Halaman

Friday 5 April 2013

Tujuan Belajar

Pada suatu petang yang tenang, terdapat dialog antara dua pemuda.

Ali: Bang, boleh kongsikan sikit tak cara abang bahagikan masa antara persatuan, akademik dan talaqqi. Lagi satu, macam mana abang improvekan bahasa Arab abang?
Ahmad: Sebelum itu, abang nak tanya apa tujuan kamu nak belajar bahasa?
Ali: Supaya dapat faham dan boleh baca kitab.
Ahmad: Lepas dapat baca kitab?
Ali: Boleh tambah ilmu dan tahu fatwa-fatwa semasa apabila berada di Malaysia nanti.
Ahmad: Lepas itu?
Ali: Hmm, entahlah. Tak terfikir sampai situ pulak.
Ahmad: Ha, inilah masalah umat Islam sekarang. Nak belajar banyak benda tapi tak nampak matlamat hujung belajar itu sendiri. Kita belajar ini liLlah. Itu jelah yang abang nak kamu jelas matlamat kamu menuntut ilmu dan mengaji tinggi-tinggi. Kalau dalam bahasa Inggerisnya banyaklah. Begin with the end in mind. Dalam Arab pula, ma ba‘da haza.
Ali: Owh...
Ahmad: Hmm, bila kita dah jelas kenapa kita nak belajar barulah kita tak rasa penat apabila kita terlampau sibuk, terpaksa korbankan masa tidur dan masa rehat. Apabila kita teringatkan kembali kenapa kita buat sesuatu itu, insya-Allah kita akan dapat kekuatan. Apalah sangat tujuan kita belajar jika kita belajar kerana manusia, ataupun kerana nak dapatkan pangkat. Dunia ini kecil jika nak dibandingkan dengan Akhirat!


Comments
0 Comments

0 kritikan:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...