Halaman

Thursday, 7 March 2013

Pesanan Graduan Mesir

Pesanan daripada graduan kuliah perubatan Universiti Kaherah:

1- Belajar ikut peringkat dan minta nasihat ustaz Noorazam. Contoh ikut peringkat: bahasa > quran > tauhid > fiqh > tasawuf > lain-lain (tafsir, hadis dsb.)

2- Abang Baihaqi:
Tahun 1 dan 2 - Bahasa.
Tahun 3 - Kitab sikit-sikit. Loosekan timetable.
Tahun 4 - Pemikiran. baca 50 buku penulis.
Tahun 5 dan 6 - Fiqh perubatan dan muamalat.

3- Cari seorang murabbi, stick dengan mereka, bai‘ah dengan mereka untuk jadi anak murid, dapatkan manhaj dan fikrah (sistem dan cara fikir) mereka.

4- Kuasai bahasa Arab (ulama’ Arab) dan Inggeris (ulama’ Eropah) satukan cara dan pendapat ulama’ untuk diaplikasikan dalam suasana multiracial di Malaysia.

5- Sumbang untuk persatuan walaupun sedikit tetapi tetapkan satu masa peribadi khusus untuk kita dan syeikh.

6- Cari jaringan Azhari sampai dapat kutuk-kutuk (petanda intim) supaya dapat duduk sekali dengan mereka dan belajar agama terus dengan mereka.

7- Kuasai betul-betul bahasa Arab supaya dapat dengar rakaman secara terus daripada ulama’ sewaktu sibuk dengan housemanship dan bergelar doktor.

8- Jangan kedekut labur duit untuk ilmu.

9- Simpan duit untuk beli mini ipad, motosikal dan menunaikan umrah dengan syeikh.

10- Hafal matan al-Arba‘in al-Nawawiah, Usul ‘Isyrin, Riyadh al-Salihin dll. Hafal matan lebih kuat ingatannya berbanding menghafal syarah.

11- Minta nasihat daripada syeikh dan sokongan kawan apabila down, exhausted dan nak futur.

12- Pergi pelancongan ilmiah yang bukan sekadar bersuka-suka supaya dapat ibrah dan tidak menghabiskan duit rakyat begitu sahaja.

13- Cari geng talaqqi yang tak perlu (baca: mudah) diajak.


14- Jangan rebah waktu plateau yang sememangnya panjang dalam mempelajari bahasa.


Comments
0 Comments

0 kritikan:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...