Halaman

Wednesday, 21 December 2011

Objek terhebat yang pernah kutemui

Pertama kali kutatap wajahmu,
tersingkap seribu tanda tanya,
minda mula berteka-teki,
gerangan apakah yang berjaya menambat hati jutaan pembaca ini.
lantas,
kurangkul objek tersebut,
kubelek dari muka ke muka,
kubaca ayat-ayat sucinya.

Subhanallah...
indah sungguh mutiara kata ini,
mula kuteliti bait-bait madah kitab tersebut.

MasyaAllah...
belum pernah kujumpa lirik-lirik sepuitis ini,
kukaji lagi dengan lebih mendalam,
mula tersingkap ribuan ilmu alam,
hukum hakam,kejadian siang malam,
sains,sejarah Islam,
semua terkandung di bawah satu kalam.

Oh, indahnya susunan katanya,
sudah tentu hebat pengarangnya,
tika kutelusuri lagi,
tertera nama pengarangnya di dalam karya agung itu.

Allahuakbar...
pengarang itulah pencipta alam ini,
pereka ciptaan-ciptaan,
pentadbir,malah sebagai penakluk sekalian alam ini.

Semenjak saat itu,
kitab itu sentiasa menjadi teman setiaku,
kuhafal satu persatu agar melekat di kalbu,
sayanglah kepada siapa yang belum mengkaji kitab itu,
dan tersangat rugilah bagi siapa yang jarang membaca kalam agung itu.

Itulah kalamullah, Al-Quran.


Comments
0 Comments

0 kritikan:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...