Halaman

Saturday 4 June 2011

Ujian Allah Sediakan


Firman Allah,


"Do the people think that they will be left to say, "We believe" and they will not be tried?"
(Al-Ankabut 29:2)

Ayat ini besar maksudnya.

Pertama sekali saya terima ayat ini apabila mesej berbau kata-kata semangat masuk ke dalam 'conversation' saya bersama senior DQ.

Allah sendiri berfirman,apakah layak kita digelar insan beriman atau mu'min sedangkan kita tidak dijanjikan dengan ujian.

Ujian boleh jadi bermacam-macam bentuk.

Ada untuk menghapuskan dosa-dosa kecil, ada yang untuk menguji tahap keimanan dan ada juga sebagai iqab (balasan) atas perbuatan insan itu sendiri.

Di mana-mana sahaja kita pergi, pastinya ujian menanti.

Seorang tokoh pemikir Barat, Norman Vincent Peale pernah sekali berkata,

"Masalah adalah tanda kehidupan.Semakin banyak masalah semakin hidup jiwa anda"

Kita seharusnya bersyukur dan sentiasa bersyukur kerana ujian yang kita terima belum sampai lagi tahap ujian yang diterima oleh Rasulullah.

Sebenarnya, berkat perjuangan Rasulullah terhadap Islam sendirilah yang membolehkan kita menikmati al-Din ini sehingga kita alpa dan hanyut dengan gaya hidup dan amalan Barat.

Kekadang, kita tidak sedar kita amalan kita kebanyakannya berkiblatkan Barat dan bertuhankan Toghut.

Cuba kita renungkan sejenak.

Hal ini timbul dan semakin membarah lantaran hilangnya cakna kita terhadap pengorbanan yang Rasulullah lakukan. Saya sendiri pun kadang-kadang lalai dengan kehidupan duniawi.

Teringat akan pesanan Allah,

Kesenangan dunia ini sangat sedikit. Sedangkan negeri akhirat adalah lebih baik bagi orang-orang bertakwa
 (Annisa, 4:77)

Rasulullah sendiri ketika di Taif, Baginda dibaling batu sehingga terpercik darah di atas kasut baginda. Sampai begitu sekali ujian yang baginda terima.

Tak semua yang kita nak kita dapat.

Allah telah pun berpesan,


Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.
(Al-Baqarah 2:216)

Jika kita hendak behijrah, tak semestinya kita mesti sentiasa berada dalam kepompong biah Islamiah.

Semuanya bergantung kepada diri kita sendiri. Sebab itulah kita mesti tegakkan Islam dalam diri kita dahulu. Biar kita mempengaruhi suasana, jangan kita pula yang hanyut dek suasana khususnya suasana yang tidak baik.

Persis kata pepatah,

"Kalau asal benih yang baik,campak ke laut menjadi pulau jua"

Hari ini saya akan kembali ke Darul Quran
Bonda pula akan ke Vietnam
Sahabat-sahabat pula telah pun membawa haluan masing-masing ke universiti
Memang setiap pertemuan disusuli perpisahan
Satu sahaja pesanan yang ingin saya buat sebagai seorang sahabat dan umat Islam
"Apa-apa pun yang kita buat,kat mana pun kita belajar atau kerja
kita mesti buat atas satu nama
buat atas nama Islam"



Comments
0 Comments

0 kritikan:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...