Halaman

Sunday, 28 August 2011

Kerugian terbesar



Detik ini,
Lautan masyarakat berlumba-lumba menggapai duniawi yang menjerut,
Kekayaan dikaut,pangkat dilaung dan disebut-sebut,
Soal agama kian berubah menjadi entiti yang semakin reput,
Falsafah hidup mereka hanya dunia tempat berpaut.

Saat ini,
Lambakan umat Islam tidak faham terminologi Islam yang hakiki,
Maruah digadai,akhlak menjadi aspek untuk dihamun maki,
Aurat kian dipamerkan persis tidak wujud istilah mati,
Apakah hanya sedangkal ini tarbiah Islam yang difahami?

Waktu ini,
Masyarakat berasa jelik untuk menghayati Islam itu bagaimana,
Mereka dibutakan dengan kesenangan yang hanya fatamorgana,
Doktor,Engineer,Arkitek,Saintis menjadi cita-cita utama,
Perihal Islam habis tenggelam entah ke mana.

Masa ini,
Jutaan masyarakat masih rabun dengan matlamat hidup mereka,
Ada yang tersimpang jauh menuju ke jurang neraka,
Walhal,semuanya berbalik kepada tujuan penciptaan manusia,
Menjadi hamba dan khalifah sebenar sepanjang masa.

Duhai umat Islam,
Jangan jadi lemah dan rapuh laksana buih di lautan sana,
Umat Islam harus kuat untuk berjuang menegakkan Islam yang tertinggi di seantero dunia,
Jernihkan hadaf hidup di ladang cucuk tanam dunia,
Moga kelak kita kan mengecapi nikmat seinfiniti syurga.

~Al-Misbahu fi zujajah~
  28 Ramadhan 1432H
Comments
0 Comments

0 kritikan:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...