Halaman

Friday 14 October 2011

'Tadarruj' Dalam Berdakwah



Bismillah.

Terdetik rasa di hati untuk mencoretkan dan melebarluaskan jalur dakwah yang kian diancam oleh tsunami teknologi dan kepincangan sosial.

Kadangkala,kita sibuk memikirkan dan membincangkan mengenai isu-isu hangat semasa,persoalan-persoalan kritikal, fikrah, siasah dan berbagai macam lagi perkara-perkara mencabar dalam kehidupan. Memang tidak dinafikan peningkatan umur perlu diseiringkan dengan kematangan berfikir seseorang. Tetapi adakah penerimaan mad'u terhadap hal-hal yang bersifat 'challenging the mind' betul modus operandinya.

Pointnya kat sini adalah soal tadarruj dalam berdakwah sebagaimana dalam syariah sendiri ada peringkat-peringkat pensyariatannya. Allah tidak mengharamkan arak secara terus kepada umat zaman Nabi. Allah maklumkan dulu baik buruk, kemudian Allah tak bagi minum arak ketika hendak melaksanakan solat dan kemudian barulah Allah haramkan secara mutlak terhadap peminum arak.

Cantik sekali Allah merencanakan hukuman terhadap umat Islam. Nabi pula kemudian diutus sebagai 'role model' kepada umat sekalian alam. Allah mengutus Nabi Muhammad untuk menunjukkan bahawa setiap perkara dan gerak kerja Islam yang kita lakukan ada tahap-tahapnya. Operasi dakwah misalnya daripada sirr kepada jahar dan terang-terangan. Pembinaan daulah Islamiah pula mempotretkan bagaimana Nabi meyemai dan memasakkan benih-benih akidah selama 13 tahun di setiap belahan kota Mekah untuk memudahkan pelaksanaan dan pensyariatan hukum di negara Islam Madinah selama 10 tahun.

Samalah seperti kita dan sesiapa yang ingin melaksanakan tugas-tugas dakwah yang bersifat syumuliah khususnya, perlukan kepada tadarrujnya mengikut kepada waqi' semasa.Kadang kala kita terlupa lantaran ketidaksabaran untuk melihat kepada hasil akhir dan penyampaian mesej kepada masyarakat. Komplikasinya ramai mad'u tidak dapat menerima ajaran dan seruan dakwah tersebut lantaran kesemua nilai-nilai Islam tersebut gagal untuk meresap ke dalam hati mereka. Itulah sebabnya uslub dakwah terdapat pelbagai cabang-cabangnya.

Tak semua orang boleh terima suapan ayat-ayat suci al-Quran secara terus. Bukan semua juga yang gemar mendengar ceramah-ceramah agama dan khutbah jumaat apatah lagi jika pidatonya lesu dan tidak bermaya. Jadi, apa yang nak disampaikan di sini ialah manfaatkanlah segala macam uslub dakwah dengan pencerahan kreativiti da‘i untuk disampaikan kepada masyarakat terutamanya anggota dan gerombolan masyarakat yang masih jahil dan tercari-cari mengenai kefahaman dalam agama. Kemudian, kita laksanakannya dengan semaksimum keringat dan ketekunan jika benarlah kita betul-betul nak sampaikan dan mencontohi risalah yang Nabi bawa.

Bukankah Allah gemar akan insan yang tekun dalam melakukan kerja?
Comments
0 Comments

0 kritikan:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...