Halaman

Friday 9 September 2011

Siapa yang Buta Sejarah?



Tergerak lagi untuk menulis setelah menelaah akhbar Sinar Harian dan Harakah. Bercakaplah benar walaupun ia pahit. Selama ini, telinga dan mata ini sudah jenuh melihat telatah pihak kerajaan dalam media arus perdana mereka dengan TV3, RTM, Utusan Melayu dan Berita Harian sebagai lidah rasmi kerajaan. Ketidakadilan kerajaan yang sangat rakus dan mungkin juga kerana takut dengan membolot kesemua media arus perdana dan menyekat dengan 1001 syarat untuk akhbar pihak pembangkang jelas membuatkan belia kini yang celik IT berasa loya dan mual dengan perangai tidak senonoh kerajaan.

Keadilan amat dituntut sama sekali dalam Islam baik dari aspek perundangan malahan dari perspektif pemerintahan. Sekatan media dan keengganan pihak kerajaan untuk mendengar suara-suara rakyat tampak sekali prinsip keadilan Islam tidak digunapakai. Kes kontroversi Mat Indera baru-baru ini menonjolkan kesilapan pihak pemerintah dalam sejarah. UMNO dengan panas baran mereka yang tidak tentu hala dan tanpa usul periksa mengganyang habis-habisan Mat Sabu dalam video klipnya setelah mendengar ura-ura dan fitnah yang diterbitkan akhbar Utusan walaupun pada hakikatnya rakaman video itu tidak pernah pun singgah di mata dan telinga mereka sedangkan Allah sudah menitahkan supaya apabila datang suatu berita untuk memeriksa berita tersebut.

Jerat yang dipasang oleh pihak UMNO akhirnya memerangkap mereka sendiri. Mat Indera yang disebut pejuang oleh Mat Sabu disebut komunis. Mereka kata Mat Indera penentang kemerdekaan sedangkan dalam jurnal yang dikarang oleh pihak UMNO sendiri, Yayasan Warisan Johor menyatakan Mat Indera pejuang kemerdekaan. Huru-hara sejarah yang diputarbelitkan oleh pihak kerajaan jelas kelihatan tetapi sengaja tidak disiarkan di rancangan televisyen dan akhbar atas alasan ingin menjatuhkan Mat Sabu lebih-lebih lagi dengan isu kotor politik mereka berkaitan kes seks Anwar Ibrahim, Saiful Bukhari dan ingin mengelakkan terbongkarnya kepincangan pentadbiran kini apabila Najib pergi menyambut Aidilfitri di Perth, Australia, kenaikan harga barang, jalinan kerjasama pihak kerajaan dengan komunis China, pengenalan cukai 6% topup untuk menyumbang dana pilihanraya 13 BN dan macam-macam lagi isu yang cuba dialihkan seolah-olah semua masalah hanya ada pada pihak pembangkang.

Jika benarlah kerajaan sekarang telus dan adil, mengapa isu Mat Indera ini tidak dibawa ke meja bulat dan berbincang. Mengapa tidak disiarkan terus suara dari kedua-dua belah pihak di media arus perdana? Bagaimana sanggup pihak kerajaan mengatakan Ahmad Indera itu komunis sedangkan Mat Indera itu adalah seorang penghafal al-Quran dan sering kali menjadi guru agama di Johor dahulu. Dia pernah menuntut ilmu dengan ayah Muhyiddin Yassin yang mana Muhyiddin Yassin sendiri sekarang menyerang Mat Sabu. Hakikat serangan ke atas Bukit Kepong itu pun sebenarnya adalah untuk menumbangkan pihak penjajah British. Mat Indera memang terkenal sebagai ketua gerakan Angkatan Pemuda Insaf (API) dan perjuangannya dalam peristiwa Bukit Kepong yang mana diketuai oleh Mat Indera sendiri bukanlah berniat sehingga hendak membunuh dan membakar balai polis itu tetapi hanya untuk menangkap. Buktinya, adik Mat Indera sendiri mengatakan dia menghalang komunis pada ketika itu untuk membunuh sisa-sisa mayat yang nyawa-nyawa ikan.

Jadi, bersikap adillah dalam mengkaji sejarah dan nilailah sejarah dengan menggunakan akal.

Wallahu a'lam.
Comments
0 Comments

0 kritikan:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...