Mafatih Mahabbah. Kunci kasih sayang. Indah pada nama tetapi tidak secantik rupa. Itulah minggu orientasiku di DQ. Hari-hari derita yang dikendalikan oleh perwakilan DQ itu cukup mengajar aku bermacam-macam perkara walaupun hanya memakan masa 3 hari. Melalui program itu juga banyak ilmu-ilmu baru yang dapat aku belajar. Aku terpaku tatkala kalimah 'hasanatul abrar sayyiatul muqarrabin' tersembul keluar daripada mulut Aiman Md. Uslim. Oh! Baru aku tahu rahsia kecemerlangan akhlak pelajar-pelajar KISAS.
Katanya, kalau di KISAS siapa yang solat imam kedua ataupun masbuk dipandang sebagai suatu benda yang tidak baik.Perbuatan solat lewat daripada waktunya itulah yang dikatakan sayyiah oleh golongan muqarrabin, orang yang rapat dengan Allah. Tetapi, solat yang tidak menepati waktu itu dipandang biasa ataupun hasanah, baik bagi mereka yang bergelar orang awam ataupun orang kebanyakan. Persis juga seperti lelaki yang memakai seluar tiga suku. Tidak kira di mana-mana hatta di asrama lelaki sekalipun tetap akan dipandang tidak molek bagi golongan yang rapat dengan Allah. Sebenarnya banyak lagi contoh yang lain. Sama ada hijab hanya sekadar menutup bahagian hadapan sahaja ataupun labuh sehingga membaluti badan, pakai baju melayu atau jubah ketika solat ataupun hanya cukup dengan t-shirt yang penuh dengan ikon-ikon yang mengganggu kekhusyukan, cara komunikasi dengan berlainan jantina yang bukan mahram dan lain-lain lagi. Cuba fikirkan.
Bagiku benda-benda seperti ini sangat penting dalam membina akhlak dan membaiki hati umat Islam. Nampak sahaja macam tidak penting,tetapi pada hakikatnya ia mampu mencetuskan impak luar biasa terhadap individu tersebut. Kalau tidak percaya cuba amalkan. Teringat aku akan kata-kata Hassan al-Banna:
Hari ini aku akan berjumpa kembali dengan sahabat-sahabatku dari seluruh negara yang tah mungkin ada tah tidak. Takut dek hasrat belajar di bumi orang menjadi pilihan hati mereka sehingga sanggup menangguhkan pengkajian mereka terhadap mukjizat agung itu. Harap-harapnya tidaklah. Mana tahu impianku untuk menyelongkar isi kandungan kitab hikmah itu hancur berkecai gara-gara terpaut bersama-sama dengan lalang-lalang lain lalu membawaku pergi jauh dari kalam Ilahi itu. Ya,aku akan teruskan perjuangan yang telah aku mulakan. Aku telah mulakan dan aku juga harus menamatkannya. There's no turning back.
Sedikit mesej yang kuterima untuk dikongsikan dalam merealisasikan maqasid penciptaan manusia:

"Apa yang kita lakukan sebenarnya bukanlah untuk jangka masa yang pendek tetapi untuk jangka masa yang panjang"
***
Hari ini aku akan berjumpa kembali dengan sahabat-sahabatku dari seluruh negara yang tah mungkin ada tah tidak. Takut dek hasrat belajar di bumi orang menjadi pilihan hati mereka sehingga sanggup menangguhkan pengkajian mereka terhadap mukjizat agung itu. Harap-harapnya tidaklah. Mana tahu impianku untuk menyelongkar isi kandungan kitab hikmah itu hancur berkecai gara-gara terpaut bersama-sama dengan lalang-lalang lain lalu membawaku pergi jauh dari kalam Ilahi itu. Ya,aku akan teruskan perjuangan yang telah aku mulakan. Aku telah mulakan dan aku juga harus menamatkannya. There's no turning back.
Sedikit mesej yang kuterima untuk dikongsikan dalam merealisasikan maqasid penciptaan manusia:
"Tiada percetakan dalam kepimpinan.Pemimpin tidak lahir di dalam bilik kuliah,tetapi tumbuh sendiri dalam hempas pulas kancah,muncul di tengah-tengah pengumpulan masalah,menonjol dalam seangkatan lalu diterima dan didukung umat"
suka untuk aku mengingatkan kembali diriku yang nista dan rafik-rafik sekalian tentang
ayat 58 dan 59 surah al-Nisa’ yang lantas sesuai ditujukan buat pemimpin-pemimpin kini
terlampau banyak aib yang kian dibuka tanpa segan silu
zaman fitnah telah pun bermula
hati-hatilah rakan-rakan
jangan sampai hanyut dibawa arus kedurjanaan itu.
salam perpisahan untuk sementara waktu...