Halaman

Showing posts with label Darul Quran. Show all posts
Showing posts with label Darul Quran. Show all posts

Friday, 2 September 2011

Where is Your Dalil?


Talk with dalil.

The biggest mistake and loss of students nowadays especially in religion science stream is losing the Islamic studies after pursuing with other professional courses. I mean, they miss the Islamic knowledge or in the other word, what is the real meaning of Islam.

Maybe all people in this century knew about our chronic education system. Yes, the secular disease is still and nurturing in our school. Urm, actually most students didn't notice it.

In reality, many students nowadays choose to accept than digest what are being taught in school. That's why every year, an enormous amount of exam-oriented students are produced in Malaysia. We can see how many student will practice and 'menghayati' all knowledge that they learn for 18 years after finishing the SPM.

No need to look far. Look at the 'mat rempit', drugs abusers, sex, 'buang bayi' and other social problems. This ulcerous problem seems directly proportional to the increasing of the overall SPM's GPK in Malaysia or the number of student who score A.

Urm, let's think for a while... how many teacher insert and relate what we learn especially science subject with Quran?

Ahha! Maybe some will say too little and some will say never. Ha, that's not fantasy. That's reality!

We are being indoctrinated and educated by this worst education system for nearly over 18 years.

Fuh, very humiliating.

Thus, I suggest you all to start searching for an Islamic platform to learn more about Islam and relate it with the science knowledge you all know.

For religion science stream, I really suggest to memorise the main hall of knowledge in the world, Quran in Darul Quran or another place. For a long time, I've dream that all people in Malaysia will memorise the Quran since child through the education system.

I wonder when the time is it.

Saturday, 4 June 2011

Guru, Jasamu Sungguh Berharga!



Saya teringat hadis,


Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: "Apabila seorang manusia mati, putuslah (tulisan pahala) amalan (setakat itu) Kecuali tiga perkara (yang akan berlanjutan tulisan pahalanya) iaitu sedekah jariah atau ilmu memberi kepada yang faedah orang lain atau anak yang soleh yang berdoa untuknya."


(Hadith Sahih - Riwayat Imam Ahmad)

Saya kira, masih belum terlambat untuk saya mengucapkan terima kasih kepada semua guru yang telah banyak melimpahkan kepada saya segala ilmu.

Walaupun tanggal 16 Mei telah pun lebih setengah bulan berlalu, namun pada hakikatnya setiap hari merupakan hari guru. Guru bukan hanya perlu diingat dan dikenang pada satu hari sahaja.

Sebenarnya, saya sangat berhasrat untuk mengucapkannya pada tanggal 16 Mei tersebut. Namun, atas kesibukan program di pusat pengajian saya, Darul Quran dan juga atas kemudahan penggunaan internet yang terbatas, hasrat saya terpaksa ditangguhkan untuk seketika.

Walau apa jua masalah sekalipun, jasa-jasamu, yang telah banyak cikgu taburkan kepada saya akan sentiasa saya sematkan dalam kalbu.

Tugas seorang guru sememangnya tugas yang mulia. Mengajarkan ilmu kepada insan lain sangat besar manfaatnya.

Teringat lagi pesan Nabi yang sangat popular,

"Jadilah insan yang mengajar ilmu atau insan yang mempelajari ilmu atau orang yang mendengar ilmu atau orang yang suka akan ilmu dan janganlah jadi insan yang kelima. Maka, nescaya engkau akan binasa"

Pada peluang dan ruang yang Allah kurniakan kepada saya ini, saya memohon supaya cikgu berkati dan redhai segala ilmu yang telah cikgu ajarkan kepada saya. Saya amat berharap, cikgu mengirimkan doa kepada saya supaya saya dapat menempuh kehidupan dunia yang penuh mehnah dan tribulasi ini dengan selamat, yakni sentiasa berada di dalam landasan Islam demi menuju akhirat yang kekal abadi.

Proses menghafal kitabulLah di Darul Quran, Kuala Kubu Bharu merupakan langkah pertama saya keluar daripada jendela dunia. Pengalaman selama satu semester di bumi barakah itu juga cukup menguji ketabahan dan jati diri saya.

Saya akui, bukan mudah untuk menghafal Al-Quran.

Sekali lagi, saya pohon daripada cikgu-cikgu agar sentiasa mendoakan kejayaan saya dan supaya Allah memudahkan segala urusan saya di dunia dan akhirat.

Insya-Allah, saya akan cuba dan berusaha untuk mengaplikasikan segala ilmu yang telah cikgu kongsi dan ajarkan kepada saya.

Terima kasih cikgu. Pengorbananmu sungguh berharga.




Sunday, 29 May 2011

Detik Bersama Syeikh Sudais



Alhamdulillah.... rezeki berada di bumi barakah. Pada 23 April lalu, aku berkesempatan bertemu dengan qari Mekah. The first impression aku dengar tentang perkara tu, bagaikan tak percaya. Insan yang sering kudengar suaranya di corong-corong radio akan sempat kutemu. Apa-apa pun, Allah Maha Berkuasa. Allah Maha Penentu. Pelbagai gelagat siswa siswi DQ ketika itu. Nak digambarkan betapa semangatnya mereka untuk berjumpa dengan syeikh Arab itu, sampaikan mereka sanggup beratur dalam tempoh yang lama, berbaris di permaidani merah yang terhampar buat julung-julung kalinya di masjid DQ.

               Sedikit humor yang mencuit hati kami semua pabila,sebaik sahaja rombongan Syeikh Rahman Sudais sampai pada jam 2.20 petang. Kami yang tidak sabar-sabar ingin menatap wajah syeikh itu pun beraturlah dengan penuh harapan. Tunggu punya tunggu, tiba-tiba kedengaran sedikit riuh tanda syeikh sudah pun mula melangkah masuk ke masjid DQ. Bebola mata kami ketika itu memanah tepat ke arah pintu masjid tengah. Sekonyong-konyong, muncul wajah seorang syeikh berpakaian serba serbi persis orang Arab.

Teka-teki mula bermain-main dalam kolam fikiran kami tika itu.

"Biar betul ini Syeikh Sudais? Apa fasal pelik semacam mukanya? Macam mana mukanya boleh jadi agak lonjong?"

             Rupa-rupanya, itu bukanlah Syeikh Sudais yang kami sangkakan. Kami ketawa kecil di dalam hati kami. Dia hanya pengiring Syeikh Rahman Sudais sebenarnya. Sejurus tiba di dalam masjid, beliau terus mengimamkan Solat Zuhur. Usai solat, beliau memberi sedikit nasihat kepada kami. Fuh, agak berselirat juga neuron otak kami untuk memahami lughah Arabnya yang cukup tinggi. Mujur, kebanyakan butir kalamnya dipetik daripada ayat al-Quran. Talk itu lebih kurang setengah jam kalau tak silap.

Di bawah ini anatara 10 wasiat beliau kepada kami, khususnya hamalah al-Quran....


Antara amanat yang disampaikan dalam muhadharah tersebut ialah:
1) Beriman dengan al-Quran dan beramal dengan isi kandungannya.
2) Bersungguh-sungguh membaca al-Quran kerana amalan membaca al-Quran adalah diibaratkan suatu perniagaan yang tidak akan rugi seperti yang disebut di dalam al-Quran.
3) Kepentingan menghafaz al-Quran, dan setiap individu muslim itu perlu menghafaz al-Quran setakat mana yang mampu.
4) Merenungi dan mentadabbur isi kandungan al-Quran kerana ia adalah mu’jizat yang agung yang menjadi taklifan untuk dihayati oleh setiap insan.
5) Melaksanakan ajaran al-Quran dalam kehidupan seharian.
6) Hendaklah berakhlak dengan akhlak al-Quran sepertimana yang ditunjukkan oleh Baginda Rasulullah SAW.
7) Menjadikan al-Quran sebagai sumber perundangan dan sumber rujukan untuk penyelesaian sebarang masalah
8 ) Mengambil al-Quran sebagai penawar (shifa’), dan bukannya merujuk kepada tukang sihir yang membawa kepada khurafat.
9) Mengawasi dan mengambil berat pada bi’ah sekeliling jika tidak merealisasikan ajaran al-Quran.
10) Menjadikan Islam sebagai cara hidup (way of life) kerana Islam adalah agama yang sempurna merangkumi seluruh aspek  termasuk ibadah, muamalah, syariat dan sebagainya.
Di samping itu, beliau turut menasihatkan kepada para ibu bapa agar mengambil berat tentang pendidikan anak-anak dan memastikan ia menepati manhaj al-Quran agar menjadi pentarbiyahan yang sempurna dan terbaik buat mereka. Beliau juga berpesan kepada semua agar menguasai Bahasa Arab sebaik mungkin bagi tujuan memahami al-Quran. Di akhir ucapan, beliau mendoakan agar Darul Quran khususnya menjadi sebuah pusat pengembangan ilmu al-Quran dan seterusnya menjadikan Malaysia sebagai contoh kepada negara yang lain dalam memartabatkan al-Quran di persada dunia.
*dipetik daripada: web Darul Quran JAKIM 


Tamat ceramah beliau, ada sedikit terjemahan dan beliau sempat membacakan dan melagukan beberapa potong ayat Al-Quran.Subhanallah!!! Lunak sungguh suara beliau.



           Kemudian, saat beliau berangkat untuk menikmati juadah.Saat ini suasana di dalam masjid mula bingit kembali.Berpusu-pusu orang cuba merangkul tangan beliau termasuk aku sekali.Tidak tahan dengan suasana dan situasi yang menghimpit,lantas aku mencari solusi mudah.Bergegas aku berlari-lari anak ke anak tangga.Alhamdulillah.....tak ramai orang di situ.Akhirnya....

"Assalamualaikum....Barakallahu fikum..." kata Syeikh Rahman Sudais sambil mengukir senyuman dan menyambut huluran tanganku.

Di bawah ini pula, beberapa gambar yang sempat ku'shot' menggunakan telefon bimbitku.

persiapan petang jumaat

menunggu ketibaan syeikh

menunggu insan yang belum tiba

ketibaan rombongan

selepas solat zohor


usai syeikh memberikan nasihat

saat syeikh membaca ayat Al-Quran

suasana syeikh hendak bergerak keluar

menuju ke tempat sanatapan di bawah maktabah

Detik meninggalkan bumi DQ

Saturday, 26 March 2011

Hasanatul Abrar, Sayyiatul Muqarrabin

Mafatih Mahabbah. Kunci kasih sayang. Indah pada nama tetapi tidak secantik rupa. Itulah minggu orientasiku di DQ. Hari-hari derita yang dikendalikan oleh perwakilan DQ itu cukup mengajar aku bermacam-macam perkara walaupun hanya memakan masa 3 hari. Melalui program itu juga banyak ilmu-ilmu baru yang dapat aku belajar. Aku terpaku tatkala kalimah 'hasanatul abrar sayyiatul muqarrabin' tersembul keluar daripada mulut Aiman Md. Uslim. Oh! Baru aku tahu rahsia kecemerlangan akhlak pelajar-pelajar KISAS.



                  Katanya, kalau di KISAS siapa yang solat imam kedua ataupun masbuk dipandang sebagai suatu benda yang tidak baik.Perbuatan solat lewat daripada waktunya itulah yang dikatakan sayyiah oleh golongan muqarrabin, orang yang rapat dengan Allah. Tetapi, solat yang tidak menepati waktu itu dipandang biasa ataupun hasanah, baik bagi mereka yang bergelar orang awam ataupun orang kebanyakan. Persis juga seperti lelaki yang memakai seluar tiga suku. Tidak kira di mana-mana hatta di asrama lelaki sekalipun tetap akan dipandang tidak molek bagi golongan yang rapat dengan Allah. Sebenarnya banyak lagi contoh yang lain. Sama ada hijab hanya sekadar menutup bahagian hadapan sahaja ataupun labuh sehingga membaluti badan, pakai baju melayu atau jubah ketika solat ataupun hanya cukup dengan t-shirt yang penuh dengan ikon-ikon yang mengganggu kekhusyukan, cara komunikasi dengan berlainan jantina yang bukan mahram dan lain-lain lagi. Cuba fikirkan.

                    Bagiku benda-benda seperti ini sangat penting dalam membina akhlak dan membaiki hati umat Islam. Nampak sahaja macam tidak penting,tetapi pada hakikatnya ia mampu mencetuskan impak luar biasa terhadap individu tersebut. Kalau tidak percaya cuba amalkan. Teringat aku akan kata-kata Hassan al-Banna:

"Apa yang kita lakukan sebenarnya bukanlah untuk jangka masa yang pendek tetapi untuk jangka masa yang panjang"

***

Hari ini aku akan berjumpa kembali dengan sahabat-sahabatku dari seluruh negara yang tah mungkin ada tah tidak. Takut dek hasrat belajar di bumi orang menjadi pilihan hati mereka sehingga sanggup menangguhkan pengkajian mereka terhadap mukjizat agung itu. Harap-harapnya tidaklah. Mana tahu impianku untuk menyelongkar isi kandungan kitab hikmah itu hancur berkecai gara-gara terpaut bersama-sama dengan lalang-lalang lain lalu membawaku pergi jauh dari kalam Ilahi itu. Ya,aku akan teruskan perjuangan yang telah aku mulakan. Aku telah mulakan dan aku juga harus menamatkannya. There's no turning back.

Sedikit mesej yang kuterima untuk dikongsikan dalam merealisasikan maqasid penciptaan manusia:

"Tiada percetakan dalam kepimpinan.Pemimpin tidak lahir di dalam bilik kuliah,tetapi tumbuh sendiri dalam hempas pulas kancah,muncul di tengah-tengah pengumpulan masalah,menonjol dalam seangkatan lalu diterima  dan didukung umat"

suka untuk aku mengingatkan kembali diriku yang nista dan rafik-rafik sekalian tentang 
ayat 58 dan 59 surah al-Nisa’ yang lantas sesuai ditujukan buat pemimpin-pemimpin kini
terlampau banyak aib yang kian dibuka tanpa segan silu
zaman fitnah telah pun bermula
hati-hatilah rakan-rakan
jangan sampai hanyut dibawa arus kedurjanaan itu.
salam perpisahan untuk sementara waktu...

Tuesday, 22 March 2011

Debaran Membukit

                            Belum pernah lagi aku terfikir agenda itu akan dilakukan di DQ. Teka-teki yang sering bermain di kolam fikiranku selama ini sudah pun diselesaikan. Rupa-rupanya kehidupan sebagai seorang hafiz bukanlah seperti apa yang aku sangka selama ini. Semalam, aku bersama-sama usrahku baru sahaja habis menonton filem 3 Idiots. Berbekalkan komputer riba yang naqibku peroleh, kami menonton bersama-sama hingga jam 1.40 pagi. 'Nasi bujang' dan air oren mama cafe menjadi santapan kami pada malam itu. Modus operandi yang digunakan oleh watak utama filem yang berkisar kehidupan di kampus India tersebut masih segar dalam kotak fikiranku. Memang semalam, hampir semua usrah menjalankan projek masing-masing.

                        Hari ini juga aku mulakan dengan hari yang bahagia. Modal yang kuhantar kepada ustaz tasmikku tidak dipertikaikan walaupun jumlahnya sangat sedikit. Pada akhir kelas, ustaz mula bertanyakan kepada kami sehalaqah apakah kami akan keluar daripda DQ setelah menggenggam keputusan SPM. Kemudian, bermacam-macam lagi persoalan ditimbulkan oleh ustaz berusia 25 tahun itu. Semuanya tidak lain dan tidak bukan melainkan untuk merapatkan lagi ukhuwah antara kami sehalaqah. Hari ini juga buat pertama kalinya ustaz menamatkan kelas lebih awal.

                                Seperti biasa, usai kelas tasmik prebet-prebet di Kuala Kubu Bharu pasti akan mendapat banyak panggilan. Dalam perjalananku dan sahabat-sahabatku yang lain di dalam komuter, kesabaran kami diuji apabila komuter yang kami naiki rosak. Perjalanan kami terhenti selama satu jam di stesen Rasa yang sunyi. Hanya pelajar-pelajar DQ sahaja yang ada. Mulalah masing-masing mengisi masa mereka dengan aktiviti bermanfaat. Membaca buku, i‘adah dan macam-macam lagi. Memang sukar sekali aku melihat mereka berbual-bual kosong. Sahabat seusrahku dengan buku 'How to Win Friend and Influence People' di sisinya. Kata pelajar nombor dua KISAS itu, ramai pelajar sekarang hanya pandai akademik tetapi tidak bijak mencipta pengaruh dalam bersosial.

                           Setelah beberapa lama kami menunggu, komuter yang lain pun tiba dan perjalanan pun diteruskan. Esok, pasti merupakan hari yang mendebarkan bagi semua pelajar-pelajar yang baru sahaja mengambil peperiksaan besar tersebut. Kata guruku, tamat peperiksaan itu kami baru sahaja akan keluar dari jendela dunia. Katanya lagi, peperiksaan itu menentukan masa depan seseorang. Hmmm, biarlah. Apa-apa pun, saat-saat akhir yang masih tersisa ini perlu kupenuhi dengan seinfiniti doa dan tawakal kepada Yang Maha Menentukan. Istikharahku sama ada terus berjuang di bumi tarbiah atau meneroka alam luar yang penuh mencabar, pasti aku lakukan demi memperoleh hidayah hakiki yang terbaik buat diriku dari Ilahi.

Friday, 11 March 2011

Cuitan Kesedaran

"Allah selamatkan kamu...Allah selamatkan kamu...Allah selamatkan Muhd Nursalam.Allah selamatkan kamu..."

                       Aku,Fattah,Hisyam,Amsyar,Mail dan Abang Syauqi pun menuju masuk ke bilik yang menghadap bahagian tengah asrama itu selepas melaungkan kata-kata buat ahli usrah kami.Masing-masing memegang makanan di tangan.Hisyam yang juga ketua usrah Munchy's seperti biasa,pasti akan memilih untuk membawa makanan yang paling ringan sekali.Di tangan mantan ketua BADAR sekolahnya itu terdapat keropok 'keroda',juadah yang menjadi kegilaan warga Darul Quran.Kami pun menerjah masuk ke bilik Salam.Abang Zaki sudah pun menjalankan projek provokasinya terhadap anak kelahiran Pahang itu.Malam 26 Februari,dua hari selepas hari lahir sebenar Salam memang menjadi tarikh pilihan kami seusrah supaya ia mampu menimbulkan kejutan yang hakiki buat kaki pancing itu.Senyuman mula terukir di pipi peminat khat itu.Kemudian,manik-manik kaca berair mula membasahi raut wajahnya.Satu-satu ahli usrah dirangkulnya.Manik-manik kaca tadi mula berderai setelah menimpa lantai batu itu.



"Saya tak pernah rasa macam ni.Sebelum ni,tak pernah ada lagi orang sambut birthday saya semeriah begini.Kalau ada pun,biasa-biasa je.Takde kejutan.Terima kasih semua......"ujar Salam.

                     Aku tersentak.Pengembaraanku dalam lamunan maya sebentar tadi cepat-cepat kunoktahkan.Memang setiap kali menjelang sahaja hari lahir seseorang,para nuqaba' di bumi ukhuwah itu akan mula mengatur pertemuan bersama ahli usrah dan memulakan diskusi merangka strategi bagi menyambut hari kelahiran ahli usrah mereka.Simbah air,menepekkan kek pada muka,menaburkan beberapa botol bedak,provokasi dan berbagai-bagai lagi inisiatif yang telah dilakukan di bawah langit tarbiyyah itu.Semuanya adalah untuk mengukuhkan lagi sulaman ukhuwah yang terbina dengan mengukir satu memori abadi.Bermula dengan usrahlah harakah Islamiyah di mandala ini dapat dicetuskan demi matlamat membangunkan semula khilafah Islamiyah yang telah ranap pada tanggal 3 Mac 1924.Seorang pemimpin hebat revolusi Islam pada suatu ketika pernah berbicara,



"Kita bukanlah pelopor perjuangan Islam dan bukan juga penamatnya.Perjuangan dalam Islam sangat panjang   jalinannya,bermula dari zaman Rasulullah hinggalah era umat akhir zaman.Kita tidak lebih daripada hanya menghubungkan mata-mata rantai perjuangan tersebut."

                 Ungkapan penuh semangat pemimpin Ikhwanul Muslimin yang pernah menggegarkan bumi Mesir itu sentiasa menjadi pembakar semangatku dalam menyemarakkan lagi jihad fi sabilillah.Kesemua kesedaran ini menerpaku dalam keadaan tidak sedar saat aku menyertai agenda-agenda di bumi tarbiyyah itu.Walaupun  diriku ini terasa begitu kerdil sewaktu mendengar istilah-istilah islamik baharu,judul-judul kitab fekah dan dalil-dalil yang sangat asing bergema di gegendang telinga ini,yang mana semua itu dilontarkan oleh taulan-taulan yang boleh dilabel sebagai syeikh di sana,namun aku tetap meneruskan perjuangan di arena bi'ah solehah itu demi menggapai impian yang satu yakni menjalani metamorfosis personaliti diri dan kalbu khususnya di bawah lembayung mardhatillah.

.............................

Kini,sudah hampir tiga bulan aku menggali ilmu di hub dakwah itu.Cuti pertengahan semester satu selama seminggu ini tidak akan kusia-siakan lagi dengan agenda-agenda lagho.Lebih-lebih lagi,aku dan rafik-rafik sehalaqahku pun telah ditaklifkan oleh ustaz kami untuk membaca di hadapannya selepas tamat cuti yang julung-julung kali lamanya ini sebanyak satu juzuk.Pada mulanya,aku mengandaikan ia sebagai ilusi tetapi hakikatnya ia satu realiti yang mencabar kemampuan individu dho'if ini.Arahan yang tersembul keluar daripada mulut ustaz berkaca mata berbingkaikan plastik coklat tua itu sebenarnya bukanlah omongan kosong semata,tetapi suatu hasrat untuk mendidik anak muridnya sendiri.
             
                Aku cuba menyahut cabaran ustaz syadid itu,namun mungkin atas dasar kelalaian dan kurangnya kesedaran menjadikan aku hampir gagal merealisasikan hasrat murni itu.Esok,aku akan membawa kembali diri ini ke medan jihad yang terletak di Kuala Kubu Bharu itu.Cebisan-cebisan terakhirku di rumah baru yang tak seberapa agam ini sempat kumanfaatkan untuk kebaikan.Laman blog yang baru sahaja mendapat tempat di hatiku ini bagaikan menggaru-garu lagi kalbuku ini untuk terus menulis demi melunaskan tanggungjawab yang diamanahkan oleh Sang Pencipta sebagaimana arahanNya dalam surah Al-Imran ayat 104 yang telah pun berjaya mencuri hatiku ini untuk menjalankan misi murni ini iaitu DAKWAH.

Thursday, 10 March 2011

Bisikan Kalbu

Zapp!!!!!!!

"Aduh,"hatiku berbisik.

Rotan setebal setengah inci baru sahaja hinggap ke atas betisku.Ada kesan merah mewarnai betis kakiku.Ini adalah hukuman yang paling ringan yang pernah aku lalui di tempat aku belajar kini.Sebelum ini,sudah acap kali kayu coklat muda itu singgah di tubuh kerdilku ini.Tangan,badan,betis,tapak kaki.Cakap sahaja.Aku sudah boleh dikatakan lali setelah beberapa purnama berada di bumi penuh tarbiyyah itu walaupun aku amat jarang sekali merasai pengalaman dirotan sewaktu zaman persekolahanku dahulu.

          Tepat jam 11.30 pagi.Aku dan sahabat-sahabat sehalaqahku mengambil 'handset' kami dan bersalaman dengan ustaz kelas tasmi' kami,Ustaz Mukhlis.Kebiasaannya,pada penghujung kelas tasmi',ustaz kelahiran Kedah itu akan menaburkan kepada kami butir-butir nasihat dan memberi kami sedikit taklifat untuk dilaksanakan.

Sejurus sahaja selesai kelas tasmi' pada pagi yang penuh syahdu itu,kakiku melangkah longlai naik ke tingkat atas masjid,ruang sembahyang muslimin.Aku berjalan malas menaiki anak tangga.Hatiku bagaikan kaca terhempas ke atas  batu yang sangat tajam.Kalbuku sering diusik oleh bisikan-bisikan yang penuh kekecewaan.

"Camnelah aku nak menghafal ni,baru je tebuk 5 juzuk ngan ustaz dah sangkut,huh.......aku ni bukannye nak hafal 5 juzuk je,tapi 30!satu angka yang sangat besar dan lebih besar lagi jika ditelaah kandungan di dalam juzuk tersebut."Aku mula bermonolog dalaman.



Anak mataku meninjau-ninjau ke dalam masjid.Sunyi.Lengang.Tiada insan bernyawa di ruang solat itu.Mungkin kerana ada sebilangan pelajar yang ke kelas English dan ada juga yang membawa diri masing-masing ke bilik mereka yang terletak hampir 200 meter dari masjid.Lazimnya,pada waktu sang matahari berdiri megah di puncak persemayamannya,pelajar-pelajar Darul Quran akan melakukan kuak lentang di atas kolam mimpi masing-masing.Selalunya mereka melabelkan perbuatan mereka sebagai 'qailulah' yang mana menjadi sunnah Rasul junjungan.Pelajar-pelajar DQ menaruh kepercayaan yang besar terhadap keberkesanan 'tidur seketika' itu dalam memberi tenaga yang berganda pada waktu petang dan malam untuk mereka mencari modal dan menghidupkan malam mereka dengan ber'ta'abud' kepada Yang Maha Esa.



Hari ini aku tiada kelas BI.Jadi,kebiasaannya pasti akan ada bagai satu daya tarikan magnet di maktabah yang  menarikku untuk menziarahi lambakan juadah-juadah minda di sana.Kebetulan pula,struktur bangunan masjid dihubungkan dengan maktabah menjadikan ia sebagai satu hub keilmuan yang dominan di bawah langit tarbiyyah itu.Sambil kakiku menderap perlahan,otakku ligat berfikir apakah mampu aku teruskan perjuangan di gelanggang tarbiyyah itu.Mutiara kata Ustaz Mukhlis tiba-tiba menyelinap masuk dalam fikiranku....

"Al-Quran itu milik Allah.Bukan mudah nak menghafal ni.Kalau Allah nak bagi kita hafal Al-Quran,kita dapatla hafal.Tapi,kalau Allah tak nak bagi kita hafal,tak boleh la kita hafal Kalamullah itu.Jadi,ape-ape pun Nuruddin,mintaklah pada Allah.Banyakkan berdoa supaya Allah izinkan nta mengkhatamkan Al-Quran"

"Ah..Aku hampir terlupa akan tempat aku bergantung."aku terus bermonolog.



Namun kakiku terus melangkah deras untuk mengetahui apa yang berlaku di dunia luar sekarang.Sampai sahaja di dalam ruang muslimin,seperti biasa ketiga-tiga surat khabar sudah digenggam kemas oleh pelajar-pelajar persijilan yang sering memanfaatkan masanya di maktabah.Apa lagi,aku terus la menumpang sekaki.Mataku liar melihat topik-topik hangat dalam surat khabar pro-kerajaan itu.


Masalah sosial,buang anak,anak derhaka,pelajar merempit,seks,dadah,hedonisme.Itulah tajuk-tajuk yang sentiasa memenuhi akhbar tiap-tiap hari.Kepincangan sosial belakangan ni semakin menular bagai cendawan tumbuh selepas hujan.Hatiku diruntun sayu.Sedih yang teramat melihat remaja-remaja di luar yang tidak dapat menikmati kemanisan penghayatan yang hakiki Islam.
....................

Glosari :

tarbiyyah-proses pendidikan untuk mengubah sesuatu keadaan biasa menjadi lebih baik untuk mendapat             keredhaan Allah
halaqah-bulatan dalam kelas,lebih kurang 14 orang.
taklifat-tanggungjawab,amanah
tebuk-ustaz baca mana-mana ayat,pelajar sambung dalam 3 ayat selepasnya
qailulah-tidur seketika sebelum Zuhur untuk memudahkan Qiamullail
mencari modal-menghafal,m/s yang telah dihafal tetapi belum ditasmi' oleh ustaz dipanggil 'modal'
maktabah-perpustakaan
nta-anta,kamu(lelaki)


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...