Zapp!!!!!!!
"Aduh,"hatiku berbisik.
Rotan setebal setengah inci baru sahaja hinggap ke atas betisku.Ada kesan merah mewarnai betis kakiku.Ini adalah hukuman yang paling ringan yang pernah aku lalui di tempat aku belajar kini.Sebelum ini,sudah acap kali kayu coklat muda itu singgah di tubuh kerdilku ini.Tangan,badan,betis,tapak kaki.Cakap sahaja.Aku sudah boleh dikatakan lali setelah beberapa purnama berada di bumi penuh tarbiyyah itu walaupun aku amat jarang sekali merasai pengalaman dirotan sewaktu zaman persekolahanku dahulu.
Tepat jam 11.30 pagi.Aku dan sahabat-sahabat sehalaqahku mengambil 'handset' kami dan bersalaman dengan ustaz kelas tasmi' kami,Ustaz Mukhlis.Kebiasaannya,pada penghujung kelas tasmi',ustaz kelahiran Kedah itu akan menaburkan kepada kami butir-butir nasihat dan memberi kami sedikit taklifat untuk dilaksanakan.
Sejurus sahaja selesai kelas tasmi' pada pagi yang penuh syahdu itu,kakiku melangkah longlai naik ke tingkat atas masjid,ruang sembahyang muslimin.Aku berjalan malas menaiki anak tangga.Hatiku bagaikan kaca terhempas ke atas batu yang sangat tajam.Kalbuku sering diusik oleh bisikan-bisikan yang penuh kekecewaan.
"Camnelah aku nak menghafal ni,baru je tebuk 5 juzuk ngan ustaz dah sangkut,huh.......aku ni bukannye nak hafal 5 juzuk je,tapi 30!satu angka yang sangat besar dan lebih besar lagi jika ditelaah kandungan di dalam juzuk tersebut."Aku mula bermonolog dalaman.
Anak mataku meninjau-ninjau ke dalam masjid.Sunyi.Lengang.Tiada insan bernyawa di ruang solat itu.Mungkin kerana ada sebilangan pelajar yang ke kelas English dan ada juga yang membawa diri masing-masing ke bilik mereka yang terletak hampir 200 meter dari masjid.Lazimnya,pada waktu sang matahari berdiri megah di puncak persemayamannya,pelajar-pelajar Darul Quran akan melakukan kuak lentang di atas kolam mimpi masing-masing.Selalunya mereka melabelkan perbuatan mereka sebagai 'qailulah' yang mana menjadi sunnah Rasul junjungan.Pelajar-pelajar DQ menaruh kepercayaan yang besar terhadap keberkesanan 'tidur seketika' itu dalam memberi tenaga yang berganda pada waktu petang dan malam untuk mereka mencari modal dan menghidupkan malam mereka dengan ber'ta'abud' kepada Yang Maha Esa.
Hari ini aku tiada kelas BI.Jadi,kebiasaannya pasti akan ada bagai satu daya tarikan magnet di maktabah yang menarikku untuk menziarahi lambakan juadah-juadah minda di sana.Kebetulan pula,struktur bangunan masjid dihubungkan dengan maktabah menjadikan ia sebagai satu hub keilmuan yang dominan di bawah langit tarbiyyah itu.Sambil kakiku menderap perlahan,otakku ligat berfikir apakah mampu aku teruskan perjuangan di gelanggang tarbiyyah itu.Mutiara kata Ustaz Mukhlis tiba-tiba menyelinap masuk dalam fikiranku....
"Al-Quran itu milik Allah.Bukan mudah nak menghafal ni.Kalau Allah nak bagi kita hafal Al-Quran,kita dapatla hafal.Tapi,kalau Allah tak nak bagi kita hafal,tak boleh la kita hafal Kalamullah itu.Jadi,ape-ape pun Nuruddin,mintaklah pada Allah.Banyakkan berdoa supaya Allah izinkan nta mengkhatamkan Al-Quran"
"Ah..Aku hampir terlupa akan tempat aku bergantung."aku terus bermonolog.
Namun kakiku terus melangkah deras untuk mengetahui apa yang berlaku di dunia luar sekarang.Sampai sahaja di dalam ruang muslimin,seperti biasa ketiga-tiga surat khabar sudah digenggam kemas oleh pelajar-pelajar persijilan yang sering memanfaatkan masanya di maktabah.Apa lagi,aku terus la menumpang sekaki.Mataku liar melihat topik-topik hangat dalam surat khabar pro-kerajaan itu.
Masalah sosial,buang anak,anak derhaka,pelajar merempit,seks,dadah,hedonisme.Itulah tajuk-tajuk yang sentiasa memenuhi akhbar tiap-tiap hari.Kepincangan sosial belakangan ni semakin menular bagai cendawan tumbuh selepas hujan.Hatiku diruntun sayu.Sedih yang teramat melihat remaja-remaja di luar yang tidak dapat menikmati kemanisan penghayatan yang hakiki Islam.
Glosari :
tarbiyyah-proses pendidikan untuk mengubah sesuatu keadaan biasa menjadi lebih baik untuk mendapat keredhaan Allah
halaqah-bulatan dalam kelas,lebih kurang 14 orang.
taklifat-tanggungjawab,amanah
tebuk-ustaz baca mana-mana ayat,pelajar sambung dalam 3 ayat selepasnya
qailulah-tidur seketika sebelum Zuhur untuk memudahkan Qiamullail
mencari modal-menghafal,m/s yang telah dihafal tetapi belum ditasmi' oleh ustaz dipanggil 'modal'
maktabah-perpustakaan
nta-anta,kamu(lelaki)

....................