Halaman

Tuesday, 12 April 2011

JPA Interview





1115 Tiba di USIM. Serahkan fail kepada urusetia.

1130 Diskusi bersama pelajar 10A SHAMS

1155 Melangkah masuk ke suatu bilik di ruang pusat sumber USIM

1200 Bermulanya temuduga

Tiga 'interviewer' duduk di atas kerusi dalam bilik kecil itu. Kami berlima berdiri di hadapan kerusi sementara menunggu arahan untuk duduk. Aku duduk di kerusi kedua. Sebelah kiriku seorang gadis berbangsa Cina manakala sebelah kananku pula gadis berbangsa India. Dua orang lagi seorang remaja lelaki berbangsa Cina dan seorang lagi gadis berbangsa India.

Penemuduga pertama pun mula mencetuskan suasana temuduga dengan soalan pertamanya. Pemuda berbangsa Melayu itu meminta kami memperkenalkan diri. Dadaku mula berkocak kembali. Bait-bait selawat dan doa mula kubibitkan di bibir dengan harapan aku dapat ketenangan dan keyakinan. Markah 10% yang menyumbang untuk tajaan mega ini melalui temuduga ini sentiasa aku bayangkan dalam usaha menenangkan diri yang mula diselimuti kegelisahan.

P1: Baiklah kamu semua boleh perkenalkan diri. P1 (penemuduga 1)

Nur: Nama saya Nuruddin Azri bin Zulkifli. Saya pernah menuntut di SBPIJ. Ayah saya bekerja di bawah JPS manakala ibu saya merupakan seorang guru. Menjadi setiausaha kelab reka cipta di sekolah suatu ketika dahulu sedikit sebanyak telah mengajar saya dalam bidang profesional. Saya juga pernah memegang posisi emm, (dalam nada menggeletar sedikit) pengerusi kelab catur, setiausaha agung badan pemimpin pelajar dan exco badan dakwah dan rohani. Itu sahaja.

P1: Is it good to band students from using handphone in school? Do you agree with that? What's your opinion?

Aku menyatakan aku tidak bersetuju. Dalam keadaan kosa kata bahasa Inggeris yang sangat sedikit, aku mula mereka-reka ayat atau dalam bahasa bandar era kini, meng'goreng' dalam usaha menyampaikan mesejku. Aku katakan, "It will destroy the school actually". Ketiga-tiga penemuduga melihat padaku dalam keadaan terkejut. Aku menambah bahawa ia akan mengganggu tujuan utama pelajar ke sekolah, belajar.

P1: How to release stress?

Setelah mendengar jawapan daripada pelajar lain dan melihat penemuduga berbangsa Cina, aku mula menukar idea asal jawapanku untuk mengiyakan firman Allah "Ketahuilah dengan mengingati Allah hati akan menjadi tenang. Responku, ialah menyertai 'social activities'. Sekali lagi aku kehausan kosa kata. Entah mesej aku untuk menyatakan menyertai aktiviti kemasyarakatan itu sampai atau tidak, aku pun tak tahu.

P2: What will you do in 10 years?

Aku menjawab aku akan menjadi surgeon which specialist in orthopedics dalam keadaan yang jarang menyebut istilah itu dan aku akan ada sebuah klinik.

P2: If you have a political power, what will you do?

Aku mangatakan aku akan ubah sistem pendidikan kepada yang lebih baik dalam usaha membasmi gejala sosial. Kefasihan bertutur dalam bahasa Inggeris mula bertambah seiring dengan keyakinan. Seperti biasa, tanganku mula mencipta gaya ketika aku menutur kata.

P2: What experiences do you have in dealing with public?

Soalan perangkap. Ketandusan idea. Aku mereka ayat yang entah aku betul entah tidak dan entah mungkin aku sendiri tidak faham apa yang aku bicarakan.

P3: Saya akan tanya dalam bahasa Melayu. Apakah pandangan kamu mengenai doktor yang mengenakan harga yang mahal kepada pesakit?

Lega. Soalan dalam bahasa ibunda. Aku mula membina keyakinan lebih-lebih lagi rakan-rakan sepenemudugaku yang berbangsa Cina dan India mula tergagap-gagap. Aku mula menunjukkan taring Melayuku.

P3: Sekiranya seorang pesakit yang tidak mempunyai duit ingin mendapatkan rawatan daripada kamu, kamu sebagai seorang doktor, adakah kamu akan memberikannya perkhidmatan percuma?

Soalan yang mungkin mudah untuk dijawab tetapi belum tentu lagi mudah untuk dilaksanakan kelak. Aku pun mulalah mempamerkan kata-kata seolah-olah mempunyai etika seorang doktor.

1130: Temuduga tamat. Sekejap sungguh. Bagaikan baru sahaja sedikit perbualan ilmiah mengenai masa depan dan perkongsian fikrah aku lalui. Itu sahaja temuduga JPA? Hmm, bukanlah serumit yang aku sangka walau bermacam-macam laman web aku jelajahi beberapa jam sebelum ditemuduga.

Rating untuk keseluruhan penampilanku: 7/10

Tips yang aku rasa perlu:

1- Mesti ada serba sedikit ilmu walaupun ilmu teras sahaja.
2- Yakin dalam melontarkan kata.
3- Pakaian seperti biasa, mesti paling kemas.
4- Cara bertutur, tingkah laku dalam bilik temuduga.

Pandangan:

Apa yang aku rasa, aku dipermudahkan oleh Allah untuk menjawab soalan di bilik temuduga itu walaupun dalam bahasa yang sekian lama tidak aku tuturkan. Mungkin temuduga yang aku lalui ini temuduga yang senang, tiada perlumbaan memberi idea, tiada provokasi, tiada soalan jerat yang bertalu-talu. Of course, aku katakan penemuduga yang aku dapat, baik-baik belaka. Segala puji bagi-Mu, wahai Pemudah segala urusan.

Comments
0 Comments

0 kritikan:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...