ALLAH MEMANG SELALU MENDUGA HAMBANYA
"Argh,,,,,Macam mane ni?Satu borang pun tak isi lagi."
Itulah bait kata-kata tikaku bermonolog.Hingga ke hari ini,jari-jemariku masih berkeras untuk tidak memenuhi kotak-kotak itu dengan aksara.Hatta,borang upu pun belum kuisi gara-gara 'error' yang wujud. Apakah aku tidak akan dapat masuk ke universiti kelak? Macam-macam perkara sedang bermain-main dalam kolam fikiranku sejak keputusan SPM diumumkan. Apakah terus menuntut di DQ lebih baik bagiku ataupun sebaliknya. Aku masih belum memperoleh petunjuk hakiki-Mu ya Allah. Petunjuk yang ingin Kau sampaikan masih ditabiri oleh kabus yang tebal. Kadangkala kelihatan samar-samar. Ya, memang aku harus memilih satu jalan sahaja tetapi apakah jalan yang terbaik bagiku itu ya Allah.Allah memang selalu menguji hamba-Nya. Allah ingin menguji sejauh mana tawakal hamba-Nya kepada-Nya.
OH DARUL QURAN
Aku masih ingat lagi sewaktu kali pertama aku melangkah ke bumi barakah itu. Ya, memang indah, tenang, sejuk mata memandang. Terlampau banyak perkara-perkara baru aku belajar di sana. Ukhuwah, sifat-sifat mahmudah, disiplin, pengurusan masa, istiqamah, semangat jihad untuk membangunkan Islam, kesabaran dan macam-macam lagi. Segala thaqafah yang kudahagakan selama ini kebanyakannya telah pun keperoleh di bumi tarbiah itu. Sehingga kini, aku masih merasakan banyak lagi perkara aku perlu belajar di sana. Banyak lagi pengalaman untuk dicipta dan terlampau banyak lagi hatiku serta akhlakku harus dibina di sana. Rezeki tak akan datang bergolek. Bukan senang untuk aku dapat peluang sebegini. Terima kasih Allah kerana telah menyediakan landasanku di sini. Jauh di sudut hatiku untuk meninggalkan bumi DQ. Aku sangat-sangat mendambakan supaya dapat terus menuntut di sana.
TEKAD HATI
Buat masa ini,menurut perancanganku aku akan terus menetap di DQ sekiranya tiada aral yang melintang dalam jalan hidupku ini. Pesanan abang Ahmad semalam cukup untuk membuatkan aku terus belajar di DQ. Katanya, lebih baik tidak mengisi apa-apa permohonan biasiswa. Hati manusia ini sentiasa berbolak-balik. Takut nanti tergerak pula niat di hati apabila tawaran penuh harapan dan pujukan itu berada di depan mata. Silap-silap, tak sempat pun khatamkan 30 juzuk dah ada di bumi asing. Mantan pelajar jurusan diploma itu yang kini menuntut di Universiti Yarmuk, Jordan juga ada berkata, slip SPM laku sahaja pada bila-bila masa, mana-mana tahun.Lepas habis isi kandungan itu ditadabbur perkataan demi perkataan, pohonlah untuk ke luar negara. Apa-apa pun buat masa ini, aku rasa moleklah kiranya aku menyemai batas-batas tanaman kalbuku ini dengan benih-benih kerohanian supaya kelak mampu menguraikan tangkaian buah yang menjulai.

sedang berjinak-jinak dengan Adobe Photoshop
hati sentiasa berbolak-balik
doakan sentiasa berada di jalan-Nya...