalan dan merancang jalan hidup mereka sepanjang enam tahun setengah berada di bumi anbiya' ini.



Pesanan daripada graduan Universiti Kaherah;

1- Belajar ikut peringkat, minta nasihat Ust Azam. Bahasa>quran>tauhid>fekah>tasawuf>lain2 (tafsir, hadis etc2.)

2- Abg Bai :
Tahun 1 & 2 - Bahasa.
Tahun 3 - Kitab sikit-sikit. Loosekan timetable.
Tahun 4 - Pemikiran. Baca 50 buku penulis.
Tahun 5 & 6 - Fiqh perubatan & muamalat.

3- Cari seorang murabbi, stick dgn mereka, bai'ah dgn mereka untuk jadi anak murid. Dapatkan manhaj fikrah (sistem dan cara berfikir) mereka.

4- Kuasai bahasa arab (ulama arab) dan english (ulama eropah) satukan cara dan pendapat ulama' utk aplikasi multiracial di malaysia.

5- Sumbang untuk persatuan walau sedikit tapi tetapkan satu masa private khusus untuk kita dan syeikh.

6- Cari link azhari sampai dapat kutuk-kutuk supaya dapat duduk sekali dengan mereka dan belajar agama terus daripada mereka.

7- Kuasai betul-betul bahasa arab supaya dapat dengar recording secara terus daripada ulama sewaktu busy dengan HO dan doktor.

8- Jangan kedekut labur duit untuk ilmu.

9- Simpan duit untuk ipad mini, motor dan umrah dengan syeikh.

10- Hafal Matan Arbain, Usul 'Isyrin, Riyadhus Solihin etc2. Hafal matan lebih ingat daripada hafal syarah.

11- Minta nasihat syeikh dan support kawan apabila down, exhausted dan nak futur.

12- Pergi pelancongan yang ilmiah, bukan sekadar bersuka-suka supaya dapat ibrah dan tidak menghabiskan duit rakyat begitu sahaja.

13- Cari geng talaqqi yang tak perlu diajak.

14- Jangan rebah waktu plateu yang sememangnya panjang dalam mempelajari bahasa.




Comments
0 Comments

0 kritikan:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...