Halaman

Tuesday 19 April 2011

Amanah Bukan Perkara Yang Boleh Dibawa Main

As-Syahid Imam Hassan Al-Banna pernah sekali menyebut,

'tanggungjawab itu melebihi masa'

Mungkin Allah telah menetapkan bagiku untuk menggalas amanah ini.Sudah tentu tersembunyi suatu permata bernama hikmah di sebalik tiap-tiap kejadian dan mungkin pos yang ditaklifkan kepadaku kali ini merupakan satu peluang bagiku untuk menjadi insan yang lebih baik.Memikul jawatan dalam kelab IQRaC,yakni kelab bagi pelajar-pelajar persijilan DQ bukanlah seperti memegang jawatan di kebanyakan institusi pendidikan yang lain
.
**************************

"Assalamualaikumwarahmatullah..."pengerusi Biro Tarbiyyah dan Kerohanian mula mengungkap kata pemula.



Tenang. Lima banat dan lima banin sedang duduk di atas kerusi di dalam sebuah kelas dalam posisi seperti kelas-kelas biasa di sekolah menengah. Usai melafazkan kata-kata pembuka perjumpaan,

"Ni, ana nak tanya sikit, banat lambat berapa minit? Cuba bagi alasan yang munasabah sikit kenapa banat boleh lambat?" tambah Faizuddin selaku pengerusi biro itu.

Suasana hening. Tiada respons buat seketika. Kemudian timbalan BTK mula bersuara dalam nada yang cukup perlahan,

"Kami lambat 15 minit. Kami mohon maaf banyak-banyak kerana ada sedikit masyaqqah sebentar tadi." 

"Baik, sebagai ‘iqab, banat semua istighfar 100 kali sebelum tidur." kata pengerusi.

Mesyuarat pun bermula dengan berpandukan empat agenda yang telah pun majlis tertinggi BTK tersebut bincangkan bersama-sama mantan BTK lewat malam semalam sehingga larut pukul 1.30 pagi. Aku yang berada dalam mesyuarat itu persis kambing masuk kandang. Dalam keadaan terpinga-pinga bercampur tanda tanya, aku meneliti setiap perjalanan mesyuarat tersebut. Janggal. Belum pernah ada lagi mesyuarat sebegini rupa.

                 Dalam posisi banin dan banat menghadap papan putih kelas, perbincangan agenda bermula. Pengerusi menyerahkan kertas kepada banat dengan meletakkan di atas meja guru dan kembali ke tempat asalnya iaitu di hadapan banin. Kemudian, setelah pengerusi melabuhkan punggungnya di atas kerusi barulah, timbalan mengambil kertas yang berada di atas meja guru itu. Aku terkesima. Sampai begitu sekali ikhtilat dijaga ketika mesyuarat hatta sewaktu bercakap semua bagaikan bercakap dengan papan putih di hadapan kami. Aku mula menimbulkan persoalan dalam sukmaku, bagaimana komunikasi yang berkesan dapat dilakukan jika semua yang dikatakan serba tidak jelas, asyik perlukan ulangan sahaja. Mungkin tidak mengapa, aku mula meredakan kegelisahan yang menyelimuti tubuhku. Alah bisa tegal biasa.

"Fuh..." aku mendengus.

Sebegitu tinggi sekali ke-thiqah-an ahli-ahli biro ini. Maklumlah Biro Tarbiah dan Kerohanian, mestilah tinggi tarbiahnya. Aku bagaikan berada di bumi asing buat seketika. Mereka semua tinggi ilmu agamanya, hebat kalamnya dan tampak jelas juga thiqahnya.

                Masa terus berlalu. Jarum jam telah pun menunjukkan pukul 5.00 petang. Hampir dua jam kami mengadakan mesyuarat. Pada penghujung mesyuarat, kami dikritik 'mantanah' BTK. Katanya, sebaik-baik mesyuarat adalah selama satu jam sahaja, sepatutnya sebelum mesyuarat, MT banin perlu berbincang dahulu supaya tiada MT yang terpinga-pinga sewaktu mesyuarat. Mungkin itu mesyuarat pertama kami yang baru sahaja lagi dalam kepimpinan kelab gah itu. Banyak lagi yang perlu kami belajar dan berat juga amanah yang bakal kami pikul di atas pundak kami nanti dalam merealisasikan maqasid biro kami. Terpukul lagi kalbuku dengan kalam-Nya dalam ayat terakhir surah kedua itu,

رَبَّنَا وَلاَ تُحَمِّلْنَا مَا لاَ طَاقَةَ لَنَا بِهِ وَاعْفُ عَنَّا وَاغْفِرْ لَنَا وَارْحَمْنَا أَنتَ مَوْلاَنَا فَانصُرْنَا عَلَى الْقَوْمِ الْكَافِرِينَ

cuti yang sangat susah untuk dipohon
banyak proses yang membebankan penuntut DQ sendiri
mungkin satu tarbiah
apa-apa pun esok Insya-Allah akan menghadiri MAC sekolah

Comments
0 Comments

0 kritikan:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...