Halaman

Saturday, 23 June 2012

Rindukan Bumi Itu

Pagi itu suasana cukup hening. Udara pagi cukup membuatkan tulang belikatku menggeletar dek kerana sejuknya. Berjalan ke masjid seperti biasa yang jaraknya dalam 200 meter dari asrama. Ramai juga yang kecundang dengan jarak dan pujuk rayu syaitan untuk terus lena diulit mimpi. Saf seperti biasa, dalam dua ke tiga saf. Biasanya hujung minggu, secara automatiknya bilangan saf subuh pasti berkurang lantaran mereka yang pulang dan bermalam di luar dan mereka yang 'bermujahadah' pada malam hari di depan laptop dan mungkin juga di gelanggang futsal.

Kini, sudah lebih tiga minggu bumi itu ditinggalkan. Sukar sekali untuk mencari biah sesolehah bumi itu. Amat payah untuk mencari tempat di mana rata-ratanya kaya dengan budi bahasa, muslimat yang tidak memakai pakaian mencolok mata, dan  mereka yang kental, cukup bersemangat dengan tarbiyyah, hal-hal agama, majlis-majlis ilmu, diskusi-diskusi ilmiah, usrah, mereka yang berhujah dengan nas dan sebagainya. 'Cultural shock' setelah terjun kepada masyarakat hari ini cukup membuatkan hati ini menangis hiba dengan nasib generasi akan datang. Apakah mampu generasi rosak sekarang untuk mencanai generasi yang lebih baik untuk Islam pada masa akan datang? Persoalan itu kusimpan dalam kolam fikiran.

Aku pernah mempertikaikan kualiti graduan persijilan kepada rakan-rakan. Bukan semua mampu ingat 'most of the chapter in the Quran'. Dapat pula dek kerana mereka yang sibuk berpersatuan sehingga mengabaikan akademik yang merupakan 'mi'yar' (penanda aras) kepada kesungguhan mahasiswa dalam membentuk dan mengasah fikiran mereka. Ketiadaan 'maddah' (subjek) agama yang bukan bersifat 'superficial' cukup membuatkan graduan terpinga-pinga apabila berada di tengah masyarakat. Mungkin hanya mampu menjadi imam tetapi tak mampu untuk bertazkirah dan menghuraikan tafsir kepada 'certain' ayat yang menjadi persoalan masyarakat.

Setiap tahun, semakin bertambah sahaja mayat-mayat hidup di seluruh belahan negara. Prestasi UPSR, PMR, SPM yang senantiasa bertambah cukup membuatkan remaja berada di 'comfort zone' tanpa mereka sedar mereka sedang disembelih dengan 'title' dan 'result' cemerlang yang mereka peroleh. Lebih sadis dan tragik, mayat-mayat dalam bidang agama juga turut bertambah. Tak ramai yang betul-betul menghayati falsafah dan 'maqosid' bidang yang dicebur tetapi hanyut dan berasa selesa dengan teori 'exam-oriented' yang tidak memerlukan kerahan tenaga yang banyak.

Hari ini, impaknya dapat kita lihat kepada tingkah laku dan budaya masyarakat. Cukup jauh daripada Islam. Tak ramai yang mampu menjadi agen pendakwah ketika berada di lautan masyarakat malah ada yang turut hanyut terpengaruh dek kerana rapuhnya jati diri dan kefahaman Islam. So, di mana sahaja bumi kita bermukim, tarbiyyahlah diri sendiri supaya menjadi orang yang hebat dan berguna kepada Islam pada masa akan datang. It is not about what we see, but it is about how we see a particular thing.

Nabi pernah sekali bersabda,
Jadilah seperti al-syamah (lalat) di tengah masyarakat.





Comments
0 Comments

0 kritikan:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...