Halaman

Saturday, 26 November 2011

Ingat 5 perkara sebelum...



Bismillah.

Allah pernah berfirman,

[At-Tahrim : 8]
Wahai orang-orang yang beriman! Bertaubatlah kamu kepada Allah dengan " Taubat Nasuha", mudah-mudahan Tuhan kamu akan menghapuskan kesalahan-kesalahan kamu dan memasukkan kamu ke dalam Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, pada hari Allah tidak akan menghinakan Nabi dan orang-orang yang beriman bersama-sama dengannya; cahaya (iman dan amal soleh) mereka, bergerak cepat di hadapan mereka dan di sebelah kanan mereka (semasa mereka berjalan); mereka berkata (ketika orang-orang munafik meraba-raba dalam gelap-gelita): "Wahai Tuhan kami! Sempurnakanlah bagi kami cahaya kami, dan limpahkanlah keampunan kepada kami; sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu"


Kisah sebelum lima perkara siaran tv3 semalam cukup membuatkan penontonnya terpana dengan balasan Allah kepada sesiapa yang mempermain-mainkan agama di dunia tidak kira mempersendakan kitab agungNya,tidak menghormati orang tua mahupun tidak bertanggungjawab terhadap keluarga.

Tiga pengajaran utama yang sangat memberi kesan pada saya.

Pertama,barang siapa yang menjadikan agama sebagai barang mainan dan bahan ketawa kelak pasti Allah janjikan balasan.Tak di dunia pasti di akhirat.Badri,pelakon utama kisah tersebut menderita selama lima tahun sebagai masyarakat sampah yang mengidap penyakit kusta,kulit bernanah dan hidup bak pengemis.

Itu baru sahaja balasan di dunia.Belum lagi di akhirat.Entah apa pula hukuman yang bakal menimpa dengan insan yang mempermain-mainkan Al-Quran,solat,khianat kepada isteri dan mencela orang yang lebih tua.Nauzubillah.Sama-samalah kita berlindung daripada perkara-perkara begitu.

Kedua,apabila kita telah melakukan dosa dan maksiat kepadaNya maka bersegeralah memohon taubat daripadaNya sebelum segala-galanya berakhir.Badri sempat pulang ke cahaya agamanya tetapi tidak sempat untuk memohon maaf daripada anaknya yang paling bongsu kerana anaknya itu telah pun mati akibat strok sebelum sempat Badri bertaubat.

Memang kita tidak mampu lari daripada dosa-dosa kecil dan maksiat.Sebab itulah Allah membuka pintu rahmatNya yang luas untuk hambaNya bertaubat.

Ketiga,kita mesti tahu bahawa bukan semua perubahan dapat dilakukan secara mendadak.Alyah,isteri Badri dan drivernya terlalu mudah percaya dengan perubahan drastik Badri yang hanya memakai topeng agama dengan solat dan pergi ke masjid sehinggakan maruah Alyah nyaris-nyaris tergadai.

Setiap perubahan semestinya ada peringkat-peringkatnya.Bukan senang untuk seseiorang itu berubah lebih-lebih lagi apabila individu tersebut berperangai syaitan dan terlampau jahat sebelum menjadi soleh.Perubahan memang memakan masa.

Konklusi.

Kita perlu ingat dan menghargai lima perkara sebelum lima perkara yang sebaliknya bakal muncul.Rujuk lagu raihan yang sangat terkenal suatu ketika dahulu.

Comments
0 Comments

0 kritikan:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...