Halaman

Monday, 19 December 2011

Indahnya syurga tidak terungkap dengan kata-kata



Bismillah.

Baru-baru ini, saya berkesempatan menghasilkan sebuah video pendek dalam kesempitan masa dan keterikatan ruang waktu dengan tarikh tutup pertandingan tersebut.

Video yang saya hasilkan itu merupakan sebuah klip mengenai dakwah yang merupakan tonggak asas Islam.

Dakwah pada hakikatnya bukan satu kerja yang mudah.

Ini kerana dakwah memerlukan mujahadah.

Mujahadah itu tersangatlah pahit jika kita selami dan konsisten dengannya.

Sebab itulah Allah menjanjikan syurga sebagai ganjaran atas mujahadah tersebut.

Di sini ada sedikit perkongsian ilmu yang mampu saya rakamkan tika menadah kitab di pondok baitul qurra' dengan ustaz zulkifli ismail.

Kitab yang dibedah ialah kitab Al-khoridatul Bahiyyah(Mutiara yang bersinar).Sebuah kitab tauhid yang dikarang oleh Ahmad bin Muhammad bin Ahmad atau masyhur dengan gelaran Ad-Dardir.

Beliau merupakan ulama' kepada ulama'(syeikhul masyaikh).

InsyaAllah perkongsian mengenai SYURGA.

*****************************************

-Syurga/Jannah secara literalnya bermaksud kebun.
-Ia laksana bukit.
-Atapnya adalah Arsyu Rahman.
-Mengalir dari atapnya sungai-sungai syurga.

-Nabi Muhammad sangat berharap akan mendapat tempat di maqomul mahmudah yang mana tempat letaknya jannatu fidaus.
-Barang siapa yang mendoakan nabi supaya mendapat tempat ini,insyaAllah akan beroleh syafaat nabi.

-Peringkat syurga:

1-Jannatul Firdaus.(syurga tertinggi)
2-Jannatul Ma'wa.
3-Jannatul Khuldi.
4-Jannatun Na'im.
5-Jannatul Adn.
6-Darussalam.
7-Darul Jalil.

-Syurga yang terendah nikmatnya ibarat 10 kali ganda segala kenikmatan dan kemewahan dunia.
-perumpaan beza antara satu tingkat dengan tingkat yang lain ialah
   
"tulang dari jannatul firdaus yang jatuh ke jannatul ma'wa lebih sedap dari ayam di jannatul ma'wa"

-ahli syurga pakaian sebanyak 30-70 jenis setiap hari.
-antara amalan yang paling banyak dilakukan di syurga adalah jima'.
-Wildan(khadam) di akhirat ibarat mutiara yang bersinar(hensem).


****************************************
Oleh itu perbanyakkanlah berdoa supaya kita mendapat tempat syurga yang paling tinggi di akhirat kelak dan dalam pada masa yang sama lakukanlah apa yang Allah redha sahaja dalam setiap gerak-geri kita.

Jangan sesekali pernah terfikir untuk berbuat malah berniat jahat kerana mungkin di situ letaknya kemurkaan Allah.Siapa tahu?

"Allahumaj 'alna min ahli Jannatil Firdaus"

Comments
0 Comments

0 kritikan:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...