Halaman

Tuesday, 13 March 2012

Nikmat Apa Lagi Yang Ingin Aku Dustakan?

"Solat itu BUKAN kewajipan." terkedu saya tatkala mendengar statement itu dikeluarkan oleh jejaka berumur 24 tahun itu.

"Solat itu ANUGERAH Allah.Bukan kewajipan dan bukan juga hadiah dari Allah." sambung beliau.

Lama saya memikirkan mengapa beliau mengatakan demikian.Akhirnya setelah dihuraikan dengan panjang lebar, barulah muncul bibit kefahaman pada hati saya.

Sebenarnya beliau ingin menyampaikan kepada remaja-remaja program itu bahawa solat ini tak berat.Beliau ingin membuang segala persepsi yang telah lama bersarang di minda mereka bahawa solat ini satu kewajipan yang mana apabila menyebut sahaja tentang kewajipan, ianya satu benda yang berat dan wajib dilaksanakan.

Secara automatiknya, mind set seseorang apabila menganggap ianya satu kewajipan akan terbebanlah pada bahu mereka satu amanah dan bukannya satu kecintaan terhadap amanah tersebut.

Satu persoalan yang ingin dicetuskan, apakah jika kita solat ataupun tidak solat ia akan memberikan kesan kepada Allah?Sama ada kesan positif ataupun negatif.

Sudah tentu tidak.

Malahan, ia hanya merubah diri kita sahaja.Tak positif, negatiflah jadinya.

Pernahkah kita terbayang bagaimana hidup kita sekiranya perintah solat itu kekal sebanyak 50 kali sehari semalam?

Apa pernah kita terbayang solat 5 waktu kita selama ini ganjaran pahalanya sama seperti 50 kali solat?

Pernahkah kita bersyukur?

"Dan sekiranya kamu hitung nikmat Allah, NESCAYA kamu gagal untuk menghitungnya"

Cukuplah sekadar nikmat oksigen yang Allah berikan kepada kita tanpa kita minta kepadaNya terlebih dahulu.


Comments
0 Comments

0 kritikan:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...