Halaman

Saturday, 4 August 2012

Muhasabah Ramadhan


Ramadhan bulan fenomena. Orang yang tak pernah solat jemaah pada hari-hari biasa boleh solat berjemaah menjelang Ramadhan. Orang yang tak pernah bersedekah tiba-tiba dilembutkan hatinya untuk berinfaq. Orang yang tak pernah baca Quran terbuka pintu hatinya untuk membaca lembaran-lembaran Al-Quran.

Subhanallah!

Ini benar-benar bulan fenomena.

Allah menciptakan bulan Ramadhan untuk hambanya sebagai satu rahmat. Peluang bonanza untuk hamba-hambanya memohon keampunan. Peluang untuk mengecas kekuatan spiritual supaya dapat ‘survive’ pada 11 bulan seterusnya. Nafsu pada bulan ini mampu dikekang. Rancangan-rancangan di televisyen ‘ada’ slotnya untuk slot Ramadhan. Dan bermacam-macam lagi keajaiban lain.

Tapi, sayang seribu kali sayang. Berapa ramai yang pada bulan Ramadhan puasa penuh tapi hanya mendapat lapar dan dahaga sahaja. Berapa ramai yang dosa-dosanya tidak diampunkan sebaik sahaja tamat bulan Ramadhan. Berapa ramai pula yang langsung tiada perubahan ke arah kebaikan selepas berlapar selama sebulan.

Ikhwah-ikhwah sekalian,

Kita dapat lihat semakin bertambah hari pada bulan Ramadhan, semakin menurun prestasi Ramadhan sesetengah daripada kita. Bilangan solat terawih mula berkurang safnya sedangkan para sahabat pada zaman dahulu menangis. Menangis apabila Ramadhan semakin sampai pada penghujungnya. Menangis kerana bimbang, takut mereka tak dapat bertemu dengan Ramadhan seterusnya.

Cuba kita lihat diri kita semula. Cuba refleksi. Apakah amalan kita semakin bertambah apabila bilangan hari Ramadhan semakin bertambah? Apakah kita ikhlas melakukannya? Apakah kita sudah bersedia untuk memburu malam yang pahala kita beribadah padanya sama seperti kita beribadah 83 tahun?

Rugilah bagi sesiapa yang apabila Ramadhan tamat, langsung tiada perubahan pada dirinya.


Comments
0 Comments

0 kritikan:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...