Halaman

Sunday, 22 January 2012

Setiap perkara memerlukan tarbiyyah, tetapi tarbiyyah bukanlah segala-galanya

Baru-baru ini, ada seorang sahabat menanyakan apakah itu tarbiyyah.

Mungkin ramai yang tidak pernah dengar akan perkataan ini.Rata-rata mengenalinya ketika menjengah ke alam kampus.

Namun, hakikatnya tarbiyyah ialah satu proses pendidikan yang berterusan untuk mengubah satu keadaan yang biasa kepada keadaan yang lebih baik.

Sedar tak sedar, kita sebenarnya ditarbiyyah sejak dari kecil.Cumanya adakah penerimaan tarbiyyah itu cukup ataupun tidak sahaja yang menatijahkan diri kita sekarang.

Misalannya, remaja-remaja yang berpeleseran di kaki lima pada tengah malam jelas membuktikan mereka gagal mendapat tarbiyyah yang secukupnya sama ada daripada ibu bapa mereka, guru-guru di sekolah, rakan-rakan yang rapat dengan mereka, pemimpin-pemimpin negara, ataupun kaum kerabat yang mengenali mereka.

Ironinya, remaja-remaja yang mempamerkan akhlak yang baik, berbudi pekerti, sentiasa melakukan amal soleh, dan kebajikan yang lain menunjukkan bahawa golongan ini mendapat satu tarbiyyah yang mantap dan berkualiti daripada 'murobbi' mereka.

Sebab itulah kita dapat lihat perbezaan antara orang yang ditarbiyyah dengan yang tidak ditarbiyyah.Perbezaan orang yang dirotan ketika berumur 10 tahun kerana tidak solat dengan yang dibiarkan sahaja jika tidak mendirikan solat ketika usia 10 tahun.

Setiap perkara memang memerlukan tarbiyyah demi memastikan mutu individu tersebut kekal di dalam paksi Islam tetapi jangan kita menjadikan tarbiyyah sebagai perkara yang tertinggi kerana tarbiyyah itu hanya sebahagian daripada ajaran Islam untuk melahirkan generasi Islam yang berkualiti.


Comments
0 Comments

0 kritikan:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...