Halaman

Showing posts with label pengalaman. Show all posts
Showing posts with label pengalaman. Show all posts

Monday, 5 September 2011

Experiences Teach Us a Lot



Alhamdulillah.

My second video had successfully created today. Quite challenging. The higher quality of video or movie we want to make, the higher the tribulation and sacrifice we have to face. Serious.

The same goes to our journey in life. The more we want to strive for something, the more we need to sacrifice. Otherwise, we can't understand the real meaning of life.

Of course, we still confuse and didn't realize about our main goal and our strive for a long time we were given chance from Allah to live. Actually, we must know that "AlIslam yu'la wa la yu'la 'alaih".

Our great prophet said that Islam is the highest matter in the world and nothing that's higher than Islam.

So, here's a video clip about my long experience in life which I compile it into an anecdote. Comments and viewpoints are honourably allowed for a better improvement.

Enjoy it!


Friday, 3 June 2011

Minat al-Quran


"Din, aku baca tajwid salah. Boleh ke?" kata Abdullah dalam keadaan risau.

Pelajar MRSM Tun Ghafar Baba itu baru sahaja kutolak untuk menjadi imam. Dia bukan tak boleh baca ayat al-Quran. Bacaannya baik. Tambahan lagi, minatnya tinggi dalam mempelajari kitab Allah itu.

Dia baru sahaja kukenal beberapa hari yang lalu. Peramah orangnya. Suka belajar. Dia sudah lama menetap di kawasan berdekatan rumahku. Ingatanku masih segar lagi tika saat pertama perkenalanku dengannya.

"Abang, boleh ajar saya al-Quran?"

Itulah lafaz pertama yang meniti di bibirnya selepas kami bertemu di luar surau. Waktu itu, aku baru sahaja selesai mengimamkan solat fardu Isya’ di surau itu.

Usai solat Isya’, seperti biasa, al-Quran kami capai dari rak dan dia memulakan bacaan. Abang Fadhli – jiranku yang lebih awal kukenal – turut serta.

Abang Fadhli bersemangat agama orangnya. Dia berada di short sem dalam kursus al-Quran dan Sunnah di USIM. Keluarganya semua di Sabah kecuali dia dan adiknya yang kini pelajar diploma Darul Quran. Di surau itulah kami bertemu dan mula mencetus bibit perkenalan.

Memang benar.Masjid atau surau merupakan pusat sosial dan pertemuan masyarakat.

Di masjidlah, perkongsian ilmu agama khususnya dapat dilaksanakan.

Yang paling penting, misi murni dakwah dapat diaplikasikan.

Hari ini, sudah masuk hari ketiga kami bersama-sama dalam halaqah al-Quran. Minat yang sebati dalam diri Abdullah mendorong jiwaku untuk terus menyahut seruan Nabi. Ingatanku masih segar lagi mengenai hadis,

"Sebaik-baik kamu adalah yang belajar al-Quran dan mengajarkannya."

Teringat juga aku mengenai pesan Nabi,

"Sampaikanlah daripadaku walaupun satu ayat."

Abdullah pun memulakan bacaan dengan Umm al-Furqan. Bacaannya baik. Lafaz makhraj setiap huruf agak sempurna. Cuma mungkin kurang latihan dan kurang ilmu tajwid menyebabkan dia kekadang tertinggal menyempurnakan hukum tajwid seperti dengung.

"Saya baca Quran, tapi saya rasa macam ada salah."

Itulah kata-katanya pada waktu kami mula berkenalan.

Halaqah kami bertiga pada hari ini singkat sahaja. Selalunya, banyak tempat dapat ditegur dan diperbaiki. Contohnya huruf-huruf isti‘la, tafkhim dan tarqiq, dengung dan waqaf. Semua itu kutuntut daripada Ustaz Muhammad Mukhlis bin Sabri, ustaz tasmikku di Darul Quran.

Sempat aku kongsikan bersama-sama mereka apa yang kupelajari. Puas hatiku setelah dapat berkongsi ilmu al-Quran. Banyak pepatah Arab yang mengatakan betapa ruginya insan yang tidak tahu mengaplikasikan ilmu itu.



"Ilmu tanpa amal ibarat pohon tak berbuah"

"Ilmu tanpa amal ibarat awan tanpa hujan"

Halaqah kami pada keheningan malam itu diakhiri dengan deringan telefon bimbit Abdullah.Keluarganya ingin keluar pada malam ini.Sempat dua helai daripada Surah Al-Kahfi dibaca.

"Thank you for everything"kata Abdullah kepada kami berdua.

Wednesday, 1 June 2011

Menyingkap Kehidupan di Jordan



Firman Allah,



"Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersUku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang Yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang mempunyai kelebihan dari aspek keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam Pengetahuannya (akan keadaan dan amalan kamu)"

(Al Hujurat 49:13)


                     Semalam, usai sahaja aku menamatkan kisah perjalanan Ustaz Hasrizal di bumi Jordan dan sekitarnya. Buku ini aku pinjam daripada naqibku, abang Syauqi. Rupa-rupanya, memang betul hidup di negeri orang ini ada pro dan kontranya. Tak semestinya kita pergi ke negara Timur Tengah kita akan menjadi orang yang baik. Semuanya bergantung kepada keupayaan menjaga diri itu sendiri.

Kagum aku dengan cara seorang penuntut berbangsa Cina yang ditemui oleh Ustaz Hasrizal. Teknik pembelajaran yang menarik dan efektif. Penuntut itu akan menulis di tangannya perkataan dan ilmu baru pada waktu pagi. Dia kata, perkataan itu akan dihafalnya sebelum dia mengambil wudhu' untuk solat Zuhur.

Bermacam-macam lagi ilmu dan pengalaman yang dikongsi oleh Ustaz Hasrizal. Dunia nasyid beliau, saat kematian sahabat beliau, sistem pembelajaran di Universiti Mu'tah dan juga 'life in Jordan'.

Benarlah kata pujangga,

"pengalaman itu bukan dicipta tetapi pengalaman itu perlu ditempuhi"


Sunday, 29 May 2011

Detik Bersama Syeikh Sudais



Alhamdulillah.... rezeki berada di bumi barakah. Pada 23 April lalu, aku berkesempatan bertemu dengan qari Mekah. The first impression aku dengar tentang perkara tu, bagaikan tak percaya. Insan yang sering kudengar suaranya di corong-corong radio akan sempat kutemu. Apa-apa pun, Allah Maha Berkuasa. Allah Maha Penentu. Pelbagai gelagat siswa siswi DQ ketika itu. Nak digambarkan betapa semangatnya mereka untuk berjumpa dengan syeikh Arab itu, sampaikan mereka sanggup beratur dalam tempoh yang lama, berbaris di permaidani merah yang terhampar buat julung-julung kalinya di masjid DQ.

               Sedikit humor yang mencuit hati kami semua pabila,sebaik sahaja rombongan Syeikh Rahman Sudais sampai pada jam 2.20 petang. Kami yang tidak sabar-sabar ingin menatap wajah syeikh itu pun beraturlah dengan penuh harapan. Tunggu punya tunggu, tiba-tiba kedengaran sedikit riuh tanda syeikh sudah pun mula melangkah masuk ke masjid DQ. Bebola mata kami ketika itu memanah tepat ke arah pintu masjid tengah. Sekonyong-konyong, muncul wajah seorang syeikh berpakaian serba serbi persis orang Arab.

Teka-teki mula bermain-main dalam kolam fikiran kami tika itu.

"Biar betul ini Syeikh Sudais? Apa fasal pelik semacam mukanya? Macam mana mukanya boleh jadi agak lonjong?"

             Rupa-rupanya, itu bukanlah Syeikh Sudais yang kami sangkakan. Kami ketawa kecil di dalam hati kami. Dia hanya pengiring Syeikh Rahman Sudais sebenarnya. Sejurus tiba di dalam masjid, beliau terus mengimamkan Solat Zuhur. Usai solat, beliau memberi sedikit nasihat kepada kami. Fuh, agak berselirat juga neuron otak kami untuk memahami lughah Arabnya yang cukup tinggi. Mujur, kebanyakan butir kalamnya dipetik daripada ayat al-Quran. Talk itu lebih kurang setengah jam kalau tak silap.

Di bawah ini anatara 10 wasiat beliau kepada kami, khususnya hamalah al-Quran....


Antara amanat yang disampaikan dalam muhadharah tersebut ialah:
1) Beriman dengan al-Quran dan beramal dengan isi kandungannya.
2) Bersungguh-sungguh membaca al-Quran kerana amalan membaca al-Quran adalah diibaratkan suatu perniagaan yang tidak akan rugi seperti yang disebut di dalam al-Quran.
3) Kepentingan menghafaz al-Quran, dan setiap individu muslim itu perlu menghafaz al-Quran setakat mana yang mampu.
4) Merenungi dan mentadabbur isi kandungan al-Quran kerana ia adalah mu’jizat yang agung yang menjadi taklifan untuk dihayati oleh setiap insan.
5) Melaksanakan ajaran al-Quran dalam kehidupan seharian.
6) Hendaklah berakhlak dengan akhlak al-Quran sepertimana yang ditunjukkan oleh Baginda Rasulullah SAW.
7) Menjadikan al-Quran sebagai sumber perundangan dan sumber rujukan untuk penyelesaian sebarang masalah
8 ) Mengambil al-Quran sebagai penawar (shifa’), dan bukannya merujuk kepada tukang sihir yang membawa kepada khurafat.
9) Mengawasi dan mengambil berat pada bi’ah sekeliling jika tidak merealisasikan ajaran al-Quran.
10) Menjadikan Islam sebagai cara hidup (way of life) kerana Islam adalah agama yang sempurna merangkumi seluruh aspek  termasuk ibadah, muamalah, syariat dan sebagainya.
Di samping itu, beliau turut menasihatkan kepada para ibu bapa agar mengambil berat tentang pendidikan anak-anak dan memastikan ia menepati manhaj al-Quran agar menjadi pentarbiyahan yang sempurna dan terbaik buat mereka. Beliau juga berpesan kepada semua agar menguasai Bahasa Arab sebaik mungkin bagi tujuan memahami al-Quran. Di akhir ucapan, beliau mendoakan agar Darul Quran khususnya menjadi sebuah pusat pengembangan ilmu al-Quran dan seterusnya menjadikan Malaysia sebagai contoh kepada negara yang lain dalam memartabatkan al-Quran di persada dunia.
*dipetik daripada: web Darul Quran JAKIM 


Tamat ceramah beliau, ada sedikit terjemahan dan beliau sempat membacakan dan melagukan beberapa potong ayat Al-Quran.Subhanallah!!! Lunak sungguh suara beliau.



           Kemudian, saat beliau berangkat untuk menikmati juadah.Saat ini suasana di dalam masjid mula bingit kembali.Berpusu-pusu orang cuba merangkul tangan beliau termasuk aku sekali.Tidak tahan dengan suasana dan situasi yang menghimpit,lantas aku mencari solusi mudah.Bergegas aku berlari-lari anak ke anak tangga.Alhamdulillah.....tak ramai orang di situ.Akhirnya....

"Assalamualaikum....Barakallahu fikum..." kata Syeikh Rahman Sudais sambil mengukir senyuman dan menyambut huluran tanganku.

Di bawah ini pula, beberapa gambar yang sempat ku'shot' menggunakan telefon bimbitku.

persiapan petang jumaat

menunggu ketibaan syeikh

menunggu insan yang belum tiba

ketibaan rombongan

selepas solat zohor


usai syeikh memberikan nasihat

saat syeikh membaca ayat Al-Quran

suasana syeikh hendak bergerak keluar

menuju ke tempat sanatapan di bawah maktabah

Detik meninggalkan bumi DQ

Tuesday, 12 April 2011

JPA Interview





1115 Tiba di USIM. Serahkan fail kepada urusetia.

1130 Diskusi bersama pelajar 10A SHAMS

1155 Melangkah masuk ke suatu bilik di ruang pusat sumber USIM

1200 Bermulanya temuduga

Tiga 'interviewer' duduk di atas kerusi dalam bilik kecil itu. Kami berlima berdiri di hadapan kerusi sementara menunggu arahan untuk duduk. Aku duduk di kerusi kedua. Sebelah kiriku seorang gadis berbangsa Cina manakala sebelah kananku pula gadis berbangsa India. Dua orang lagi seorang remaja lelaki berbangsa Cina dan seorang lagi gadis berbangsa India.

Penemuduga pertama pun mula mencetuskan suasana temuduga dengan soalan pertamanya. Pemuda berbangsa Melayu itu meminta kami memperkenalkan diri. Dadaku mula berkocak kembali. Bait-bait selawat dan doa mula kubibitkan di bibir dengan harapan aku dapat ketenangan dan keyakinan. Markah 10% yang menyumbang untuk tajaan mega ini melalui temuduga ini sentiasa aku bayangkan dalam usaha menenangkan diri yang mula diselimuti kegelisahan.

P1: Baiklah kamu semua boleh perkenalkan diri. P1 (penemuduga 1)

Nur: Nama saya Nuruddin Azri bin Zulkifli. Saya pernah menuntut di SBPIJ. Ayah saya bekerja di bawah JPS manakala ibu saya merupakan seorang guru. Menjadi setiausaha kelab reka cipta di sekolah suatu ketika dahulu sedikit sebanyak telah mengajar saya dalam bidang profesional. Saya juga pernah memegang posisi emm, (dalam nada menggeletar sedikit) pengerusi kelab catur, setiausaha agung badan pemimpin pelajar dan exco badan dakwah dan rohani. Itu sahaja.

P1: Is it good to band students from using handphone in school? Do you agree with that? What's your opinion?

Aku menyatakan aku tidak bersetuju. Dalam keadaan kosa kata bahasa Inggeris yang sangat sedikit, aku mula mereka-reka ayat atau dalam bahasa bandar era kini, meng'goreng' dalam usaha menyampaikan mesejku. Aku katakan, "It will destroy the school actually". Ketiga-tiga penemuduga melihat padaku dalam keadaan terkejut. Aku menambah bahawa ia akan mengganggu tujuan utama pelajar ke sekolah, belajar.

P1: How to release stress?

Setelah mendengar jawapan daripada pelajar lain dan melihat penemuduga berbangsa Cina, aku mula menukar idea asal jawapanku untuk mengiyakan firman Allah "Ketahuilah dengan mengingati Allah hati akan menjadi tenang. Responku, ialah menyertai 'social activities'. Sekali lagi aku kehausan kosa kata. Entah mesej aku untuk menyatakan menyertai aktiviti kemasyarakatan itu sampai atau tidak, aku pun tak tahu.

P2: What will you do in 10 years?

Aku menjawab aku akan menjadi surgeon which specialist in orthopedics dalam keadaan yang jarang menyebut istilah itu dan aku akan ada sebuah klinik.

P2: If you have a political power, what will you do?

Aku mangatakan aku akan ubah sistem pendidikan kepada yang lebih baik dalam usaha membasmi gejala sosial. Kefasihan bertutur dalam bahasa Inggeris mula bertambah seiring dengan keyakinan. Seperti biasa, tanganku mula mencipta gaya ketika aku menutur kata.

P2: What experiences do you have in dealing with public?

Soalan perangkap. Ketandusan idea. Aku mereka ayat yang entah aku betul entah tidak dan entah mungkin aku sendiri tidak faham apa yang aku bicarakan.

P3: Saya akan tanya dalam bahasa Melayu. Apakah pandangan kamu mengenai doktor yang mengenakan harga yang mahal kepada pesakit?

Lega. Soalan dalam bahasa ibunda. Aku mula membina keyakinan lebih-lebih lagi rakan-rakan sepenemudugaku yang berbangsa Cina dan India mula tergagap-gagap. Aku mula menunjukkan taring Melayuku.

P3: Sekiranya seorang pesakit yang tidak mempunyai duit ingin mendapatkan rawatan daripada kamu, kamu sebagai seorang doktor, adakah kamu akan memberikannya perkhidmatan percuma?

Soalan yang mungkin mudah untuk dijawab tetapi belum tentu lagi mudah untuk dilaksanakan kelak. Aku pun mulalah mempamerkan kata-kata seolah-olah mempunyai etika seorang doktor.

1130: Temuduga tamat. Sekejap sungguh. Bagaikan baru sahaja sedikit perbualan ilmiah mengenai masa depan dan perkongsian fikrah aku lalui. Itu sahaja temuduga JPA? Hmm, bukanlah serumit yang aku sangka walau bermacam-macam laman web aku jelajahi beberapa jam sebelum ditemuduga.

Rating untuk keseluruhan penampilanku: 7/10

Tips yang aku rasa perlu:

1- Mesti ada serba sedikit ilmu walaupun ilmu teras sahaja.
2- Yakin dalam melontarkan kata.
3- Pakaian seperti biasa, mesti paling kemas.
4- Cara bertutur, tingkah laku dalam bilik temuduga.

Pandangan:

Apa yang aku rasa, aku dipermudahkan oleh Allah untuk menjawab soalan di bilik temuduga itu walaupun dalam bahasa yang sekian lama tidak aku tuturkan. Mungkin temuduga yang aku lalui ini temuduga yang senang, tiada perlumbaan memberi idea, tiada provokasi, tiada soalan jerat yang bertalu-talu. Of course, aku katakan penemuduga yang aku dapat, baik-baik belaka. Segala puji bagi-Mu, wahai Pemudah segala urusan.

Saturday, 26 March 2011

Hasanatul Abrar, Sayyiatul Muqarrabin

Mafatih Mahabbah. Kunci kasih sayang. Indah pada nama tetapi tidak secantik rupa. Itulah minggu orientasiku di DQ. Hari-hari derita yang dikendalikan oleh perwakilan DQ itu cukup mengajar aku bermacam-macam perkara walaupun hanya memakan masa 3 hari. Melalui program itu juga banyak ilmu-ilmu baru yang dapat aku belajar. Aku terpaku tatkala kalimah 'hasanatul abrar sayyiatul muqarrabin' tersembul keluar daripada mulut Aiman Md. Uslim. Oh! Baru aku tahu rahsia kecemerlangan akhlak pelajar-pelajar KISAS.



                  Katanya, kalau di KISAS siapa yang solat imam kedua ataupun masbuk dipandang sebagai suatu benda yang tidak baik.Perbuatan solat lewat daripada waktunya itulah yang dikatakan sayyiah oleh golongan muqarrabin, orang yang rapat dengan Allah. Tetapi, solat yang tidak menepati waktu itu dipandang biasa ataupun hasanah, baik bagi mereka yang bergelar orang awam ataupun orang kebanyakan. Persis juga seperti lelaki yang memakai seluar tiga suku. Tidak kira di mana-mana hatta di asrama lelaki sekalipun tetap akan dipandang tidak molek bagi golongan yang rapat dengan Allah. Sebenarnya banyak lagi contoh yang lain. Sama ada hijab hanya sekadar menutup bahagian hadapan sahaja ataupun labuh sehingga membaluti badan, pakai baju melayu atau jubah ketika solat ataupun hanya cukup dengan t-shirt yang penuh dengan ikon-ikon yang mengganggu kekhusyukan, cara komunikasi dengan berlainan jantina yang bukan mahram dan lain-lain lagi. Cuba fikirkan.

                    Bagiku benda-benda seperti ini sangat penting dalam membina akhlak dan membaiki hati umat Islam. Nampak sahaja macam tidak penting,tetapi pada hakikatnya ia mampu mencetuskan impak luar biasa terhadap individu tersebut. Kalau tidak percaya cuba amalkan. Teringat aku akan kata-kata Hassan al-Banna:

"Apa yang kita lakukan sebenarnya bukanlah untuk jangka masa yang pendek tetapi untuk jangka masa yang panjang"

***

Hari ini aku akan berjumpa kembali dengan sahabat-sahabatku dari seluruh negara yang tah mungkin ada tah tidak. Takut dek hasrat belajar di bumi orang menjadi pilihan hati mereka sehingga sanggup menangguhkan pengkajian mereka terhadap mukjizat agung itu. Harap-harapnya tidaklah. Mana tahu impianku untuk menyelongkar isi kandungan kitab hikmah itu hancur berkecai gara-gara terpaut bersama-sama dengan lalang-lalang lain lalu membawaku pergi jauh dari kalam Ilahi itu. Ya,aku akan teruskan perjuangan yang telah aku mulakan. Aku telah mulakan dan aku juga harus menamatkannya. There's no turning back.

Sedikit mesej yang kuterima untuk dikongsikan dalam merealisasikan maqasid penciptaan manusia:

"Tiada percetakan dalam kepimpinan.Pemimpin tidak lahir di dalam bilik kuliah,tetapi tumbuh sendiri dalam hempas pulas kancah,muncul di tengah-tengah pengumpulan masalah,menonjol dalam seangkatan lalu diterima  dan didukung umat"

suka untuk aku mengingatkan kembali diriku yang nista dan rafik-rafik sekalian tentang 
ayat 58 dan 59 surah al-Nisa’ yang lantas sesuai ditujukan buat pemimpin-pemimpin kini
terlampau banyak aib yang kian dibuka tanpa segan silu
zaman fitnah telah pun bermula
hati-hatilah rakan-rakan
jangan sampai hanyut dibawa arus kedurjanaan itu.
salam perpisahan untuk sementara waktu...

Pilihan Dalam Kehidupan

Allahu akbar Allahu akbar!!!

Bumi Acacia yang sekian lama sepi tanpa kalimah agung itu kian bergema. Sudah lama aku tidak mendengar suara azan berkumandang di taman kediamanku. Mungkin dek kelalaianku dengan item-item duniawi sekonyong-konyong membuatkan aku hanyut dibawa arus kelalaian. Aku berasa aneh hari ini. Jemaah di surau Darul Jannah pada hari ini agak ramai berbanding hari-hari sebelum ini. Mungkin rumah Allah sudah semakin mendapat tempat di hati penduduk Acacia Park. Aku cuba membuat andaian. Usai solat Maghrib, seorang lelaki yang semakin lewat usia bingkas bangun. Aku kenal lelaki tersebut. Dia yang mendirikan surau di tamanku ini berbekalkan wang titik peluhnya sendiri. Pernah sekali aku berborak bersamanya. Dia seorang polis dan dalam masa yang sama seorang pekebun. Dia pernah menembak beberapa orang komunis di tempat aku belajar kini suatu ketika dahulu. Kemudian,dia menyatakan bahawa dia dan 29 ahli keluarganya yang lain akan bertolak ke tanah suci pada keesokan hari. Bacaan Yaasin dan doa selamat kami berjemaah hulurkan.

***



Alhamdulillah. Laman sesawang yang telah lama menimbulkan perasaan gundah-gulana dalam hatiku berjaya kuterjah. Terima kasih kawan-kawan yang membantu. Satu lagi mashaqqah timbul. Terapung-apung atas kolam hatiku. Jurusan apakah pula yang akan kupenuhi dalam kotak kosong itu. Diskusi bersama keluarga menjadi jalan solusiku. Akhirnya,aku memilih rangkaian kata "perubatan" bagi mengisi kotak pertama diikuti "pergigian", "kejuruteraan dan sains komputer" dan "kesihatan bersekutu". Memang tidak banyak pilihan yang boleh aku buat. Pihak Darul Quran telah pun bertegas kepada pelajar-pelajarnya supaya mengisi kelapan-lapan kotak itu dengan program UIA. No other choice. Biarpun bermacam-macam lagi perkara berkaitan masa depanku bermain-main di layar fikiranku, aku cuba menangkisnya dengan mengubah 'mind set'ku dan mengukuhkan dinding jati diriku untuk tetap bersama kalam teragung.

baru dapat isi UPU fasa 2 setelah guna browser internet explorer
sedang berusaha menanam minat dan menyuburkannya dalam bidang medik
doakan ana dipermudahkan dalam jalan hidup yang ana pilih...
penat. Esok dah nak sambung pengajian semula

Wednesday, 23 March 2011

SPM-ku


                 Dadaku kian berkocak. Jiwaku bergelombang. Satu demi satu nama yang terpapar pada papan putih itu kutatap. Puas aku mencari di mana calon SBPIJ yang berjaya merealisasikan target semua A tambah mereka. Namun tiada. Anak mataku tiba-tiba terpanah suatu nama. Nuruddin …. Namaku. 9A+ 2A. Alhamdulillah. Aku langsung tidak menyangka aku dapat keputusan sebaik itu. Walaupun aku tidak berjaya mencapai targetku tetapi tidak mengapa. Mungkin itu yang terbaik untukku. Allah telah menetapkan aku untuk mendapat keputusan sebegitu. Teka teki mula terapung-terapung dalam kolam fikiranku. Apakah dua subjek yang gagal untuk aku realisasikan targetnya. Aku mula menduga subjek tersebut. Mungkin subjek kritikalku. Bahasa Inggeris dan Biologi. Dugaan itu aku simpan buat seketika demi mendengar sedikit taklimat daripada guru. Aku berasa sungguh bangga saat nama sekolahku diisytiharkan sebagai tempat kedua di Negeri Sembilan. Gred Purata Kesuluruhan yang dicipta oleh 'batch' tahun lepas berjaya kami pertahankan.



                          

                                 Aku terus meneliti keputusan
Sijil Peperiksaan Malaysia itu. 35 pelajar mendapat semua A. Ramai juga rakan-rakanku yang tidakku sangka memperoleh natijah itu berjaya mendapat semua A. Kemudian, apabila aku mengambil slip keputusanku daripada guru kelasku, Pn. Rosmah bt. Md. Daron barulah persoalan berjaya dirungkai. Aku terkejut apabila mendapati subjek kimia aku mendapat A senyap sahaja. Cikgu menghadiahkan aku ucapan tahniah. Senyuman demi senyuman kuukir. Belum pernah lagi aku merasai nikmat kegembiraan sebegini rupa. Ya Allah, terima kasih atas segala kurniaan-Mu kepadaku. Seterusnya, satu demi satu cikgu di sekolah itu aku serbu. Sekalung ucapan terima kasih kuhadiahkan pula buat mereka atas selautan ilmu yang telah dicurahkan oleh mereka. Sempat juga aku bergambar bersama-sama guruku. Terima kasih cikgu! Jika tidak kerana penat lelahmu mengajarku, sudah tentu aku tidak mampu mencapai tahap ini.

            
                                 Aku melihat ramai sahabat-sahabatku mula mempamerkan personaliti baru mereka. Ramai yang berambut panjang hingga menutup dahi. Mungkin mereka suka atau bangga dengan imej baharu mereka. Banyak perubahan telah berlaku pada rakan-rakanku juga sekolahku itu. Mantan ketua umum sekolah itu juga turut berasa pelik apabila aku memakai seluar slack. Mungkin mereka belum faham lagi atau tidak pernah bergema di gegendang telinga mereka rangkai kata 'Hasanah al-Abrar Sayyiah al-Muqarrabin'.

                          Kini, aku telahpun tamat satu ujian di dunia fana ini. Segala persoalan telah pun terjawab. Tiada lagi penantian terhadap keputusan itu. Adik-adikku yang masih berada di sekolah itu sempat juga kutemu. Sempat juga kukirimkan sedikit pesanan dan nasihat buat mereka. Rinduku kepada junior-juniorku kian terubat. Aku diundang ke Majlis Anugerah Cemerlang (MAC) pada tanggal 6 April 2011 nanti. Ya Allah berikanlah aku hidayah-Mu supaya aku dapat membuat keputusan yang terbaik dalam hidupku sebagai bekalan menuju hari akhirat kelak.

Friday, 11 March 2011

Cuitan Kesedaran

"Allah selamatkan kamu...Allah selamatkan kamu...Allah selamatkan Muhd Nursalam.Allah selamatkan kamu..."

                       Aku,Fattah,Hisyam,Amsyar,Mail dan Abang Syauqi pun menuju masuk ke bilik yang menghadap bahagian tengah asrama itu selepas melaungkan kata-kata buat ahli usrah kami.Masing-masing memegang makanan di tangan.Hisyam yang juga ketua usrah Munchy's seperti biasa,pasti akan memilih untuk membawa makanan yang paling ringan sekali.Di tangan mantan ketua BADAR sekolahnya itu terdapat keropok 'keroda',juadah yang menjadi kegilaan warga Darul Quran.Kami pun menerjah masuk ke bilik Salam.Abang Zaki sudah pun menjalankan projek provokasinya terhadap anak kelahiran Pahang itu.Malam 26 Februari,dua hari selepas hari lahir sebenar Salam memang menjadi tarikh pilihan kami seusrah supaya ia mampu menimbulkan kejutan yang hakiki buat kaki pancing itu.Senyuman mula terukir di pipi peminat khat itu.Kemudian,manik-manik kaca berair mula membasahi raut wajahnya.Satu-satu ahli usrah dirangkulnya.Manik-manik kaca tadi mula berderai setelah menimpa lantai batu itu.



"Saya tak pernah rasa macam ni.Sebelum ni,tak pernah ada lagi orang sambut birthday saya semeriah begini.Kalau ada pun,biasa-biasa je.Takde kejutan.Terima kasih semua......"ujar Salam.

                     Aku tersentak.Pengembaraanku dalam lamunan maya sebentar tadi cepat-cepat kunoktahkan.Memang setiap kali menjelang sahaja hari lahir seseorang,para nuqaba' di bumi ukhuwah itu akan mula mengatur pertemuan bersama ahli usrah dan memulakan diskusi merangka strategi bagi menyambut hari kelahiran ahli usrah mereka.Simbah air,menepekkan kek pada muka,menaburkan beberapa botol bedak,provokasi dan berbagai-bagai lagi inisiatif yang telah dilakukan di bawah langit tarbiyyah itu.Semuanya adalah untuk mengukuhkan lagi sulaman ukhuwah yang terbina dengan mengukir satu memori abadi.Bermula dengan usrahlah harakah Islamiyah di mandala ini dapat dicetuskan demi matlamat membangunkan semula khilafah Islamiyah yang telah ranap pada tanggal 3 Mac 1924.Seorang pemimpin hebat revolusi Islam pada suatu ketika pernah berbicara,



"Kita bukanlah pelopor perjuangan Islam dan bukan juga penamatnya.Perjuangan dalam Islam sangat panjang   jalinannya,bermula dari zaman Rasulullah hinggalah era umat akhir zaman.Kita tidak lebih daripada hanya menghubungkan mata-mata rantai perjuangan tersebut."

                 Ungkapan penuh semangat pemimpin Ikhwanul Muslimin yang pernah menggegarkan bumi Mesir itu sentiasa menjadi pembakar semangatku dalam menyemarakkan lagi jihad fi sabilillah.Kesemua kesedaran ini menerpaku dalam keadaan tidak sedar saat aku menyertai agenda-agenda di bumi tarbiyyah itu.Walaupun  diriku ini terasa begitu kerdil sewaktu mendengar istilah-istilah islamik baharu,judul-judul kitab fekah dan dalil-dalil yang sangat asing bergema di gegendang telinga ini,yang mana semua itu dilontarkan oleh taulan-taulan yang boleh dilabel sebagai syeikh di sana,namun aku tetap meneruskan perjuangan di arena bi'ah solehah itu demi menggapai impian yang satu yakni menjalani metamorfosis personaliti diri dan kalbu khususnya di bawah lembayung mardhatillah.

.............................

Kini,sudah hampir tiga bulan aku menggali ilmu di hub dakwah itu.Cuti pertengahan semester satu selama seminggu ini tidak akan kusia-siakan lagi dengan agenda-agenda lagho.Lebih-lebih lagi,aku dan rafik-rafik sehalaqahku pun telah ditaklifkan oleh ustaz kami untuk membaca di hadapannya selepas tamat cuti yang julung-julung kali lamanya ini sebanyak satu juzuk.Pada mulanya,aku mengandaikan ia sebagai ilusi tetapi hakikatnya ia satu realiti yang mencabar kemampuan individu dho'if ini.Arahan yang tersembul keluar daripada mulut ustaz berkaca mata berbingkaikan plastik coklat tua itu sebenarnya bukanlah omongan kosong semata,tetapi suatu hasrat untuk mendidik anak muridnya sendiri.
             
                Aku cuba menyahut cabaran ustaz syadid itu,namun mungkin atas dasar kelalaian dan kurangnya kesedaran menjadikan aku hampir gagal merealisasikan hasrat murni itu.Esok,aku akan membawa kembali diri ini ke medan jihad yang terletak di Kuala Kubu Bharu itu.Cebisan-cebisan terakhirku di rumah baru yang tak seberapa agam ini sempat kumanfaatkan untuk kebaikan.Laman blog yang baru sahaja mendapat tempat di hatiku ini bagaikan menggaru-garu lagi kalbuku ini untuk terus menulis demi melunaskan tanggungjawab yang diamanahkan oleh Sang Pencipta sebagaimana arahanNya dalam surah Al-Imran ayat 104 yang telah pun berjaya mencuri hatiku ini untuk menjalankan misi murni ini iaitu DAKWAH.

Thursday, 10 March 2011

Bisikan Kalbu

Zapp!!!!!!!

"Aduh,"hatiku berbisik.

Rotan setebal setengah inci baru sahaja hinggap ke atas betisku.Ada kesan merah mewarnai betis kakiku.Ini adalah hukuman yang paling ringan yang pernah aku lalui di tempat aku belajar kini.Sebelum ini,sudah acap kali kayu coklat muda itu singgah di tubuh kerdilku ini.Tangan,badan,betis,tapak kaki.Cakap sahaja.Aku sudah boleh dikatakan lali setelah beberapa purnama berada di bumi penuh tarbiyyah itu walaupun aku amat jarang sekali merasai pengalaman dirotan sewaktu zaman persekolahanku dahulu.

          Tepat jam 11.30 pagi.Aku dan sahabat-sahabat sehalaqahku mengambil 'handset' kami dan bersalaman dengan ustaz kelas tasmi' kami,Ustaz Mukhlis.Kebiasaannya,pada penghujung kelas tasmi',ustaz kelahiran Kedah itu akan menaburkan kepada kami butir-butir nasihat dan memberi kami sedikit taklifat untuk dilaksanakan.

Sejurus sahaja selesai kelas tasmi' pada pagi yang penuh syahdu itu,kakiku melangkah longlai naik ke tingkat atas masjid,ruang sembahyang muslimin.Aku berjalan malas menaiki anak tangga.Hatiku bagaikan kaca terhempas ke atas  batu yang sangat tajam.Kalbuku sering diusik oleh bisikan-bisikan yang penuh kekecewaan.

"Camnelah aku nak menghafal ni,baru je tebuk 5 juzuk ngan ustaz dah sangkut,huh.......aku ni bukannye nak hafal 5 juzuk je,tapi 30!satu angka yang sangat besar dan lebih besar lagi jika ditelaah kandungan di dalam juzuk tersebut."Aku mula bermonolog dalaman.



Anak mataku meninjau-ninjau ke dalam masjid.Sunyi.Lengang.Tiada insan bernyawa di ruang solat itu.Mungkin kerana ada sebilangan pelajar yang ke kelas English dan ada juga yang membawa diri masing-masing ke bilik mereka yang terletak hampir 200 meter dari masjid.Lazimnya,pada waktu sang matahari berdiri megah di puncak persemayamannya,pelajar-pelajar Darul Quran akan melakukan kuak lentang di atas kolam mimpi masing-masing.Selalunya mereka melabelkan perbuatan mereka sebagai 'qailulah' yang mana menjadi sunnah Rasul junjungan.Pelajar-pelajar DQ menaruh kepercayaan yang besar terhadap keberkesanan 'tidur seketika' itu dalam memberi tenaga yang berganda pada waktu petang dan malam untuk mereka mencari modal dan menghidupkan malam mereka dengan ber'ta'abud' kepada Yang Maha Esa.



Hari ini aku tiada kelas BI.Jadi,kebiasaannya pasti akan ada bagai satu daya tarikan magnet di maktabah yang  menarikku untuk menziarahi lambakan juadah-juadah minda di sana.Kebetulan pula,struktur bangunan masjid dihubungkan dengan maktabah menjadikan ia sebagai satu hub keilmuan yang dominan di bawah langit tarbiyyah itu.Sambil kakiku menderap perlahan,otakku ligat berfikir apakah mampu aku teruskan perjuangan di gelanggang tarbiyyah itu.Mutiara kata Ustaz Mukhlis tiba-tiba menyelinap masuk dalam fikiranku....

"Al-Quran itu milik Allah.Bukan mudah nak menghafal ni.Kalau Allah nak bagi kita hafal Al-Quran,kita dapatla hafal.Tapi,kalau Allah tak nak bagi kita hafal,tak boleh la kita hafal Kalamullah itu.Jadi,ape-ape pun Nuruddin,mintaklah pada Allah.Banyakkan berdoa supaya Allah izinkan nta mengkhatamkan Al-Quran"

"Ah..Aku hampir terlupa akan tempat aku bergantung."aku terus bermonolog.



Namun kakiku terus melangkah deras untuk mengetahui apa yang berlaku di dunia luar sekarang.Sampai sahaja di dalam ruang muslimin,seperti biasa ketiga-tiga surat khabar sudah digenggam kemas oleh pelajar-pelajar persijilan yang sering memanfaatkan masanya di maktabah.Apa lagi,aku terus la menumpang sekaki.Mataku liar melihat topik-topik hangat dalam surat khabar pro-kerajaan itu.


Masalah sosial,buang anak,anak derhaka,pelajar merempit,seks,dadah,hedonisme.Itulah tajuk-tajuk yang sentiasa memenuhi akhbar tiap-tiap hari.Kepincangan sosial belakangan ni semakin menular bagai cendawan tumbuh selepas hujan.Hatiku diruntun sayu.Sedih yang teramat melihat remaja-remaja di luar yang tidak dapat menikmati kemanisan penghayatan yang hakiki Islam.
....................

Glosari :

tarbiyyah-proses pendidikan untuk mengubah sesuatu keadaan biasa menjadi lebih baik untuk mendapat             keredhaan Allah
halaqah-bulatan dalam kelas,lebih kurang 14 orang.
taklifat-tanggungjawab,amanah
tebuk-ustaz baca mana-mana ayat,pelajar sambung dalam 3 ayat selepasnya
qailulah-tidur seketika sebelum Zuhur untuk memudahkan Qiamullail
mencari modal-menghafal,m/s yang telah dihafal tetapi belum ditasmi' oleh ustaz dipanggil 'modal'
maktabah-perpustakaan
nta-anta,kamu(lelaki)


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...