Halaman

Friday 16 March 2012

Kepimpinan Bukan Main-main

Melayan kerenah pelajar-pelajar sekolah menengah bukanlah satu benda yang mudah. Dapat pula golongan-golongan yang agak nakal dan bising.

"Baiklah adik-adik, akak nak lepas ni kalau ada yang lambat, penghulu akan kena denda... dan penghulu berhak untuk mendenda anak buahnya pula... Faham?" kata fasilitator dari Universiti Malaya tersebut.

Tidak beberapa lama kemudian, untuk slot kepimpinan yang seterusnya pada sesi petang, tiga orang hadir lewat pada waktunya. Sebaik sahaja mereka yang lewat sampai, para fasilitator mula dengan modul kepimpinan mereka yang terlindung agenda penerapan wahdah di sebaliknya.

"Ok. Memandangkan ada 10 orang yang datang lewat, akak nak denda penghulu boleh tak?" kata fasilitator itu kepada peserta dengan nada yang melambung.

"Boleh!!!" para peserta membalas soalan dengan bunyi yang lebih bertenaga tanda setuju.

Pada masa yang sama, muncul beberapa 'cakap dalam' antara mereka apabila fasilitator bertanyakan denda apakah yang wajar bagi penghulu mereka. Ada yang mahukan ketuk ketampi, jalan itik, 'pumping', 'chicken dance' dan yang paling baik sekali ialah lari keliling dewan.

Membentuk kepimpinan melalui solat

Modul menguji para peserta tentang ibadah dan akhlak

Modul hilang ngantuk?

pemimpin perlu think out of the box!

membina menara tertinggi dengan lontaran botol paling jauh

Modul menyeimbangkan otak kanan dan kiri

solat dhuha sebagai penghubung minta diluaskan pintu rezeki


KONSEP WEHDAH YANG BERADA DI AWANGAN

Begitulah sikap dan reaksi para peserta daripada pebagai lapisan umur yang menetap dalam satu kampung yang sama.Langsung tiada rasa kesatuan antara anak buah dan ketua.Bahkan, mereka lebih gemarkan ketua mereka didenda sedangkan anak buahnya yang lain yang memalit kesalahan.

Provokasi terhadap sesetengah daripada golongan ini hakikatnya tidak berkesan kerana tahap pemikiran dan akal mereka berbeza-beza.Mungkin sekiranya mereka berada dalam lingkungan 16 dan 17 tahun agenda ini mampu dilaksanakan.

Saya pernah terlibat dalam program di sebuah sekolah yang para pesertanya berada dalam lingkungan ini dan mereka tergolong dalam golongan yang mudah faham tentang nilai-nilai dalam Ilslam dan ia terbukti berkesan.

Dalam aspek yang lain, sebenarnya bidang kepimpinan(leadership component) mestilah ditekankan sejak dari sekolah menengah.Semakin awal diterangkan kepada golongan yang bakal melangkah ke alam remaja, semakin berkualitilah generasi tersebut.

Lembaran sejarah Islam telah membuktikan kepimpinan bukan benda yang main-main.Sultan Muhammad bin Murad (Al-Fateh) telah pun menggantikan jawatan sultan oleh bapanya sejak dari usia 12 tahun!

Usamah bin Zaid telah memimpin gerabak tentera untuk berperang pada usia 18 tahun.Abu Hurairah menjadi ulama' pada usia 18 tahun.Zaid bin Thabit pula telah dihantar ke Yaman untuk menjadi gabenor ataupun hakim pada umur 18 tahun.

Ini bukan satu perkara yang main-main.Ini tak mustahil.

Bagaimana sistem pentarbiyahan kita pada era kini sehingga gagal mencontohi acuan tabiyah sahabat pada zaman Nabi.

"Sesungguhnya orang yang paling layak dalam kalangan kamu untuk menjadi pemimpin adalah orang yang kuat(kompetitif) dan amanah(integriti)"


Comments
0 Comments

0 kritikan:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...