Halaman

Thursday 29 November 2012

Sibuk Sangatkah Kita?

Baru-baru ini, dunia digemparkan dengan serangan betalu-talu daripada puak-puak Zionis dalam kalangan Yahudi setelah terbunuhnya Ahmad al-Jabari, seorang ahli daripada sayap tentera Hamas iaitu Briged al-Qassam. Sedar tidak sedar, ramai daripada kalangan kita leka dan disebabkan terlalu fokus kepada isu itu, bilangan muslim yang 'disembelih' di Syria terus bertambah yang impaknya kini, setelah satu ceasefire dilakukan, umat Islam sudah berasa aman seolah-olah tiada lagi negara yang diserang.

Begitulah rencah kehidupan umat Islam akhir zaman. Sentiasa lalai apabila berada dalam kesenangan. Sepatutnya, dalam keadaan Israel bersetuju untuk melakukan gencatan senjata ini, umat Islam seharusnya berfikir, melakukan strategi dan memperkukuhkan saf-saf tentera dan dalam masa yang sama berusaha untuk membebaskan tanah anbiya' Palestin.

Sekarang, majoriti rakyat Malaysia sudah pun mula cuti persekolahan dan pada masa inilah umat Islam sepatutnya mengumpulkan tenaga dan sumbangan untuk Islam tidak kira dari segi thaqofah Islam dengan membaca buku-buku ilmiah, mengutip sumbangan derma, berdiskusi, menjadi sukarelawan ataupun yang seumpamanya. Mungkin kita lupa, dalam kelalaian kita dalam memanfaatkan masa yang terluang, musuh-musuh Islam sedang sibuk merancang untuk memusnahkan agama kita.

Doktor Raghib al-Sirjani, seorang pakar bedah lulusan Universiti Kaherah dan pakar sirah memberikan analogi yang cukup cantik tentang masa. Mungkin ada dalam kalangan kita yang mengatakan terlalu sibuk belajar sehingga tiada masa untuk cakna dan menyumbang kepada isu-isu begini. Analogi beliau, masukkan pasir ke dalam bekas sehingga penuh. Cuba beritahu, apakah masih ada lagi ruang-ruang kosong dalam bekas itu? Sudah tentu masih ada kerana kita masih boleh masukkan air ke dalamnya. Begitulah juga dengan kita. Masa-masa kita yang terluang masih ada lagi seperti ruang-ruang yang ada dalam bekas untuk mengisi air itu.

Suka untuk saya memetik kata-kata al-Banna, nafsak, in lam tasygholha bil ma'ruf, syaghlatha bil batil. Diri kamu, jika tidak disibukkan dengan kebaikan, kamu akan disibukkan dengan perkara sia-sia.

antara ahli panel yang membahaskan tentang draf baru perlembagaan Mesir.

Comments
0 Comments

0 kritikan:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...