Halaman

Sunday, 22 January 2012

Memilih Jemaah Yang Terbaik

Banyak ayat al-Quran dan hadis yang menyeru dan menuntut umat Islam supaya hidup berjemaah. Orang yang hidup bersendirian ibarat seekor kambing yang sedang memagut rumput di padang yang pada bila-bila masa sahaja boleh dibaham oleh sang serigala.

Menyertai jemaah adalah wajib. Tapi, kita tidak boleh main masuk sahaja pada mana-mana jemaah tanpa melakukan penilaian dan seharusnya kita memilih jemaah yang 'cream of the cream'.

1. Pertamanya kita mesti lihat dari sudut ketepatan sesebuah jemaah dalam memiliki ciri-ciri jemaah Islamiah yang sebenar. Sesebuah jemaah mesti memiliki paling kurang ialah ciri-ciri khusus Islam yakni rabbaniyah, syumuliah, inqilabiyah, thabat wa murunah, 'alamiyah dan waqi'iyah. Kebanyakan jemaah menolak politik sebagai salah satu daripada aspek perjuangan mereka kerana mempunyai cara yang berbeza tetapi kita harus ingat rata-rata jemaah mempunyai hadaf yang sama yakni menegakkan khilafah cumanya uslub yang digunakan agak berbeza. Jadi, kita harus berlapang dada dengan mereka.

2. Keduanya, apabila sudah wujud satu jemaah di sesebuah tempat, maka jemaah yang lain tidak harus untuk ditubuhkan sekiranya matlamat asal jemaah pertama yang diasaskan itu tidak berubah dan perjuangan mereka tidak bercanggah dengan syariah. Cumanya, individu yang nak menubuhkan jemaah yang baru itu perlu membaiki kekurangan yang ada pada jemaah yang asal dan bukannya dengan menubuhkan satu lagi jemaah yang baru. Inilah yang terjadi di Malaysia sehinggakan mahasiswa keliru dengan kuantiti jemaah yang terlampau banyak.

3. Ketiga, kita mesti tahu perbezaan di dalam jemaah ini sama sahaja seperti perbezaan yang berlaku antara empat mazhab. Kesemuanya mempunyai matlamat yang sama, cuma jalan yang diambil sahaja yang berbeza. Oleh itu, jemaah sesama jemaah yang lain perlu saling menguatkan dalam usaha mencapai matlamat yang sama.

Dan sebagai mahasiswa, semua mesti menyertai jemaah kerana dengan berjemaahlah hidup kita lebih terarah, berdisiplin dan juga lebih kuat kerana kita mematuhi apa yang disarankan oleh Allah. Ironinya, jika kita hidup secara individu, apa yang kita perjuangkan amatlah rapuh dan realiti yang berlaku hari ini adalah kebanyakan mahasiswa yang terikat dengan jemaah kurang terjebak ke kancah sosial berbanding remaja-remaja yang sudah hanyut dengan masalah sosial di luar sana.

Pilihlah. Keputusannya terletak di tangan kita sama ada mahu atau sekadar tahu semata-mata.



Comments
0 Comments

0 kritikan:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...