Halaman

Monday 6 February 2012

Pelbagai Cara Menghafal al-Quran

Banyak cara yang boleh digunakan untuk menghafal al-Quran. Tapi, kita perlu ingat, apa matlamat kita menghafal al-Quran. Selalunya kebanyakan orang yang hendak menghafal ini datang daripada desire and interest mereka terhadap al-Quran. Saya tak nafikan saya juga turut sama tergolong dalam kategori itu. Tak kurang juga dengan sesetengah masyarakat yang ingin mendapat title 'hafiz alQuran'. Untuk tujuan bermegah-megah. Dipandang tinggi. Kadangkala perasaan ini juga mungkin pasti muncul dalam setiap insan yang pernah menghafal al-Quran. Istighfarlah selalu.

Pengalaman selama setahun setengah menghafal al-Quran begitu banyak mengajar saya tentang erti amanah dan mehnah dalam perjuangan. Saya ingin tegaskan menghafal berbeza dengan mengingat. Orang yang pernah menghafal 30 juzuk al-Quran mungkin hanya ingat 3 juzuk al-Quran sahaja. Siapa tahu? Semuanya bergantung kepada disiplin dan usaha i'adah (mengulang al-Quran) yang diambil.

Setiap orang ada cara tersendiri untuk mengingat sesuatu. Begitu juga dengan mengingat al-Quran. Semua ada cara masing-masing. Saya sendiri pernah mencuba berpuluh-puluh cara mengingat dan akhirnya saya prefer dua ke tiga kaedah sahaja selepas melihat pro dan kontra situasi saya di Darul Quran.

1. Jadi, cara yang saya pilih adalah hafalan mengikut muka. Hafalan mengikut muka surat ini terbahagi kepada dua jenis. Pertama, jika ayatnya kebanyakan panjang-panjang (contoh: surah al-Baqarah) saya akan membahagikannya kepada dua bahagian. Kedua, jika ayatnya kebanyakan pendek-pendek (contoh: Surah al-Najm) saya akan membahagikannya kepada tiga bahagian.

2. Seterusnya, mula menghafal ayat pertama. Setelah lancar dan mampu membaca tanpa melihat (paling kurang sekali) terus berpindah kepada ayat kedua. Kemudian gabungkan kedua-dua ayat dengan membacanya tanpa melihat mushaf sehinggalah habis satu bahagian (setengah muka) daripadanya. Kemudian, ulang semula cari tadi pada bahagian kedua dan akhirnya gabungkan semua ayat bahagian satu dan bahagian dua sehingga dapat baca tanpa tengok mushaf.

*Peringatan: cara ini merupakan cara yang paling cepat buat masa ini yang saya pernah cuba. Perlu ingat setiap hafalan yang mudah diingat, hafalan itu jugalah yang mudah dilupa.

p/s: Menghafal al-Quran ibarat menambat unta. Jika kita tidak mengulang semula apa yang dihafal, unta tesebut akan semakin jauh dan hafalan akan mula hilang daripada ingatan sedikit demi sedikit.

p/p/s: Tanggungjawab setelah menghafal al-Quran sangat berat. Aplikasi. Sebarkan. Hayati. Tapi, ganjarannya sangat besar jika kita mampu mengurusnya dengan baik. Siapa yang tak nak kaji kitab teragung seluruh alam ini?




Comments
0 Comments

0 kritikan:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...