Halaman

Friday 3 June 2011

Rejab Tiba, Ramadan Mampir


Hari ini sudah masuk dua Rejab menurut takwim Islam. Dua bulan sahaja lagi bulan yang sangat ditunggu-tunggu oleh para sahabat akan tiba. Aku tidak berhasrat ingin memuatkan doa-doa pada bulan Rejab yang tidak kupasti martabatnya apatah lagi ingin membicarakan soal hadis palsu mengenai bulan Rejab.

Apa yang penting, kita contohi para sahabat dahulu yang sangat merindukan bulan Ramadan sehinggakan mengalir air mata takut tidak sempat bertemu Ramadan seterusnya. Kita pula bagaimana? Apakah sudah cukup persediaan kita untuk menghadapi Ramadan yang penuh keberkatan. Bulan yang mana al-Furqan diturunkan kepada Rasul junjungan kita.

Firman Allah,

"(Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadhan yang padanya diturunkan al-Quran, menjadi pertunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan pertunjuk, dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah........"
(al-Baqarah 2:185)

pulang dari rumah penginapan 'kerajaan' di Port Dickson
bermacam-macam perkara berlaku di dunia luar
novel berkisar kehidupan seorang doktor selesai kutamatkan
Denyut Kasih Medik karangan Dr. Farhan Hadi
menariknya novel itu apabila dibawakan diri kita ke alam kerjaya doktor yang penuh cabaran
turut disertakan fiqh medik, fiqh wanita dan bermacam-macam lagi ilmu berguna.


Comments
0 Comments

0 kritikan:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...