Halaman

Tuesday 31 May 2011

Tarbiah



Tarbiah.

Suatu proses pendidikan untuk mengubah sesuatu yang biasa kepada keadaan yang lebih baik dalam usaha menggapai mardhatiLlah.

Tarbiah is not a teaching but it is a coaching.

Ia bersifat berterusan dan murunah. Apa yang dikatakan fleksibel ialah pelaksanaan tarbiah itu sendiri. Bukan semua insan boleh menerima tarbiahmengejut seperti menyertai program-program yang syadidul iqab. Hatta di dalam kereta pun kita boleh mentarbiah orang lain. Pernah aku mendengar seorang ustaz menceritakan kisahnya mentarbiah sahabatnya yang agak tersimpang daripada jalan Islam. Beliau mentarbiah rakannya di dalam kereta ketika beliau memandu. Kawannya yang agak liat mendengar celoteh daripada beliau terpaksa juga memasang telinga kerana dalam keadaan yang tidak boleh dia mengelak. Takkan nak terjun keluar daripada kereta yang sedang meluncur laju dia atas jalan raya pula.
 
         Rasulullah s.a.w. begitu hebat orangnya. Baginda hebat dalam mentarbiah sahabat-sahabat baginda. Pemahaman akidah yang mantap telah pun ditanam dan dipasak dalam kalbu para sahabat. Sebab itulah jika kita soroti sendiri kisah sahabat, Mus'ab bin Umair pasti kita akan berasa takjub dengan tadhiyah-nya. Sedih sekali apabila aku membaca kisah Mus'ab bin Umair.

Beliau pada awalnya, merupakan daripada latar belakang yang amat kaya. Beliau hidup dilimpahi kemewahan. Orang Arab kalau kaya, mereka akan memakai pakaian yang labuh-labuh. Mus'ab juga begitu. Sebab itulah ada larangan dalam hadis yang mengatakan tidak boleh pakai pakaian labuh ketika solat sehingga menutup buku lali. Lanbang kemegahan. Mus'ab ditambah lagi kelebihannya dengan ketampanan raut wajahnya. Wanita-wanita Arab ramai yang terpikat dengan ketampanannya. Ditambah lagi dengan bau perfume-nya yang sangat harum semerbak.

Tetapi, semua kemewahan itu ditolak mentah-mentah lantaran pemahaman yang diperoleh daripada Rasulullah sendiri tentang Islam. Beliau mendapati, dengan Islam beliau mampu mencapai kebahagiaan abadi. Bukan kekayaan duniawi semata-mata. Bukan sekadar itu sahaja, hidupnya pula berubah 360 darjah setelah memeluk Islam. Pakaiannya yang mewah dahulu telah bertukar menjadi pakaian yang penuh tampalan hinggakan tak cukup kain. Riwayatnya pula berakhir ketika Perang Uhud pabila kedua-dua tangannya dipotong dan dadanya ditikam dengan tombak lantaran memegang panji Islam. Saat kematiannya, kain untuk menutup sosok tubuhnya tidak cukup. Pabila ditarik kain untuk menutup kakinya, kepalanya terdedah. Pabila ditarik pula kain itu untuk menutup kepalanya, kakinya pula terdedah. ‘Abd al-Rahman ‘Auf mengalirkan air mata ketika itu.

Begitulah perjuangan sahabat dalam menegakkan Islam setelah menerima sebaik-baik tarbiah daripada Rasulullah. Tanpa bimbingan daripada murabbi hebat persis Rasulullah, mana mungkin Mus'ab syahid dalam keadaan sedahsyat itu.

Renung-renungkan. Tepuk dada, tanya diri kita pula. Sejauh mana perjuangan dan pengorbanan kita kepada Islam.


Comments
0 Comments

0 kritikan:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...