Allahu akbar Allahu akbar!!!
***
Bumi Acacia yang sekian lama sepi tanpa kalimah agung itu kian bergema. Sudah lama aku tidak mendengar suara azan berkumandang di taman kediamanku. Mungkin dek kelalaianku dengan item-item duniawi sekonyong-konyong membuatkan aku hanyut dibawa arus kelalaian. Aku berasa aneh hari ini. Jemaah di surau Darul Jannah pada hari ini agak ramai berbanding hari-hari sebelum ini. Mungkin rumah Allah sudah semakin mendapat tempat di hati penduduk Acacia Park. Aku cuba membuat andaian. Usai solat Maghrib, seorang lelaki yang semakin lewat usia bingkas bangun. Aku kenal lelaki tersebut. Dia yang mendirikan surau di tamanku ini berbekalkan wang titik peluhnya sendiri. Pernah sekali aku berborak bersamanya. Dia seorang polis dan dalam masa yang sama seorang pekebun. Dia pernah menembak beberapa orang komunis di tempat aku belajar kini suatu ketika dahulu. Kemudian,dia menyatakan bahawa dia dan 29 ahli keluarganya yang lain akan bertolak ke tanah suci pada keesokan hari. Bacaan Yaasin dan doa selamat kami berjemaah hulurkan.
***
Alhamdulillah. Laman sesawang yang telah lama menimbulkan perasaan gundah-gulana dalam hatiku berjaya kuterjah. Terima kasih kawan-kawan yang membantu. Satu lagi mashaqqah timbul. Terapung-apung atas kolam hatiku. Jurusan apakah pula yang akan kupenuhi dalam kotak kosong itu. Diskusi bersama keluarga menjadi jalan solusiku. Akhirnya,aku memilih rangkaian kata "perubatan" bagi mengisi kotak pertama diikuti "pergigian", "kejuruteraan dan sains komputer" dan "kesihatan bersekutu". Memang tidak banyak pilihan yang boleh aku buat. Pihak Darul Quran telah pun bertegas kepada pelajar-pelajarnya supaya mengisi kelapan-lapan kotak itu dengan program UIA. No other choice. Biarpun bermacam-macam lagi perkara berkaitan masa depanku bermain-main di layar fikiranku, aku cuba menangkisnya dengan mengubah 'mind set'ku dan mengukuhkan dinding jati diriku untuk tetap bersama kalam teragung.
baru dapat isi UPU fasa 2 setelah guna browser internet explorer
sedang berusaha menanam minat dan menyuburkannya dalam bidang medik
doakan ana dipermudahkan dalam jalan hidup yang ana pilih...
penat. Esok dah nak sambung pengajian semula