Halaman

Thursday, 15 March 2012

Asam garam dakwah

"Siapa yang dapat jawab soalan ini, saya akan hadiahkan sebuah buku...tajuknya solat dan sains...ada lima buku yang saya bawa pada malam ini.Siapa cepat dia dapat." kata seorang penceramah dalam ceramah maulidur rasulnya dalam usaha menarik minat pendengar akan perkongsiannya.

Syeikh Abbas As-siisiy dalam bukunya bagaimana menyentuh hati menghuraikan dengan cukup baik pelbagai kaedah-kaedah dakwah melalui pengalaman beliau.Bonus besar bagi beliau kerana sempat merasai erti sebuah perjuangan bersama-sama As-Syahid Hassan Al-Banna.

Ada penceramah sangat menekankan adab.Seorang sahabat saya yang baru pengalaman pertamanya menadah kitab dengan ulama masyhur ditegur oleh Syeikh Nuruddin Al-Banjari Al-Makki gara-gara bermain pen sewaktu berada di majlis ilmu.Saya juga pernah ditegur oleh seorang penceramah kerana bercakap-cakap di belakang sewaktu ceramah sedang disampaikan.Habis hilang idea dan mood penceramah ketika itu.

Setiap daie ada style mereka yang tersendiri.

Semakin banyak style yang digunakan, semakin mudah mesej hendak disampaikan mengikut lapisan masyarakat.

Mungkin kita pernah mendengar kisah seorang daie yang berulang kali pergi memberi ceramah di sebuah kampung yang sangat jauh tetapi pendengarnya langsung tidak beradab, bermain-main dan tidak berubah secara pandangan kasarnya sehinggakan penceramah itu berasa muak dan tidak berbaloi untuk berdakwah ke tempat itu.

Namun, berkat kesabarannya dalam menyambung rantai perjuangan Nabi, salah seorang daripada mad'unya berjumpa dengannya dan mengatakan,

"Semenjak ustaz memberi ceramah mengenai solat sunat tahiyatul masjid pada ceramah pertama ustaz, saya langsung tidak pernah meninggalkannya sehinggalah sekarang.Terima kasih ustaz."

Terharu sungguh penceramah tersebut akan hikmah yang terselindung di sebalik ujian yang Allah timpa.

"Ada kalanya kita membenci sesuatu itu, tetapi ianya baik untuk kita."

"Dan janganlah kamu berasa lemah, sedih kerana kamulah yang tertinggi sekiranya kamu beriman."



Comments
0 Comments

0 kritikan:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...