Halaman

Tuesday, 8 November 2011

Kau hafiz muda



*khusus buat hafiz hafizah seantero dunia terutama penuntut Daru Quran yang bakal bergelar hafiz yang tak sepatutnya digelarkan kepada mereka...

KAU HAFIZ MUDA

Kau hafiz muda,
bukan mudah pada hakikatnya,
bukan sebarang amanah yang kau pikul,
bukan barang mainan yang kau rangkul,
ironisnya,
kau sedang memikul,
sebesar-besar mukjizat,
seagung-agung kalam,
segudang khazanah Islam,

kau ingat,
benda alah ini boleh dibawa main,
lalu kau dibuai arus acuh tak acuh,
kau buat endah tak endah,
kau gagal istiqomah,
penghayatan,aplikasi kau buat tak kisah,
inputnya kau tak terjemah,
kau lupa apa yang diseru,
lantaran kaburnya matlamat di kalbu.

kau hafiz muda,
bukan sekadar memegang nama,
bukan pula mendabik dada,
bukan imam semata-mata,
malah,
kitab itu kau harus pelihara,
faham dan beramal sepenuhnya,
sampaikan segala lunas ajarannya,
jangan sampai tiba suatu masa,
kitab itu sendiri yang melaknat kau wahai hafiz muda yang sering terleka...

Almisbahu fi zujajah
Acacia Park
4.34 pm
12 Zulhijjah 1432H
8 November 2011M

P/S : mesej yang hendak diutarakan adalah kita mesti mengimplimentasikan segala input yang termaktub dalam Al-Quran sepanjang kehidupan kita.Tak kira kita pernah menghafalnya atau sekadar membacanya,semua itu akan dipersoal di Hari Pembalasan kelak.

P/P/S : puisi ini memang ditujukan untuk pena yang menulisnya.ingatan untuk semua.Quran rujukan utama dan pertama kita.Jadi istiqomahkan pembacaan,perdalamkan lagi kajian dan pengetahuan tentangnya.Bukankah Allah suka akan amalan yang sedikit tetapi berterusan?
Comments
0 Comments

0 kritikan:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...