Halaman

Thursday, 30 August 2012

Kemerdekaan perlu difahami dengan betul

Ramai orang berasa bangga apabila tibanya hari kemerdekaan. Tidak kurang juga dengan masyarakat yang tidak mengerti erti kemerdekaan yang dimiliki negara malahan ada yang berpendapat kemerdekaan negara yang dikecapi bukanlah kemerdekaan yang sebenar. Kemerdekaan menurut kaca mata Islam ialah pembukaan (al-fath) sebagaimana firman Allah dalam surah An-Nasr (30:110) yang mana berduyun-duyun manusia masuk ke agama Allah. Islam tidak melakukan penaklukan atau penjajahan kepada negara yang telah ditawan, tetapi Islam melakukan pembukaan yang mana hak-hak bukan Islam terpelihara dan mereka bebas untuk menetap di negara Islam tersebut. Ini jelas sekali berbeza dengan golongan Kristian misalnya yang telah menghancurkan kesemua sisa-sisa peninggalan Islam seperti menukarkan masjid kepada gereja ketika mereka berjaya menumbangkan Spain suatu masa dahulu.

Seharusnya masyarakat hari ini perlu sedar akan erti kemerdekaan yang sebenar menurut Islam. Satu kata-kata yang sangat terkenal dan cukup bermakna telah dilontarkan oleh seorang panglima Parsi, Rib'i bin Amir kepada Rustam seorang panglima Rom,


الله أبعثتنا لنخرج من شأ من عبادة العباد إلى عبادة الله وحده،  ومن جور الأديان إلى عدل الإسلام، 
ومن ضيق الدنيا إلى سعة الدنيا والآخرة
"Allah mengutuskan kami untuk mengeluarkan sesiapa yang dikehendaki daripada menyembah sesama manusia kepada menyembah Allah yang Maha Esa, dan daripada kezaliman agama-agama kepada keadilan Islam dan daripada kesempitan dunia kepada keluasan dunia dan akhirat."

Hari ini, kita dapat lihat masih ada lagi mayarakat yang masih menyembah dan mentaati manusia lebih daripada mentaati perintah dan larangan Allah. Masih ada lagi politik fitnah memfitnah. Benda yang tidak pasti yang hanya sangkaan semata-mata sering dijadikan hujah sedangkan jika budaya ini terus diamalkan, kelak kitalah orang yang paling muflis di akhirat nanti. Hadis tentang muflis ini perlu diambil pengajaran oleh setiap pendukung dan penyokong politik. Nabi bersabda dalam hadis Muslim,
أَتَدْرُونَ مَن الْمُفْلِسُ قَالُوا: الْمُفْلِسُ فِينَا مَنْ لَا دِرْهَمَ لَهُ وَلَا مَتَاعَ فَقَالَ: إِنَّ الْمُفْلِسَ مِنْ أُمَّتِي يَأْتِي يَوْمَ الْقِيَامَةِ بِصَلَاةٍ، وَصِيَامٍ ،وَزَكَاةٍ، وَيَأْتِي قَدْ شَتَمَ هَذَا وَقَذَفَ هَذَا وَأَكَلَ مَالَ هَذَا وَسَفَكَ دَمَ هَذَا وَضَرَبَ هَذَا فَيُعْطَى هَذَا مِنْ حَسَنَاتِهِ وَهَذَا مِنْ حَسَنَاتِهِ فَإِنْ فَنِيَتْ حَسَنَاتُهُ قَبْلَ أَنْ يُقْضَى مَا عَلَيْهِ أُخِذَ مِنْ خَطَايَاهُمْ فَطُرِحَتْ عَلَيْهِ ثُمَّ طُرِحَ فِي النَّارِ "

"Tahukah kamu siapa yang muflis? Para sahabat menjawab, orang yang muflis dalam kalangan kami ialah siapa yang tiada dirham dan tiada harta. Maka nabi berkata orang yang muflis daripada umatku ialah orang yang datang pada hari kiamat dengan pahala solat, puasa dan zakat dan datangnya dengan dia pernah memaki orang lain, menuduh orang lain, memakan harta orang lain, menumpahkan darah orang lain dan memukul orang lain. Maka diberi pahala orang itu dan ini pahalanya. Maka, jika habis pahala kebaikannya sebelum sempat dilangsikan kesalahannya,diambil daripada dosa-dosa mereka (daripada mangsa) dan dicampakkan kepada orang itu dan kemudian dia dicampakkan ke dalam neraka."

Kemerdekaan Islam menuntut umatnya untuk beramal dengan sebenar-benar Islam tanpa mengambil Islam separuh-separuh mengikut apa yang disukai. Sebaliknya jika Islam hanya ditempelkan dan diamalkan mengikut hawa nafsu, maka pada lubang inilah puak-puak kafir akan menyerang umat Islam dan seterusnya  melemahkan agama kita. Misalnya kita lihat dunia sekarang ini yang dkawal oleh Yahudi. Mereka telahpun mencatur dengan begitu baik sekali seperti yang ditulis dalam buku Agenda Yahudi Menakluk Dunia karangan Sabaruddin Hussein yang mana puak Yahudi telahpun mengadakan satu persidangan di Switzerland pada 1897 yang mana Theodore Hertzl telah membentangkan 24 protokol Yahudi dalam menguasai dunia dan menghapuskan agama-agama lain. Perkara ini dijelaskan lagi oleh Dr Solah Fattah Al-Kholidi dalam bukunya Israilliyat Moden apabila beliau menyebut objektif Yahudi untuk menguasai dunia adalah peringkat kedua (1947-1997) setelah berjaya objektif pertama mereka yakni menakluk Palestin.


Impaknya kita dapat lihat sendiri bagaimana produk-produk ternama dunia kini seperti rokok dan juga pemikiran-pemikiran di luar acuan Islam sendiri seperti sekularisme, rasionalisme, humanisme dan juga materialisme semakin menular dalam masyarakat kita pada hari ini. Sedar tidak sedar, keempat-empat pemikiran ini sebenarnya tidak lain dan tidak bukan untuk menjauhkan umat Islam sendiri daripada mengamalkan Islam yang sebenar dan dalam pada masa yang sama ia bertindak sebagai wasilah mereka untuk menguasai dunia. Rasionalisme menolak kepercayaan kepada perkara-perkara ghaib dan humanisme pula menyeru umat Islam supaya bersikap manusiawi dan menganggap kezaliman yang dilakukan Yahudi terhadap Palestin sebagai satu benda yang halal seolah-oleh mereka berada di 'comfort zone'. Masyarakat perlu sedar akan percaturan ini.

Kita tidak boleh mengatakan kita sudah merdeka sedangkan umat Islam di Syria, Gaza dan Rohingya sedang   sengsara diratah bom-bom dan bedilan peluru Yahudi laknatullahi'alaihum. Kemerdekaan hanya dapat  dikecapi apabila Islam berjaya memimpin dunia yang mana hak-hak bukan Islam terpelihara. Tidak salah untuk kita menyambut ulangtahun kemerdekaan negara tetapi kesedaran dan usaha untuk mengislahkan jiwa dan pemikiran  kita juga harus selari dengan kemerdekaan jasmani kita. Islam tidak mengajar umatnya bergerak hanya dengan semangat (hamasah) semata-mata, tetapi semangat ini perlu dipimpin oleh kefahaman  terhadap agama itu sendiri. Merdekakan jiwa, Islam terpelihara.

Comments
0 Comments

0 kritikan:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...