Halaman

Friday, 4 November 2011

Muhasabah : Sejauh mana nilaian tarbiyyah dalam menjana taqwa


Allah berfirman,berilah tazkirah sesungguhnya peringatan itu bermanfaat bagi orang-orang mukmin.

Mungkin agak terburu-buru rasanya kita asyik memperihalkan mengenai karya-karya pemikiran jika nak dibanding suaikan dengan usia yang hanya sekadar mata kail panjang sejengkal sahaja.Bukan tak boleh untuk terbang tinggi,tapi jangan terlampau tinggi.Takut-takut melayang,hanyut dibawa ribut kecelaruan yang berpanjangan.

Meleret panjang.

TARBIYYAH UNTUK KANAK-KANAK

Dunia marcapada mempamerkan suatu gelombang kebangkitan dan revolusi pemikiran yang dipengaruhi oleh lambakan teknologi sofistikated lagi canggih.Jadi,tidak hairanlah untuk kita katakan semaian benih-benih rohani semakin sukar diaplikasikan lebih-lebih lagi jika teknologi yang ada itu disalahguna dan bukan di bawah pengawalan.Jika dulu,anak-anak kecil hanya bermain 'lego' dan barang mainan tradisional sahaja,tetapi kini rata-rata kanak-kanak hatta yang berumur tujuh tahun pun sudah menghadap komputer dan bermain aplikasi dalam laman sosial tergempar abad ini,facebook.

Jadi,di mana tarbiyyah untuk diterapkan kepada kanak-kanak jika ibu bapa pun asyik sibuk dengan urusan keduniaan dan arus materialistik kian menodai iman masyarakat kini.Memang tidak dinafikan terdapat sebilangan 'ailah yang mampu memimpin gerabak baitu muslim menuju ke gerbang firdausi tetapi realiti kini jelas menunjukkan kurangnya tarbiyyah atau mungkin tiadanya pemahaman mengenai tarbiyyah dalam kalangan ibu bapa menyebabkan anak-anak jauh tersesat dan mula menggadaikan nilai-nilai fitrah insani.

TARBIYYAH ERA SOHABAH

Para sahabat zaman Rasulullah dahulu mantap tarbiyyahnya.Suruh infak,semua harta mereka mampu beri.Suruh turun ke medan perang mereka turun.Tak cukup makan pun mereka mampu bertahan untuk meneruskan perjalanan hidup.Majlis ilmu berbondong-bondong sahabat ikut serta.Ketagih mengejar rakaat pertama bersama imam,ganjaran unta hari Jumaat dan pelbagai lagi aneka kejituan mereka dalam aqidah.

Hal ini adalah kerana mereka benar-benar memahami erti tarbiyyah yang diteladani dan diajari oleh Nabi.Apabila nabi menyampaikan sahaja kalimah toyyibah kepada para sahabat,dengan pantasnya kalimah itu tersebar ke merata-rata tempat di jazirah Arab tersebut.

BANGKIT PEMUDA ISLAM

Jika hendak dibandingkan dengan mujtama' kita hari ini,sangat jauh sekali dengan manhaj dan garis panduan yang dipamerkan oleh nabi.Alangkah sedihnya nabi apabila melihat umat islam sekarang yang kian jauh dan semakin menjauh daripada islam.Mudah sahaja buih-buih keimanan di muara pantai pecah dihempas ombak kesesatan bertunjangkan budaya-budaya kebaratan.

Islam bangkit di sebuah padang pasir yang tandus.Kontang daripada oasis.Sunyi daripada penduduk.Ganjilnya Islam datang,begitu juga ganjilnya Islam akan pergi.Takkan Islam kan pergi dan berakhir dengan lemahnya pemuda-pemuda islam sendiri untuk menegakkan Islam?Ditegakkan oleh mat-mat penagih dadah yang berpeleseran di lorong-lorong jalan,rockers yang dibuai dalam ayunan hedonisme,penyanyi-penyanyi yang melalak tak tentu arah dan mat-mat rempit yang langsung tak mengenal erti matlamat hidup.

Di mana letaknya Allah sebagai matlamat kita?Apakah benar setiap tingkah laku kita hatta kerlipan mata kita,kita ingat bahawa kita SEDANG disaksikan oleh Yang Maha Kuasa dan apakah betul setiap abdomen luaran dan dalaman kita termasuk hati kita bermatlamatkan redhaNya?Di mana pula Rasul yang berperanan sebagai qudwah kita?Apakah kita masih mengamalkan kesemua sunnah-sunnah nabi yang pastinya menuju kejayaan?Di mana perlembagaan Allah yang mengatur hukum-hukum hidup kita diletakkan?Adakah kita amalkan kesemua prinsip dan ramuan yang diadun dalam Al-Quran?

Soal jihad pula bagaimana?Apakah jihad itu menjadi jalan kita dalam menempuh perjuangan di dunia fatamorgana berlapiskan seribu satu tipu daya ini?Apakah kesemua jihad dalam Islam telah kita implimentasikan?Terakhir sekali,apakah benar syahid menjadi cita-cita kita dan jika benarlah kita mahunkannya sejauh manakah wadah dan keringat yang telah kita kucurkan ke arah kesemua matlamat tersebut?

MUHASABAHLAH SEPANJANG MASA

Cuba kita renungkan sejenak.Sedarlah yang kita semakin jauh daripada Islam.Bagaimana sinar Islam akan berputik kembali jika kita sendiri pun tidak mengendahkahkan Islam malah hanya mengambil jalan singkat lagi mudah dengan berpeluk tubuh daripada untuk memahami Islam dan memperjuangkannya dalam kehidupan kita.

Kita jangan buta dengan sogokan material,tawaran pangkat,publisiti gelaran dan virus riya' dan ujub.Syaitan memang diciptakan untuk mengajak umat sejak nabi adam lagi kepada KEKUFURAN dan KEKEJIAN.Jangan sampai apabila kita sudah tersesat jauh dan tidak menjumpai pangkal jalan baru kita nak terngadah,mengeluh,menyesal tak sudah-sudah.

Katakanlah,kenikmatan dunia hanya sedikit dan negeri akhirat ini adalah jauh lebih baik untuk orang-orang yang bertakwa.Berdoalah selalu supaya Allah meletakkan dunia di telapak tangan kita dan memasakkan akhirat seteguhnya di hati kita jika benar kita yakin dan beriman bahawa wujudnya syurga dan neraka sebagai almizan kita kelak.

Lafazkanlah lagi sesungguhnya solatku,ibadahku,HIDUPku dan MATIku adalah untuk Robbul 'Alamin.

P/S : sekadar peringatan untuk semua dan yang menarikan jari ke papan kekunci yang lagi dekat peringatannya itu dibuat untuk dirinya.
Comments
0 Comments

0 kritikan:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...