Halaman

Friday, 31 January 2014

Buku Perang Arab Israel

Setelah tamatnya pemerintahan beraja di Mesir apabila Dinasti Muhammad Ali digulingkan iaitu pada zaman Raja Al-Farouk, corak pentadbiran Mesir beralih kepada pemerintahan pseudo-demokrasi yang dipimpin oleh pemimpin yang berlatarkan tentera.

Muhammad Naguib yang pernah cuba digulingkan melalui coup de ta oleh Gamal Abdul Nasser merupakan cubaan pertama rampasan kuasa di Mesir. Cubaan yang kedua berlaku pada Raja Al-Farouk dan yang ketiga berlaku pada dekad ini atas pengkhianatan ketua tentera Abdul Fattah As-Sisi terhadap Dr Morsi.

Gamal Abdul Nasser dilihat jaguh sepanjang abad pemrintahan di Mesir kerana dasarnya yang membenci Perancis dan negara-negara penjajah. Berbeza pula dengan Anwar Sadat yang kononnya dikagumi dek kerana dasar keterbukaan yang hanya merosotkan perkembangan tamadun Mesir. Bumi yang hebat dengan keistimewaan terusan Suez dan tanah tumpuan di Timur Tengah ini menjadi bumi yang paling lambat tumbuh membangun berbanding negara-negara lain.

Jangan sesekali kita dikaburi oleh satu agenda yang mungkin menjadi agenda utama puak-puak Yahudi iaitu mengaburi dunia dengan mengalihkan isu dengan penampilan tokoh-tokoh merbahaya dan label-label seperti terrorism sedangkan dalam senyap, mereka cuba menguasai negara-negara yang kaya dengan minyak seperti Somalia, Saudi, Iraq dan juga Iran.

Comments
0 Comments

0 kritikan:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...