Halaman

Friday 17 June 2011

Fitnah Sya'ban 6H


Rasulullah pernah bersabda,

"Sampaikanlah daripadaku walaupun sepotong ayat(ilmu)"

Suka untuk aku menyingkap kembali tirai sejarah Islam pada zaman Rasulullah.Kisah yang baru sahaja kudengar daripada seorang ustaz mengenai Perang Bani Mustoliq.

Kisah ini adalah kisah yang mana Saidatina Aisyah,isteri nabi yang muda difitnah berzina oleh kaum munafik ketika hendak pulang ke Madinah setelah tamat perang tersebut.

Kronologinya bermula tika beliau ditinggalkan oleh kafilahnya ketika beliau mencari kalungnya yang hilang.
Jadi,setelah menjumpai kalungnya,beliau pun kembali semula ke tempat asal kafilah mereka berhenti sebentar tadi dan tertidur di sana.

Kebetulan,seorang tentera bernama Shafwan bin Al-Mu'tal yang sudah acap kali ditinggalkan oleh kafilah kembali ke tempat tersebut.Dia pun terkejut apabila mendapati yang tidur itu adalah isteri nabi.Dia pun tanpa bercakap panjang terus mengajak Saidatina Aisyah untuk mengikutnya mengejar kembali kafilah tadi dengan menaiki kuda.

Sampai sahaja mereka bertemu kafilah mereka,tentera-tentera itu pun terkejut.Rasulullah mula gusar.

Detik tersebut,bermulalah api fitnah dinyalakan oleh seorang munafik bernama Abdullah bin Ubai yang sememangnya daripada awal memeluk Islam menanti-nantikan saat untuk menghancur dan memporak-perandakan kehidupan nabi.

Mulalah,kedengaran kemunculan satu kenyataan yang mengatakan Saidatina Aisyah berzina dengan Shafwan bin Al-Mu'tal tadi.Rasulullah pun berbolak-balik hati baginda apakah isteri baginda berzina ataupun ianya fitnah semata-mata.

Hampir sebulan,layanan baginda kepada Saidatina Aisyah tidak seperti layanannya yang biasa.Saidatina Aisyah pun mula sakit dan berjumpa dengan ayahnya,Saidina Abu Bakar untuk mencari solusi masalahnya.

Akhirnya,turun wahyu yang membersihkan kembali nama Saidatina Aisyah melalui surah An-Nur.


Sesungguhnya orang-orang yang datang membawa berita bohong itu adalah golongan kamu juga. Janganlah kamu kata bahwa perbuatan mereka itu membawa akibat buruk bagi kamu, bahkan itu adalah mem­baikkan. Setiap orang akan men­dapat hukuman dari sebab dosa yang dibuatnya itu. Dan orang yang mengambil bagian terbesar akan mendapat siksaan yang besar pula."


"Mengapa setelah mendengar berita-berita bohong itu orang­orang yang beriman, baik laki laki ataupun perempuan, tidak meletakkan sangka yang baik terhadap dirinya, mengapa tidak mereka katakan bahwa berita itu adalah bohong belaka?"


"Mengapa mereka menuduh tetapi tidak mengemukakan empat orang saksi; kalau mereka tidak mengemukakan saksi-saksi itu, mereka adalah pembohong belaka dalam pandangan Allah"


Comments
0 Comments

0 kritikan:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...