Halaman

Tuesday 12 April 2011

Lupa al-Quran

Masa yang sangat suntuk ini masih sempat lagi aku luangkan untuk menulis.Usai sudah menjawab ratusan soalan daripada pihak JPA. Pelupuk mataku semakin berat. Pengalaman untuk kugali pada hari esok pasti menjadi satu debaran buatku. Temuduga program ijazah luar negara. Sudah tentu ramai akan menimbulkan andaian bahawa hatiku sudah tidak lagi bertaut pada DQ. Anggapan itu salah pada hakikatnya. Aku cuma berhasrat untuk ke luar negara melalui tawaran program ini kemudian seandainya rezeki Allah dilimpahkan kepadaku, nescaya akan aku pohon untuk kutangguhkan pengajian ini sehingga tamat pengkajianku terhadap kalam Ilahi.

                Banyak lagi pencarian harusku lakukan dalam kesempitan ruang masa ini. Dalam tugas menjadi AJK Allah ini, pengurusan masa yang intelek harus ada pada setiap ahlinya. Jika tidak, pasti binasa insan tersebut kelak. Tentang disiplin usah disebut. Tanpanya, potensi kitab teragung itu untuk menjadi rosak pasti tinggi. Walau kita sering mendengar ura-ura masyarakat awam yang mengatakan berdosa jika melupakan Al-Quran setelah kita menghafalnya, kemudian masyarakat ini menjadikannya alasan untuk tidak menceburi bidang ini. Itulah umat Islam persis buih kini yang turut juga takut untuk mengambil risiko dan mengharungi badai kehidupan dalam memelihara agama Islam itu sendiri.

                 Hakikatnya, pandangan itu harus diketepikan lantaran dalilnya pun datang daripada hadis yang daif. Bukanlah niatku untuk menolaknya bulat-bulat tetapi sepatutnya umat Islam itu sendiri perlu mengerah usaha untuk cuba kembali mengingati semula apa yang telah dihafalnya. Tak mustahil untuk mengingati 30 juzuk pada hakikatnya. Berapa ramai yang belum pernah menghafal kitab itu menjadi seorang yang 'masyi', seorang yang ingat keseluruhan al-Quran itu. Semuanya atas satu istilah yang disebut 'USAHA'. 
Comments
0 Comments

0 kritikan:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...