"Allah selamatkan kamu...Allah selamatkan kamu...Allah selamatkan Muhd Nursalam.Allah selamatkan kamu..."
Aku,Fattah,Hisyam,Amsyar,Mail dan Abang Syauqi pun menuju masuk ke bilik yang menghadap bahagian tengah asrama itu selepas melaungkan kata-kata buat ahli usrah kami.Masing-masing memegang makanan di tangan.Hisyam yang juga ketua usrah Munchy's seperti biasa,pasti akan memilih untuk membawa makanan yang paling ringan sekali.Di tangan mantan ketua BADAR sekolahnya itu terdapat keropok 'keroda',juadah yang menjadi kegilaan warga Darul Quran.Kami pun menerjah masuk ke bilik Salam.Abang Zaki sudah pun menjalankan projek provokasinya terhadap anak kelahiran Pahang itu.Malam 26 Februari,dua hari selepas hari lahir sebenar Salam memang menjadi tarikh pilihan kami seusrah supaya ia mampu menimbulkan kejutan yang hakiki buat kaki pancing itu.Senyuman mula terukir di pipi peminat khat itu.Kemudian,manik-manik kaca berair mula membasahi raut wajahnya.Satu-satu ahli usrah dirangkulnya.Manik-manik kaca tadi mula berderai setelah menimpa lantai batu itu.
"Saya tak pernah rasa macam ni.Sebelum ni,tak pernah ada lagi orang sambut birthday saya semeriah begini.Kalau ada pun,biasa-biasa je.Takde kejutan.Terima kasih semua......"ujar Salam.
Aku tersentak.Pengembaraanku dalam lamunan maya sebentar tadi cepat-cepat kunoktahkan.Memang setiap kali menjelang sahaja hari lahir seseorang,para nuqaba' di bumi ukhuwah itu akan mula mengatur pertemuan bersama ahli usrah dan memulakan diskusi merangka strategi bagi menyambut hari kelahiran ahli usrah mereka.Simbah air,menepekkan kek pada muka,menaburkan beberapa botol bedak,provokasi dan berbagai-bagai lagi inisiatif yang telah dilakukan di bawah langit tarbiyyah itu.Semuanya adalah untuk mengukuhkan lagi sulaman ukhuwah yang terbina dengan mengukir satu memori abadi.Bermula dengan usrahlah harakah Islamiyah di mandala ini dapat dicetuskan demi matlamat membangunkan semula khilafah Islamiyah yang telah ranap pada tanggal 3 Mac 1924.Seorang pemimpin hebat revolusi Islam pada suatu ketika pernah berbicara,
"Kita bukanlah pelopor perjuangan Islam dan bukan juga penamatnya.Perjuangan dalam Islam sangat panjang jalinannya,bermula dari zaman Rasulullah hinggalah era umat akhir zaman.Kita tidak lebih daripada hanya menghubungkan mata-mata rantai perjuangan tersebut."
Ungkapan penuh semangat pemimpin Ikhwanul Muslimin yang pernah menggegarkan bumi Mesir itu sentiasa menjadi pembakar semangatku dalam menyemarakkan lagi jihad fi sabilillah.Kesemua kesedaran ini menerpaku dalam keadaan tidak sedar saat aku menyertai agenda-agenda di bumi tarbiyyah itu.Walaupun diriku ini terasa begitu kerdil sewaktu mendengar istilah-istilah islamik baharu,judul-judul kitab fekah dan dalil-dalil yang sangat asing bergema di gegendang telinga ini,yang mana semua itu dilontarkan oleh taulan-taulan yang boleh dilabel sebagai syeikh di sana,namun aku tetap meneruskan perjuangan di arena bi'ah solehah itu demi menggapai impian yang satu yakni menjalani metamorfosis personaliti diri dan kalbu khususnya di bawah lembayung mardhatillah.

.............................
Kini,sudah hampir tiga bulan aku menggali ilmu di hub dakwah itu.Cuti pertengahan semester satu selama seminggu ini tidak akan kusia-siakan lagi dengan agenda-agenda lagho.Lebih-lebih lagi,aku dan rafik-rafik sehalaqahku pun telah ditaklifkan oleh ustaz kami untuk membaca di hadapannya selepas tamat cuti yang julung-julung kali lamanya ini sebanyak satu juzuk.Pada mulanya,aku mengandaikan ia sebagai ilusi tetapi hakikatnya ia satu realiti yang mencabar kemampuan individu dho'if ini.Arahan yang tersembul keluar daripada mulut ustaz berkaca mata berbingkaikan plastik coklat tua itu sebenarnya bukanlah omongan kosong semata,tetapi suatu hasrat untuk mendidik anak muridnya sendiri.
Aku cuba menyahut cabaran ustaz syadid itu,namun mungkin atas dasar kelalaian dan kurangnya kesedaran menjadikan aku hampir gagal merealisasikan hasrat murni itu.Esok,aku akan membawa kembali diri ini ke medan jihad yang terletak di Kuala Kubu Bharu itu.Cebisan-cebisan terakhirku di rumah baru yang tak seberapa agam ini sempat kumanfaatkan untuk kebaikan.Laman blog yang baru sahaja mendapat tempat di hatiku ini bagaikan menggaru-garu lagi kalbuku ini untuk terus menulis demi melunaskan tanggungjawab yang diamanahkan oleh Sang Pencipta sebagaimana arahanNya dalam surah Al-Imran ayat 104 yang telah pun berjaya mencuri hatiku ini untuk menjalankan misi murni ini iaitu DAKWAH.