Halaman

Sunday, 5 January 2014

Mengembara Bersama Ibn Khaldun

Jika pada zaman sekolah menengah dahulu, kita hanya mendengar ketokohan Ibn Khaldun dalam bidang sejarah dan ketamadunan sahaja, nah. Beliau bukan sahaja seorang pakar sejarah, malahan mahir dalam bahasa, ilmu-ilmu agama dan banyak lagi bidang-bidang lain.

Laras bahasa yang digunakan beliau sangat kena dan bersesuaian untuk diterima masyarakat pada zamannya.

Bermulanya pengembaraan beliau dari Tunisia tanah kelahirannya, kemudian ke Andalus, Fez dan akhirnya Mesir menunjukkan semangat beliau yang tinggi dalam menuntut ilmu.

Memang tidak aku sangka, Masjid Sultan Hassan (ataupun nama asalnya Masjid Sultan Zahir), Masjid al-Azhar dan juga Masjid 'Amru pernah menjadi tempatnya berkelana menadah ilmu.

Begitu juga dengan pengembara tersohor iaitu Ibn Batutah dan juga pakar hadis termasyhur iaitu Ibn Hajar al-Athqalani yang mana turut sama-sama pernah memijakkan kaki ke masjid al-Azhar.

Hari ini budaya talaqqi masih subur di Masjid al-Azhar dan juga Masjid Sultan Hassan. Barulah aku tahu mengapa pengajian kesufian masih dikekalkan sehingga kini di Masjid Sultan Hassan. Hal ini kerana sejak pada zaman dahulu, asal tempat itu dibina ialah untuk memberikan pengisian rohani dan dinamakan tempat itu خانقة iaitu tempat sufi.

Kesimpulan yang aku dapat melalui perjalanan keilmuan Ibn Khaldun ini ialah rata-rata ulama' yang menuntut ilmu ini, mereka biasanya akan menetap di sesuatu tempat dan mengaji bersama masyaikh mereka sehingga tamat pengajian mereka. Mereka hanya akan berpindah apabila guru-guru mereka meninggal dunia.

Comments
0 Comments

0 kritikan:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...