Halaman

Tuesday 13 March 2012

Menulis Sebagai Satu Saluran

Alhamdulillah...genap setahun laman sesawang ini dikemaskini dengan perkongsian dan muhasabah. Terlampau banyak kotoran yang bercampur baur dengan manisan ketika laman ini diupdate dari semasa ke semasa. Mungkin ini merupakan satu pengalaman dan ujian daripada Allah bagi seorang daie dalam orakan langkah permulaannya untuk meyampaikan mesej-mesej Islami.

Tidak dinafikan menulis ada masa depannya yang cerah tetapi dalam masa yang sama kita harus sedar bukan semua orang suka dengan tulisan-tulisan terutamanya yang berat-berat. Apa-apapun penulisan tetap salah satu uslub dakwah yang masih relevan pada masa kini.

Sebenarnya, apabila kita gagal menarik mad'u untuk membaca artikel kita salah satu puncanya ialah kegagalan kita dalam membina hubungan dengan Allah. Contohilah Imam Malik yang mana setiap kali ingin menulis, beliau akan melakukan solat sunat istikharah. Kita hendak menulis perlukan ilmu. Ilmu itu datangnya daripada Pemberi Ilmu. Maka sentiasalah memohon padaNya.

Dalam pada saya menulis, memang tidak dapat disangkal terdapat banyak kelompangan dan keterlajakan dalam menggunakan bahasa dan menyampaikan mesej. Maka, InsyaAllah dalam masa terdekat ini beberapa pos yang menyentuh sensitiviti mana-mana pihak akan saya padamkan atas dasar menjaga ukhuwah sesama muslim.

Berbalik kepada topik, dalam realiti masa kini ramai yang sudahpun sedar uslub penulisan agak sukar menembusi lapisan masyarakat yang tak minat membaca lebih-lebih lagi, mereka yang hanyut dengan arus modenisasi sehingga menyangka dunia ini ibarat seketul batu sederhana kecil yang diletakkan di depan mata sehingga terlindung gambaran syurga yang terbentang di depan mata yang jauh sekali lebih besar dan indah.

Apa-apa pun teruskan menulis bagi mereka yang berminat dengan bidang ini dan percaya ia mampu merubah dunia dan carilah medan dakwah yang lain juga bagi mempelbagaikan lagi usaha perjuangan nabi ini.

Wallahua'lam.


Comments
0 Comments

0 kritikan:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...