Halaman

Monday, 23 January 2012

Manusia Sukakan Hiburan

Manusia tidak dapat lari daripada fitrahnya. Sukakan hiburan merupakan salah satu antaranya. Manusia tidak akan dapat hidup dengan aman dan bahagia sekiranya unsur hiburan tiada pada mereka.

Cuba bayangkan dalam arus globalisasi pada hari ini, kita tidak menonton televisyen walau sesaat pun ketika berada di rumah terutamanya pada waktu cuti. Kemudian, semua jenis teknologi langsung tidak kita sentuh sama ada internet, radio, mp3 dan sebagainya. Sudah tentu hidup kita tak tentu hala kerana dahagakan sesuatu yang mampu menjadi penghibur hati, kononnya.

Memang tidak disangkal, hiburan itu penting tetapi dalam agama ada batasannya demi menjaga kemaslahatan ummah itu sendiri. Hedonisme, hiburan berunsur kesyirikan dan melalaikan misalnya amat dilarang sama sekali. Ada hikmah di sebaliknya.

Hiburan menjadi suatu keperluan bagi masyarakat kini kerana ia mampu mendatangkan satu kebahagiaan pada individu tersebut. Hakikatnya, hiburan hanya merupakan satu aspek di dalam Islam untuk meningkatkan ketakwaan dan muqarabah hamba kepada Penciptanya. Soal kebahagiaan dikupas dengan baik oleh Ustaz Pahrol Mohd Juoi dalam majalah solusinya.

Jika kita lihat, bagaimana hiburan yang langsung tidak membawa seseorang dekat kepada agama jelas merupakan hiburan yang sia-sia malah membawa komplikasi yang cukup bahaya. Di Malaysia, lihat sahaja berapa ramai artis yang hanyut dengan pentas hiburan sehingga lupa kepada Sang Pemberi Kebahagiaan yang sebenarnya.

Apa yang paling penting bagi kita apabila melihat keadaan dan situasi begini adalah dengan cara berdoa. Mungkin hari ini kita lebih baik daripada orang lain dan suatu hari nanti orang lain itu lebih baik daripada kita. Kuasa Allah untuk mengangkat martabat insan ataupun menghina insan.


Comments
0 Comments

0 kritikan:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...