Halaman

Wednesday, 21 December 2011

Pondok, satu alam baru



Alhamdulillah masih lagi dikurniakan kudrat untuk bertinta dan bernafas dalam oksigen kurniaanNya.

Menadah kitab di pondok merupakan satu benda baru dalam hidup saya.Ia bagaikan memasuki ke alam yang baru.Sama seperti program Friendly Comparative Religion.

Walaupun kitab yang saya tadah hanya setengah lantaran kelewatan tiba dan kekeliruan jadual, namun masa yang singkat itu merupakan antara detik paling berharga bagi saya.

Dua kitab yang dibedah ketika menginap di sana (Baitul Qurra',Sg Udang,Melaka).

Pertama kitab tauhid berjudul Al-Khoridatul Bahiyyah(Mutiara yang bersinar).Kitab ini dikarang oleh seorang syeikhul masyaikh, Imam Ahmad bin Muhammad bin Ahmad ataupun masyhur dengan gelaran Ad-Dardir.

Kedua kitab fekah bertajuk Safinatun Naja(Bahtera Penyelamat) yang dikarang oleh Syeikh Salim bin Sumair Al-Hadhromi yang bermazhab Syafie.

Pebahasan yang cukup menarik berjaya dikupas oleh dua ustaz di sana yang merupakan adik-beradik dalam masa yang sama.Seorang belajar di Yaman(Ustaz Syauqi) dan seorang lagi belajar di Mesir(Ustaz Zulkifli Ismail).

Di sini ada sedikit gambar yang ingin dikongsikan mengenai biah di sana.Eksklusif.

wajah hadapan pondok.bahagian kanan ada pondok dan
kiri tempat pengajian/surau.

pelajar sedang mengambil barokah daripada ustaz Syauqi.

Peserta daurah dan penuntut pondok sedang membaca
 rotibul haddad selepas maghrib.

Majlis Qosidah/Madah pada hari terakhir di sana.

Ustaz Zulkifli Ismail yang cukup hebat dari sudut ilmu dan
cara penyampaiannya.

Kitab Al-Khoridatul Bahiyyah sedang disyarah satu-persatu.

Peserta dan pelajar pondok menunggu ustaz masuk ke kereta
 dan bergerak pergi dari pondok setiap kali tamat pengajian.

Satu budaya ihtirom murobbi yang dapat saya kutip di sana ialah mereka akan mengiringi ustaz mereka hingga ke kereta dan menunggu sehingga lesap kereta murabbi mereka.Kadangkala, soalan-soalan yang tidak sempat untuk diutarakan ketika di kelas, mereka akan lontarkan hatta di dalam kereta.Satu budaya ilmu yang cukup bagus diadun dengan semangat inkuiri terhadap Islam yang tinggi.

Budak-budak pondok di sini juga, sangat tinggi semangat pengorbanan mereka dan nilai berdikari.Mereka akan menuntut di situ selama 3 tahun kemudian bertebaranlah mereka sama ada di Yaman.Mesir ataupun Malaysia untuk terus mendalami bidang agama hatta ada yang dulunya hanya mengambil jurusan sains(tidak ada asas Arab) masih bersemangat untuk menyambung bidang agama.

Mereka juga waktu makannya tidak menentu kerana jadual pengajian yang ada kalanya berubah-ubah.Makan sehari dua kali.Kalau ada lebih mereka akan makan tiga kali sehari.Namun, semangat untuk mendalami ilmu agama itu harus diambil iktibar.Mungkin mereka sudah merasai nikmat manisnya dalam menuntut ilmu sehinggakan perkara-perkara duniawi menjadi satu benda yang asing dan tidak bermakna bagi mereka(internet,handphone etc.).

Mungkin inilah generasi penuntut ilmu sebenar(tholabal ilmi) yang dimaksudkan.

Comments
0 Comments

0 kritikan:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...