Halaman

Friday 13 May 2016

Lima Hari Bersama Syeikh Umar

Baca biografi Syeikh Umar Faruq sahaja sudah cukup mengujakan. Manakan tidak, beliau memeluk agama Islam setelah membaca adikarya The Autobiography of Malcolm X. Tambahan pula, beliau mendapat 'dean list' pada setiap tahun di Universiti Missouri ketika mengambil degree dalam bidang sejarah dan kesusasteraan Inggeris.

Syeikh Umar ibarat hamparan lautan apabila berbicara mengenai sejarah. Dalam siri syarahannya berkenaan hadis keenam dalam Arbain Nawawiyyah di Madinah Syeikh Zayed lepas, beliau mampu mengaitkan permasalahan jantung hati yang menyebabkan kelahiran tokoh-tokoh zalim dunia melalui lipatan sejarah pada abad ke-20. Bermula daripada Churchill, Franco, Roosevelt, Ataturk, Stalin hinggalah ke Mao Zedong.

Kata-kata beliau yang lemah lembut ditambah dengan keluasan ilmu sejarah dan kecantikan penggunaan bahasa cukup memberi makna kepada diriku. Syarahan pada hari pertama beliau bermula dengan menyelak lembaran sejarah daripada kemasukan Napoleon Bonaparte ke Mesir dan Syria pada 1798 yang menyebabkan hukuman mati terhadap ribuan ilmuan, diikuti pembunuhan Tipu Sultan pada 1799 sehinggalah pada abad ke-18 dan 19 yang merupakan tahun yang amat sukar bagi umat Islam kerana semua benda yang dicipta seolah-olah hendak memusnahkan umat Islam itu sendiri.

Tidak cukup dengan itu, umat manusia dilanda kemelut identiti yang mendalam pada abad ke-20 dan 21 dengan kelahiran pelbagai agama baru sehinggakan umat manusia tertanya-tanya siapakah diri mereka dan apakah yang sedang berlaku di dunia ini?

Pada hari berikutnya, beliau menyentuh masalah intelektual dan teknologi pada dekad ini. Dengan kelahiran pemikiran Barat lewat 500 tahun ini seperti reductionism, modernism dan post-modernism, umat Islam perlu lebih berhati-hati dalam menyikapi dan menelaah perkara-perkara ragu ini (syubuhat) kerana umat Islam pada zaman dahulunya mampu menjadi pengasas kepada sesuatu disiplin ilmu (تأصيل العلم) dan ia menjadi terbalik pula pada hari ini.

Kecanggihan dunia teknologi pula merupakan satu persoalan kritikal kerana daripada satu sudut yang lain, it has a role to desocialise the human being and it also can do something to the gamers heart.

Muzik misalnya mempunyai kuasa untuk membuka pintu hati manusia tetapi persoalan yang lebih utama, dengan apakah ia akan diisi nanti? Sesebuah hati yang sihat tidak akan jemu untuk belajar, tetapi antara ciri-ciri hati yang sakit ialah tidak mahu untuk belajar tidak kisahlah daripada strata sosial yang mana sekalipun.

Ada beberapa perkara lain yang menarik perhatianku dalam pengisian beliau iaitu; perlunya umat Islam untuk membaca semula sejarah Islam dan sejarah dunia keseluruhannya kemudian menguasai bahasa pada tahap tertinggi yang kamu boleh serta signifikannya persekitaran dalam membentuk karakter individu yang baik.

Syeikh memetik kata-kata as-Sanusi:

"It's a fardhu 'ain to travel to one who would make your heart healthy."

Beberapa buku yang dicadangkan oleh Syeikh Umar:

1. A Study of History, Arnold Toynbee
2. The Case for Islamo-Christian Civilisation, Richard Bulliet
3. A History of Islamic Societies, Ira M. Lapidus
4. The Rise of Colleges, George Makdisi
5. The Rise of Humanism, George Makdisi
6. Malik and Medina: Islamic Legal Reasoning in The Formative Period, Umar F. Abd-Allah
7. Turki, Moors and Englishmen in The Age of Discovery, Nabil Matar
8. Living Islam with Purpose, Umar F. Abd-Allah (article)

Comments
0 Comments

0 kritikan:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...