Halaman

Saturday, 17 March 2012

Puisi Untuk Esdyzuar

"Bagaimana usianya boleh mencecah beratus-ratus tahun?Ini suatu yang mustahil!"

"Sebenarnya ada dua faktor perkara ini berlaku.Pertama, ada pendapat menyatakan disebabkan kaum ini menetap di bawah tanah dan tidak mendapat cahaya matahari yang cukup sepanjang hidupnya.Kedua, mungkin disebabkan hasil tindak balas kimia pada berlian-berlian dan kristal-kristal di alam bawah tanah ini."

Ini adalah sebahagian daripada dialog yang wujud di dalam novel fantasi puan Nisah Haron berjudul Puisi untuk Esdyzuar.Beliau berjaya membawa pembaca ke alam fantasinya dan mendedahkan kepada pembaca akan dunia perundangan antara dua alam.

YA'JUJ MA'JUJ YANG BAKAL MUNCUL

Kisah yang dipotretkan dalam novel ini membawa mindaku melayari kisah Ya'juj dan Ma'juj yang pasti muncul pada hari kiamat kelak.

Allah telah melakarkan dengan jelas kisah kaum ini di dalam surah Al-Kahfi yang mana Sultan Zulkarnain pada zaman itu berjaya membantu suatu penduduk yang memohon pertolongan daripadanya untuk menghalang kaum yang sering melakukan kefasadan di kawasan mereka.Ia terbukti berjaya berkat kebijaksanaan Sultan Zulkarnain yang memerah idea supaya mencairkan tembaga dan menuangkannya ke atas potongan-potongan besi yang panas.

Allah mengingatkan kepada kita semua dalam ayat yang ke 99,

"Dan Kami biarkan mereka (Yajuj Majuj) berbaur antara satu sama lain dan apabila sangkakala ditiup lagi, akan Kami kumpulkan mereka semuanya"

SUDAHKAH KITA BERSIAGA?

Ada diukirkan dalam banyak kitab mengenai deskripsi kaum yang bakal muncul ini.Golongannya sangat ramai.Muka mereka sangat ganas dan keras bagai kayu yang dipalu kuat.

Mereka sedang memanjat-manjat dinding ataupun tembok ciptaan Sultan Zulkarnain itu dalam usaha menembusinya dan melakukan kefasadan yang maha dahsyat di muka bumi.Sejarah mencatatkan apabila terlepas sahaja kaum ini daripada halangannya itu, mereka akan bertebaran dan setiap kampung yang dijelajahinya akan musnah hancur.Tanaman akan punah.Tasik-tasik akan menjadi kontang.

Ini suatu kisah yang benar dan kita harus meyakini bahawa Hari Perhitungan itu pasti berlaku dan ini adalah salah satu gambaran huru-haranya hari tersebut.

Apa yang menjadi titik persoalannya, adakah kita betul-betul sudah bersedia dengan hari tersebut?

Tepuk dada tanya iman.



Comments
0 Comments

0 kritikan:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...